Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, September 26, 2011

Sweet Couple

Menyentuh pasal pasangan yang bersekedudukan atau bahasa mudahnya tinggal serumah tanpa ikatan suami isteri yang sah sudah banyak kali kita baca atau dengar mengenainya. Media cetak malah internet juga banyak memaparkan kes2 macam ni. Persoalannya, apa tindakan korang sebagai jiran. Bukan nak menyibuk pasal kain orang tapi bila dah nampak depan mata jika tak dicegah akan jadi subahat.


gambar hiasan ehsan drpd WanTed


Namun ada juga pasangan yang sudah bernikah di negara ini (Malaysia) tetapi sukar untuk mendapatkan surat perakuan nikah gara2 kelewatan sistem perundangan. Ini boleh menyukarkan pasangan terbabit untuk melakukan urusan yang memerlukan pengesahan pasangan. Kejadian ini berlaku di Miri, Sarawak. Berita selanjutnya di sini.


Lain pula halnya dengan kes ini


Pasangan muda yang sedang hangat bercinta seharusnya mempelajari hukum2 yang telah digariskan dalam agama Islam. Jangan nanti bila dah terlanjur baru nak terngadah..  tuntutlah ilmu dengan orang2 tua, mereka ni banyak pengalaman yang boleh kita jadikan panduan. Semoga anda akan menjadi pasangan yang bahagia dan membina rumahtangga yang harmoni.












Sunday, September 25, 2011

Lagi 1 makhluk..

Argggg....  Time macam ni ko saje bikin panassssss...  Ada haiwan terlepas ke kat sini...


Selepas membuat postmotem oleh aku sendiri..  Kejadian ni berpunca dari 1 makhluk yang mempunyai akal yang sungguh unik, malangnya ia terletak kat kepala buku lali..

Ada bungkusan kotak rokok dalam lubang tu..  Hisap rokok pandai, nak buang kotak rokok tetiba hilang ingatan ye...  Kan dah menyusahkan orang lain.. Maintenance la jadi mangsa, kena sedut sampah2 tu keluar..

MORAL : Katakan TIDAK kepada rokok dan jagalah tandas awam.

Isu Hantu Bonceng makin panas..

Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita yer...

Wah, nampaknya bantahan terhadap filem Hantu Bonceng menjadi tajuk utama... Aku pun tak tahu mana nak sokong..  Hmm..  mungkin korang boleh baca entri dari SINI.

Selepas korang baca..  korang nilailah sandiri, pendapat aku mungkin akan menyinggung sensitiviti masyarakat di luar sana tetapi aku sekadar memberikan pendapat ikhlas aku je...  Kalau korang tak setuju aku takde hak ke atas korang untuk memangkah sape2...  Seperti kata abg Ahmad Idham, setiap aspek dalam skrip sudah di perhalusi dan disahkan oleh pihak tertentu. Jadi, apa kata anda pula..?

Friday, September 23, 2011

Nissan X-Gear

Petang tadi selepas shopping beli barang2 dapur kat Tesco Cheras aku sekeluarga terserempak pulak dengan 1 Auto Show Nissan area Ground Floor Tesco..  Memula tu aku tak lah heran sangat sebabnya aku tak terfikir langsung nak ushar atau nak beli kereta baru ke...  Maklumlah, kena jaga kewangan skrg ni tambahan pulak barang2 naik...

Alih2 terpandang si X-Gear ni..


Thursday, September 22, 2011

Raya Tak Jadi


Ada Planning ke hari ni..?  Haaa.. apa kata korang layan filem Raya Tak Jadi yang dah berada di pawagam.. Memana pun ada...  Belek2 la surat khabar kalau nak tau area mana yang dekat dengan anda...


Aku sebenarnya dalam 2 ni..  nak layan ke idak...  beberapa member aku dok bercerita sakan pasal filem ni..  dari perbualan mereka macam best..  Hmm, takpe aku pikir eloklah aku test power filem ni..  manalah tau benar seperti apa yang di perkatakan...

Tuesday, September 20, 2011

Those who obsess with download

Just want to share with you all about this issue..  




Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) submits request to country’s ISPs ordering them to block ten file-sharing sites for violating the Malaysian Copyright Act of 1987 in contradiction of the Malaysia Bill of Guarantees that stipulates “no censorship of the Internet.’

In a letter dated May 30th and sent to ISPs, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) requested that block access to the following sites:


  • http://www.warez-bb.org
  • http://thepiratebay.org
  • http://www.movie2k.to
  • http://www.megavideo.com
  • http://www.putlocker.com
  • http://www.depositfiles.com
  • http://www.duckload.com
  • http://www.fileserve.com
  • http://www.filetube.com
  • http://www.megaupload.com



Monday, September 19, 2011

Conan The Barbarian


Yes..  Kita bertemu lagi, review kali ni aku nak story pasal filem Conan The Barbarian yang korang dapat tontoni dalam versi 3D maupun biasa..  Haa..  sekarang ni tengah hangat di pawagam seluruh Malaysia dan Luar Negara..  Nak best lagi layan 3D la yer...  Keterujaan untuk menonton filem ni memang tak dapat di tahan2 lagi dah, apatah lagi bila member aku dah bagi green light dia bagi aku rehat lelama sket sebab time dia dulu aku yang dok cover keje dia hehehehe...  Ada betulnya juga pepatah melayu 'Ada ubi ada batas, Ada hari bolehku balas'


