Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, December 02, 2012

Cuci Mata

Saje bosan-bosan kalau tak ke mana-mana..  Jom layan kat sini NN Team Auto





Tuesday, November 06, 2012

Cendol @ drive thru

Biasa sangat dengar cerita pasal Cendol Bakar daripada kawan-kawan dan kebetulan ada majlis kenduri kahwin adik aku kat sana. Dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur aku singgahlah lokasi yang hebat sangat diperkatakan tu...

Apa yang menarik sangat sampai kami terpaksa tunggu hampir 1 jam beb...













Komen ikhlas daripada aku, dari sudut kepelbagaian menu, harga  & publisiti kira memuaskan dan aku suka konsep drive thru ni.  Perkhidmatan dalam mengambil tempahan dan penyediaan perlu di pertingkatkan lagi dan dari segi rasanya adalah biasa2 je sama seperti penjual cendol di kuala lumpur cuma konsepnya tampak menarik kerana setiap pemandu yang lalu di jalan tersebut pasti tertarik punya termasuklah aku sendiri.. Kepada yang nak cuba silalah datang ke Sabak Bernam, Selangor. Sangat mudah kalau menyusur lebuhraya Latar/Kuala selangor.

Wednesday, September 12, 2012

Selekoh maut

Sebuah video yang sempat dirakamkan oleh CCTV.. Saksikan..



Thursday, August 30, 2012

Cerdik sangat ke MARIO


Betul ke si Paris Hilton ni..?

Nak percaya tentang berita ni aku pun tak pasti tapi ianya dah tersebar dalam media sekarang ni..  Jika benar apa yang dikhabarkan, Alhamdulillah kerana dia ni diberikan hidayah untuk memeluk agama islam yang agung ini..


Apapun kita tunggu je la samada ianya betul atau sekadar publisiti je

Wednesday, August 29, 2012

The sexiest car


Monday, August 27, 2012

Parking

Amacam..  boleh buat cenggini ke..?



*credit to 9gag.com*
aku suka gambar ni :)












Wednesday, August 15, 2012

Aidilfitri 1433H

Tak sangka pula Syawal bakal tiba dalam sedikit masa lagi, rasa macam baru je kita berpuasa. Kini ada yang dah mula bersiap-siap membeli baju raya dan tak kurang hebatnya prepare angpow raya..  hehehe.. bab ni memang sangat digemari oleh anak-anak kecil.. Pada ibubapa, bersedialah dengan duit banyak-banyak kerana anak-anak kecil akan menyerbu rumah anda tak lama lagi hehehehe...


Dalam kita dok kalut-kalut menyambut ketibaan Syawal, sudahkah anda membayar zakat fitrah..? Jangan lupa sila tunaikan kewajipan anda..

Sebelum tibanya Syawal, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca yang menjadi pengunjung Blog Tinta Midonz, terima kasih atas sokongan anda. Kepada yang akan pulang berhari raya di kampung, hati-hati semasa memandu kenderaan.. Patuhi hadlaju yang ditetapkan... Jumpa lagi

Sunday, August 12, 2012

Disable right click

Pernahkah korang berkunjung ke blog orang lain dan bila nak klik gambar-gambar yang korang suka tapi tak boleh...?  Hahaha...  Ini kerana empunya blog dah sekat daripada di copy. Takpelah, anda sendiri pun boleh buat perkara yang sama terhadap blog anda sendiri..


right click disable copy How to Disable Right click in Blogger / Blogspot ?
Antara tujuan lain adalah melindungi apa yang terkandung daripada di salahgunakan untuk tujuan yang tak kita ketahui..  Kiranya langkah berjaga-jagalah...

Caranya sangat mudah... Ikut arahan mudah ini dan paste kan pada blog anda...
Step 1 : Masuk ke Dashboard > Layout > Add Gadget > HTML / JavaScript
Step 2 : Copy code ini dan paste kat dalam blogger widget.
Step 3 : Save html/javascript dan view blog anda.

Okay, masa anda review blog anda cuba right click. Message yang akan terima adalah 'Function disabled', anda boleh ubah message tersebut dengan menggantikan 'Function disabled' kepada message anda sendiri. Selamat mencuba

Saturday, July 28, 2012

Bang, tunggu jap..

