Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, September 13, 2011

Final Destination 5 in 3D

Kesempatan yang ada ni aku curi-curi masa yang ada untuk menonton citer Final Destination 5 versi 3D. Agak lama juga la aku dok tunggu bilalah nak gi tengok, akhirnya dapat juga aku menunaikan hajat yang telah sekian lama terpendam.. cewahh....


Aku gi nonton sorang2 aku je..  nak ajak bini, sejak awal2 citer ni preview kat TV dia dah cakap tak mau tengok citer ni..  alasannya citer ni mengarut..  Katanya...  Aku peduli apa hehehehe...  wah, cakap besar nampakkk...

Akhirnya tercapai jugak misi menerjah kat pawagam hahahaha...

Bila aku tengok poster je, jantung aku mula berdenyut kencang..  hehehehe...  korang macamana pulak...?
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana saje... kadang kala ia berlaku secara kebetulan dan dalam Islam kita percaya kepada Qada' dan Qadar..  betul tak.?  Kematian terasa semakin dekat dengan kita..



Sepanjang menonton selama 92 minit, korang takkan senang duduk punya kerana ada saje perkara2 yang tak sepatutnya berlaku ke atas sekumpulan pekerja ni..  Kejadian ni bermula apabila Sam Lawton mendapat mimpi ataupun bayangan yang bakal berlaku nanti...  sejak Sam berjaya menyelamatkan kawan2nya dan seorang demi seorang nyawa mereka di cabut..


Hehehehe... Sesiapa yang minat cerita seram dan thriller macam ni..  korang memang harus pergi menontonnya...  Korang kena tau apa yang akan berlaku selepas tu...  Tengok jangan tak tengok... Nak best korang tengok 3D, kesan gambarnya yang tiada tolok bandingnya...

Sejuk sangat air cond dalam pawagam ni sampai nak tercabut telinga aku hehehehe....  nasib baiklah ada jaket tebal aku ni....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...