Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Saturday, March 18, 2006

Kisah Luqman Al-Hakim dan Tiga Pelacur...

Tentu sahabat sekalian pernah mendengar tentang kisah Luqman yang bijaksana. Kisah beliau tercatat di dalam surah Luqman...

Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, beliau adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Nabi Daud AS dan menuntut ilmu darinya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala berkulit hitam yang kemudian di beri kurnia kemerdekaan dan pengetahuan.

Mari kita sama-sama mendengar kisah ketaatannya yang jitu terhadap Allah SWT...

Diriwayatkan dari Sai'id bin Amir berkata." Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far : "Luqman Al-Habasy adalah seorang hamba milik seorang lelaki. Suatu ketika, dia dibawa ke pasar untuk di jual. Luqman bertanya kepada seorang lelaki yang berhasrat untuk membelinya: "Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" "Kamu akan ku suruh melakukan itu dan ini," jawab calon pembeli. "Aku mohon kepadamu agar membatalkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan ku beri tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.

Lelaki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman pada saat itu juga mempunyai tiga orang anak wanita yang menjadi pelacur di desa itu.

Pada suatu ketika, majikannya pergi ke kebun. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman : "Aku telah menyiapkan makanan di dalam kamarnya, sepeninggalanku kuncilah pintu dan kamu harus menjaga pintu ini. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!" Sejenak kemudian ketiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan, maka Luqman pun menolak untuk membukanya dan akhirnya ketiga gadis itu marah dan memukulnya.

Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu . Apabila si majikan pulang, ia tetap merahsiakan perlaku ketiga puteri majikan terhadapnya. Dalam kesempatan berikutnya, si majikan kembali ke kebunnya. Sebagaimana dia telah berpesan kepada Luqman, dan selagi itulah Luqman menjaga amanah yang telah diberikan oleh majikannya. Dan sebagaimana peristiwa semalam, Luqman dicederakan oleh tiga orang puteri majikannya kerana beliau enggan membuka pintu sepertimana yang diarahkan oleh wanita-wanita tersebut.

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri sulung majikannya kemudian berasa simpati terhadap Luqman dan berkata: "Mengapa hamba Habsyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah SWT berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itupun bertaubat kepada Allah SWT.

Si bongsu berkata, "Mengapa hamba Habsyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat" Demikianlah si bongsu akhirnya mengikut jejak kakak sulungnya dengan bertaubat kepada-Nya.

Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat , puteri kedua majikan Luqman berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan hamba Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbandingku? Demi Allah, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.

Setelah ketiga puterinya yang bekerja sebagai wanita pelacur itu bertaubat, maka teman sekerjanya di desa berkata, "Mengapa budak Habsyi dan ketiga gadis si fulan itu lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana rakannya sehingga jadilah mereka sebagai ahli ibadat di desa itu."

Demikianlah bahawa usaha dakwah bukan hanya melalui ucapan lisan tetapi juga melalui tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman Al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadat kepada Tuhan menjadi kenyataan tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik…

Sumber: Mereka Yang Kembali. Ibnu Qudamah Al-Maqdisy terjemahan Abu Ahmad Najeh dan M Luqman Hakiem, Risalah Gusti, ed 1, Surabaya, 1417 H. Hal 120-122. (dengan beberapa perubahan)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...