Sangat suka sketsa komik ni..  selamat menyambut Ramadhan dan jangan ponteng2 yer sahabat...

credit to comicstriper.blogspot.com


Tuesday, July 24, 2012

Muffin Choc Chip

Menu desert untuk berbuka hari ni adalah Muffin Choc Chip. Atas permintaan bini aku yang dikasihi maka terhasillah dalam tempoh yang tak lama pun. Jikalau anda teringin mencubanya, silakanlah...




Bahan A - Diayak
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat
1/4 cawan serbuk koko (kalau yang pahit, kurangkan sedikit)

Bahan B - dipukul hingga kembang
1 biji telur
1 cawan gula castor

Apabila Bahan B kembang , masukkan
1 cawan susu segar - pukul lagi.
Masukkan 1/3 cawan minyak Daisy (paling best)
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam

Kemudian barulah masukkan bahan A dan tambah 3/4 cawan coklat chip dan 3/4 cawan kacang badam.

Bakar pada suhu 180' selama 30 minit....

Hasilnya.....


Sunday, July 22, 2012

Tuesday, July 17, 2012

Roti Bakar Kering

Malam ni hidangan ringan kami sekeluarga adalah ROTI BAKAR KERING. Kebiasaannya ia dimakan bersama minuman panas sambil menonton TV bersama anak-anak, layan beb. Kalau dulu-dulu kami asyik beli kat kedai jer..  ntah macamana datang mimpi bini aku, terus bikin Roti Bakar Kering masa aku sedang membasuh kain pakaian (guna mesin basuh aje). Tau-tau je dah terhidang..



Tak sangka pulak Puan Sophie pandai bikin, lepas ni tak payahlah aku dok pi beli lagi..  Hehehe..
Apapun sungguh sedap jika dimakan panas-panas, masa gambar ni dirakamkan oleh anak perempuan kami asalnya banyak tapi dek kerana sedap sangat ini je yang sempat dirakamkan. Korang pun kalau rasa-rasa nak cuba buat sendiri, silakan...  Sedap tau... Senang je...

BAHAN :-

* Roti potong (ikut suka berapa banyak pun boleh)
* Marjerin
* Gula kasar

CARA BUAT :-

* Roti dipotong 4 jika suka kecil-kecil, tak mau potong pun takpe
* Sapuan tebal marjerin keatas roti tadi (depan & belakang)
* Taburlah gula ikut suka banyak mana mengikut selera anda (depan & belakang)
* Susun dalam tray pembakar & setting Oven dengan kepanasan 180 darjah celcius selama 10 minit. Selepas cukup masa, sila terbalikkan roti tersebut & bakar selama 10 minit.
* Sesudah itu bolehlah dihidangkan bersama minuman panas.

Selamat mencuba.

Friday, July 13, 2012

Street Art

Sesuatu yang agak menarik untuk tatapan semua..
Thanks to Ernest Zacharevic.







Less than 10 seconds


Assalamualaikum sahabat...
Ayuh kita luangkan sedikit waktu dengan berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Tak sampai 10 saat pun kalau kita laksanakannya, betul tak..?


Thursday, July 05, 2012

Uncle Seekers buat hal lagi

Tak habis-habis dengan kontroversi yang sorang ni..


Menonton berita RTM1 sebentar tadi, uncle seekers dah kena tangkap bersama seorang wanita. Isunya mengenai tulisannya dalam blog tentang Sultan Johor. Korang bacalah sendiri yek...

Tuesday, July 03, 2012

Daddy


Sama - sama kita menghayatinya dan ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini bukannya lama pun. Mungkin kejap lagi kita akan pergi buat selamanya..

Monday, July 02, 2012

Bilakah kali terakhir anda mengucapkan syukur..?

Sebuah senario yang ingin aku kongsikan bersama pembaca yang dihormati....


Kadang - kala kita lupa padaNya tanpa kita menyedari setiap Anugerah dari Allah SWT tu ada sebabnya. Sebagai hambaNya, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan sesungguhnya semua itu ada pinjaman semata - mata. Dari itu janganlah kita sia - siakan Anugerah yang Allah kurniakan. Selamat beramal.. Ucaplah Alhamdulillah... 