Perkara yang sama berlaku kepadaku hari ni...  Terima kasih sahabatku, Wan Ted


Johnny English Reborn

Review kali ini aku nak bercerita pasal 'Johnny English Reborn' yang mana korang boleh menontonnya dalam versi 2D ataupun filem biasa..  Perbezaannya adalah kalau 2D ni gambarnya lebih jelas dan takde calar2 kalau korang tengok di screen putih tu berbanding filem biasa yang kekadang korang akan perasan ada calar2 masa menontonnya hehehe... biasalah, dah nama pun filem jadi mudahlah filem tu rosak walaupun tak teruk mana pun...




Thursday, September 15, 2011

Hebatnya Seekor Semut

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Sang Semut!!

Kisah Si Kancil


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol", mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu... tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.

dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo 7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat 
bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kata polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...
"Melaporkan dari peronda Beta kepada peronda Delta, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!! Overrrr..."

Wednesday, September 14, 2011

Electrical Knowledge

Hi everyone!  

Do you know what contributes to your monthly electricity bill ?
  

For those in Semenanjung Malaysia, TNB’s tariff is approximately 30 sen to 45 sen per kilowatt-hour (kWh), depending on your usage.
The more you use, the more expensive the rates!
  

Below is a short table of common electrical appliances, and a rough estimate on how much they cost to run for every hour. 


(The cost may seem low, but remember, even using 3 sen/hour  means that you will be paying about RM 20 a month  if you leave it on for 24 hours a day!)
    






Appliance
Estimated cost (cent/hour)
Fluorescent lights
1 sen
Wireless Router
1 sen
ASTRO decoder + dish
2 sen
Table Fan
2 sen
Incandescent lights
3 sen
Ceiling Fan
3 sen
Computer (laptop)
5 sen
CRT ( ‘ normal ’ ) TV (21 inch)
3 sen
LCD TV (32 inch)
7 sen
Computer (desktop)
9 sen
Plasma TV (42 inch)
10 sen
Washing Machine
15 sen
Vacuum Cleaner
17 sen
Electrical Clothes Iron
33 sen
Electric Hot Plate
46 sen
Air Conditioning
46 sen
Electric Water Kettle
50 sen

  

 “SAFE ENERGY, SAFE BUDGET”



********************************* "SAVE PAPER - THINK BEFORE YOU PRINT!"



Thanks to Yen Fong (old frenz)...


Tuesday, September 13, 2011

Puasa 6

Alhamdulillah...
Akhirnya aku berjaya juga menunaikan puasa sunat di bulan Syawal..
Walaupun aku tersangkut beberapa hari lepas sebab badan tak sihat (tekak sakit sbb melantak air manis)
Bila dah abis ni barulah sedap sket nak beraya ke nak pi rumah terbuka ke...
Korang macamana..?  bagi kaum adam yang keUzuran masa bulan Ramadhan tu cepat2lah ganti balik..
berdosa weyy...  dah la time ramadhan korang MC... ni dah sihat ni tak reti2 nak bayar balik ke..
Anyway...  Happy Hari Raya to all my frenz and visitors...
Semoga korang terhibur dengan tulisan dalam blog aku yang tak secanggih mana ni...
Aku harapkan semoga kalian akan terus menyokong aku...
Wasalammm...

Final Destination 5 in 3D

Kesempatan yang ada ni aku curi-curi masa yang ada untuk menonton citer Final Destination 5 versi 3D. Agak lama juga la aku dok tunggu bilalah nak gi tengok, akhirnya dapat juga aku menunaikan hajat yang telah sekian lama terpendam.. cewahh....


Thursday, September 08, 2011

Remaja dan masa depan..

Remaja @ belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita di masa hadapan.  Mereka sebagai penyumbang kepada negara untuk generasi manusia kelak. Kalau di renungkan kembali perbezaan belia dulu dan sekarang, terlalu jauh bezanya ibarat langit dan bumi. 


Keruntuhan akhlak dan tiada perasaan hormat menjadi amalan hidup remaja kini. Agaknya mana silapnya...?


Pada siapa nak di tunding jari..?  Takkanlah ibubapa dan guru-guru pulak..?  



Reti baca tak?

Aku tujukan khas buat pengguna lelaki..
Jarang berlaku pada kaum pompuan.. kalau ada, mesti bini aku dah buka isu ni kan...
Apakah ia...?


Tuesday, September 06, 2011

Hantu Bonceng

Salam Aidilfitri kepada semua pembaca sekalian..  agak lama juga aku tak update blog ni, kesibukkan kerja ditambah pula jemputan rumah terbuka dari kawan2 turut menjadi penyebab utama aku tak update..



Saturday, September 03, 2011

LEGO


Hari ni anak kami Alzam Muqri sungguh gembira dapat beli LEGO.. dengan syarat puasa penuh...
bukannya apa..  sebagai galakan agar terus melaksanakan ibadah puasa..
Semoga tahun depan anak daddy puasa lagi tau..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...