Friday, June 29, 2012

Pelajar sekolah di Rogol

Dalam meniti arus kemodenan yang semakin pesat berkembang, manusia juga semakin lama semakin tersasar dari landasan hidup yang sebenar ditambah pula pegangan agama yang tidak kuat mempengaruhi segalanya. Kisah ni aku kongsikan bersama korang semua disini  & disini
sumber dari www.xlupa.com

Persoalannya, siapa yang patut dipersalahkan.. Apa penyelesaiannya..? Segalanya terletak pada diri sendiri kerana anda yang memilih jalan itu..  Anda pula bagaimana..?


Wednesday, June 20, 2012

Inilah nasibku

Permandangan ini nampak biasa2 je bagi sape2 yang bekerja atau window shopping di kotaraya. Ada yang memandang insan ini dengan pandangan yang sinis dan ada pula yang sempat mengata.


Namun bukan itu kehendak mereka untuk jadi begini. Ada kisah disebalik kehidupan mereka ini. Apapun mereka tak kacau kehidupan orang sekeliling, malah mencari rezeki dengan mengumpul barang terbuang demi sesuap nasi. Photo ni sempat aku rakamkan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang secara  kebetulan aku & isteri berkereta dalam kesesakkan jalanraya ketika itu. 

Sedarlah wahai belia yang menganggur dan membuang masa dengan aktiviti tak bermoral, malulah pada golongan ini walaupun hidupnya begini tapi dia reti cari rezeki. InsyaAllah, rezeki Allah ada kat mana2 sahaja cuma kita je yang memilih sangat.

Monday, June 11, 2012

Bila lelaki jadi surirumah

Bunyi macam pelik tapi itulah kebenarannya. Tentu payah untuk menukar pandangan sesetengah orang tentang perkara ni..


Sememangnya ego seorang lelaki sangat tinggi, bila disuruh buat kerja rumah pasti melenting. Lain pula halnya bagi mereka yang sanggup melepaskan bidang kerjaya yang sudah lama diceburi demi keluarga. Bagi aku tak salah si suami berkorban kan...? 


Thursday, June 07, 2012

Berdakwah

Aku terbaca artikel ini di sebuah laman sesawang dan tertarik dengan aktiviti yang di lakukan komuniti di Britain.

sumber gambar DailyMail

Mereka menyampaikan maklumat dalam cara yang cukup berbeza. Untuk cerita lanjut korang klik sini.



Saturday, June 02, 2012

Sebuah rancangan Iklan TV

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang dihormati sekalian..  semoga kalian berada di dalam keadaan sihat2 selalu dan kalau ada masalah sila jangan serabut2 kepala otak anda dengan melakukan perkara2 yang merugikan diri sendiri ek...  cubalah dekatkan diri dengan melakukan senaman ringan atau bersiar2 di taman, mudah2an jiwa anda kembali tenang...

Bila sebut pasal tenang, aku nak tunjukkan sesuatu iklan yang agak cute jugaklah...  semoga anda semua terhibur dan jangan serabut2 lagi...


Agak2 pernah jumpa ke kawan2 yang kena situasi macam ni...?  hehehe...  Apakah pengajaran yang anda dapat selepas menonton iklan ni..?  Cari sendiri...

Monday, May 21, 2012

Mantap giler

Ini ada 1 video yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsikan bersama dan kebolehan mereka jarang2 kita dapat lihat di Malaysia..
saksikanlah sedutan ini..  Thanks youtube...


Kalaulah korang terjumpa diorang ni kat mana2, please kongsikan bersama kitorang di sini. Bagi alamat kedai tersebut, aku nak sangat tengok dengan mata aku sendiri...

Friday, May 18, 2012

Sudah cukup sudah..

Sarapan sudahh..
Terlelap pun sudahh..
Email checking pun sudahh..
Apa yang tak sudah lagi ni..?

Menantikan kereta aku kat Nissan Service Centre yang tak sudah2.. Huuhuuu.. 

Friday, May 11, 2012

Kosong

Aku kira2 agak lama aku tak update blog ni..  arini aku gagahi jua utk coret apa yg ada dalam minda ku yg kosong..  chewah mcm tajuk lagu Najwa Latif pulak..  Yg sebenarnya takde kaitan langsung dgn Najwa...

Apesal aku rasa kosong sangat setelah aku lepaskan sesuatu yg pernah jadi milik aku dulu.. walhal ia suatu yg sangat bagus dalam hidup sebab aku melepaskannya..

Ia takde kena-mengena dgn cinta hatiku kerana aku tetap cintakannya ibarat menyambut kelopak hati yg jatuh dari langit hehehe...

Ish, rindunya pada kenangan lalu.. terasa nak balik ke zaman lalu tapi mana mungkinku dapat hajat begitu..  Perkara yang berlaku pasti ada natijahnya maka kita sebagai hambaNya terima Qada' dan Qadar...

Tuesday, May 08, 2012

Dulu dan sekarang



Monday, May 07, 2012

Rumah oh rumah

Alhamdulillah akhirnya selesai sudah operasi angkut barang2 ke rumah baru di Jengka Mahkota, Pahang. Rasa sengal2 badan masih tak hilang lagi.. jap lagi nak gi kerja pulak..
Walaupun tak seindah mana tapi lega jugaklah bini tak payah menumpang kuarter lagi hehehe...

Nak citer banyak pun dah tak lalu dah sebab mata ni dah penat dan badan pun sama hehehe.. tapi kerja tetap kena pergi juga huhuhu.. Takpelah,slow2 kemas mana yang patut nanti..

Thanks to my love, Pn Sophie Tarmizi. Saye sokmo deh..


Sunday, April 29, 2012

Aku bebas sekarang

Yeahhhhhhhhhhhhh....

Aku bebas sekarang... hahaha...  takde lagi customer call memalam bute... takde lagi breakdown issue..
Yeahhhhhhhhhhhh......
Selamat tinggal Technical Service yang dah lama bersarang dalam hidup aku...
Sudah sampai waktu untuk aku tukar kerjaya yang membolehkan aku meluangkan masa bersama keluarga...
Aku bebas..  bebas.. bebas... (dialog johan dalam teater Lawak Ker Der..)

Tuesday, April 24, 2012

Apa fungsi USB

Zaman sekarang semua nak senang kan.. Nah ini dia produk terkini.. biasanya korang boleh charge handphone atau guna fan laptop atau apa-apa je lah dengan hanya plug in usb ke laptop anda kan..


Aku pasti bateri laptop korang tidak akan mudah habis hehehehe.......

Monday, April 23, 2012

Tron datang lagi

Tiba-tiba terjumpa gambar ni dan terus aku share buat tatapan hehehe

 Thanks RINDOK.COM


Wednesday, April 18, 2012

Blur is good

Blurr...
is 
GOOD..!


True that sometimes we need someone to talk to...

or 

play some bubbles can release your tension..

Battleship

Kali ni aku nak citer filem Battleship yang sudah berada di pawagam sekarang. Nak lebih garang, elok layan IMAX full image & fully sharp soundsystem dia.. Pada sesiapa yang pernah layan IMAX, dia tau lah...


Kira beruntung jugaklah rakyat Malaysia dapat layan citer ni sebabnya kat U.S. belum tayang lagi. Malaysia diantara negara pertama yang dapat lesen tayang citer ni diikuti negara Singapura..


Menonton filem aksi perang ni memang teruja sangat sebab aku suka hehehe... Korang patut layan..  Permulaan yang agak slow  tapi babak menarik tercetus selepas 20 minit sampailah credit..
Kiranya peperangan antara tentera laut dan alien la cenggitu..  Aksi yang di tonjolkan cukup berkesan sampai aku layan 3 kali hehehe.. amik ngko...


Satu lagi aku nak bagitau.. korang kena tunggu sampai credit abis sebab penghujung credit ni ada citer lagi.. Laa, tak abis lagi rupanya... memang adat resam orang malaysia bila credit dah keluar time tu la ramai yang dok berebut2 bangun dan terus blah...

Aku memang suka lepak sampai keluar logo filem yang terakhir.. saje je..  lagi pun citer Hollywood ni suka letak citer di penghujung credit..

Saturday, April 14, 2012

MIRROR MIRROR

Menonton filem ini umpama kita tak mau berganjak dari kerusi. Kenapa aku kata begitu, kerana filem ini sangat  best walaupun kita dah tau ia cerita Snow White yang ditindas oleh mak tiri dia dan kita dah tau sinopsisnya sejak kita kecik lagi. Sebuah kisah dongeng fantasi la senang citer.


Pada masa filem ni keluar hasrat hati tak mau tengok pun sebab dah tau endingnya macamana. Ntah tiba2 tergerak pula rasa hati ni nak pi layan. Seperti yang dijangkakan aku memang dah tau ending dia hehehe  happy ending kahwin dengan putera raja hehehe...

Apapun bawaklah anak2 sama, ada komedi dan sedih (cehh.. kenapa aku ni...) Selamat menonton, best wooo....

Wednesday, April 11, 2012

"Akibat buatan orang"

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian...  Terima kasih kerana anda berkunjung lagi dalam blog midonz yang baru nak naik ni...
Entri hari ni aku nak sentuh fasal "Akibat buatan orang".  Bila terbaca tajuk ni, anda semua pasti dah boleh budget apa isu yang ingin aku perkatakan kepada anda semua hari ni kan...?

Tuesday, April 10, 2012

Niat si suami nak menolong

Assalamualaikum semua....

Tiba2 idea ni wujud masa lepas menonton 'Nasib Do Re Mi'..  Eh, apa hubung kaitnya dengan cerita tadi..?  Sebenarnya takde kait mengait pun saje aku pesong2kan supaya gempak. Tajuknya tampak kurang jelas..  takpe biar aku penuhkan tajuk entri aku ini.

" Niat si suami nak menolong si janda, NIAT dihati sekadar membantu. Salah ker..? "

Memasang niat tu tak salah brader, asalkan tahu jaga batas2nya.. Sejujurnya adakah didalam hati ingin membantu atas dasar kasihan ATAU mempunyai niat yang lain.....?

Aku ada selidik beberapa kenalan wanita yang sudahpun bergelar isteri. Ada yang setuju dan ada juga yang tak senang dengan kaji selidik aku ni. Maaf ye pada yang terlibat, aku sekadar buat kajian je cuma nak kongsikan sesuatu di dalam 'Blog Tinta Midonz'.  Majoriti wanita diluar sana tak senang dengan niat si suami tu kerana jelas terpancar sesuatu yang tersirat dihati mereka. Isteri ni tuan2 bukannya sebulan dua kahwin dengan anda, malah makan tahun pun ada. Raut wajah suami mampu menzahirkan apa yang ada didalamnya. Kena tahu tu....

Bagi suami pula, kalau yang dah pasang niat nak buat bini baik anda kaji semula hajat anda. Cuba renungkan, siapakah orang yang menyokong anda ketika jatuh dan bangun anda dulu2...?   Siapakah orang yang bertanggungjawab menjaga rumahtangga sewaktu anda Outstation...?  dan kini bila anda sudah teguh ekonominya tiba2 ada si janda ni cuba menagih simpati mohon bantuan anda. Kenapa tak di cari orang lain atau anda cuba rekemen sahabat anda yang solo/single cuba membantu..  bukankah itu lebih murni tuan2..

Tak semua isteri yang sanggup dapat 'Payung Emas' tuan2...  Semoga tuan2 dan puan2 boleh menyuarakan pandangan anda dalam isu ini, sekian.


Saturday, April 07, 2012

Titanic

Jom kita layan movie Titanic yang telah di bikin dalam versi 3D.

Sebuah filem epik percintaan agung la konon2nya, rasanya semua tau filem ni antara filem terlaris pada tahun 1997. Kepada sesiapa yang belum tengok lagi jom layan di pawagam sekarang.

Ini pula masih dalam pembikinan filem dan dengar cerita ia bakal pecah panggung mengatasi kutipan Titanic 1997.

Monday, April 02, 2012

Sewing Curtains

Hmm... Operasi menjahit kini bermula......


Sedang menyiapkan kain langsir rumah baru kami di Jengka Mahkota, Jengka Pahang. Bab pilihan dekorasi sudah menjadi tugas bini aku, aku tak kisah macamana pun asalkan sejuk mata memandang sudah cukup bagi aku. Bab menjahit tugas aku..  Dulu, kini dan selamanya.. hehehehe  :-D   Jangan marah ek Pn Sophie (bini aku)


Setakat ni proses menjahit baru 50 % dan hasilnya tak boleh nak tunjuk lagi (seganlah belum complete). Tunggulah bila 100 % siap baru aku siarkan..  Bukan nak promote jahit langsir cuma saje aku titipkannya di sini buat santapan korang.  Okay la geng... Jumpa next entri... Wasalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...