Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, September 30, 2010

Rokok oh Rokok...

Perkara ni sudah banyak kali dihebahkan akan kemudaratan yang bakal diterima oleh si perokok tegar ni.. tapi macam tu lah hasilnya tetap sama tiada tanda-tanda mereka ni nak insaf..  bagi saya yang sememang tidak merokok tetapi bekas perokok suatu ketika dulu ingin menyatakan bahawa rokok bukanlah suatu jalan penyelesaian masalah bagi mereka yang mengalami masalah. Sudah diketahui umum bahawa rokok membawa pelbagai penyakit tetapi kenapa nak cari penyakit..
Banyak kempen telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengubah perspektif rakyat kita yang kebanyakkannya perokok tak kiralah pelajar sekolah mahupun yang sudah bekerjaya.. paling sedih apabila mereka ini mula berjinak-jinak sejak dibangku sekolah lagi.. semuanya pengaruh rakan sebaya.. tidakkah kita diajar supaya dapat menilai baik buruk sesuatu perbuatan... kalau ditanya mengapa korang merokok..? alasannya adalah kerana beban masalah disekolah dan guru-guru... Ahh, mengarut semua tu...
Sedarkah, perokok juga akan terdedah dengan risiko kesihatan yang serius.. mungkin mereka terfikir tapi pedulilah... kalau sakit pun bukan korang, aku yang yang sakit so jangan nak menyibuk hal aku...
Takpelah,kita ni sekadar membantu supaya korang sedar... Semoga kalian akan sedar suatu hari nanti.. bila..? agaknya bila korang diambang maut agaknya......

Wednesday, September 29, 2010

Aksi terlampau..

Sama-sama kita menonton scene ini.. apakah pendapat anda tentang perkara ini.. 


video

Apakah gelaran yang sesuai untuk ahli keluarga mereka ini..?  dimanakah hilangnya sifat keperibadian yang harus ditunjukkan oleh penjaga kepada anak mereka.. semakin ditonton semakin sakit hati saya dibuatnya....

Jom tengok Legend Of The Fist: The Return Of Chen Zhen

Assalamualaikum & salam 1Malaysia buat semua kawan-kawan yang sedang membaca blog saya... semoga keceria terpancar diwajah anda kala menikmati hidangan sarapan pagi walau dimana jua anda berada. Pagi ni saya kena sambung puasa sunat dibulan Syawal yang tertangguh beberapa hari yang lepas kerana masalah kesihatan yang menghalang niat saya untuk meneruskannya. Alhamdulillah sekarang dah sembuh 100% maka tiada alasan lagi untuk berhenti niat yang murni itu.. 


Kali ni saya nak kongsikan bersama anda semua tentang cerita 'Legend Of The Fist: The Return Of Chen Zhen'.

Tuesday, September 28, 2010

Adakah rakyat Malaysia bebas..?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca yang dihormati.

Wow, lain macam tajuk topik saya kali ini. Sekadar luahan apa yang terfikir semasa saya sedang bekerja tadi.. sambil bekerja otak terus mengelamun ketempat lain.. tempat yang sukar ditafsirkan dimana ia.. saya ni kalau ada masa terluang memang mudah termenung.. ada yang seronok.. ada pula yang sedih.. tapi kali ni saya terkenangkan rakyat Malaysia yang mempunyai graduan-graduan yang hebat belaka tetapi masih tanam anggur (menganggur). Tak payah cerita orang yang terpelajarlah, orang yang kurang terpelajar pun ada yang hidupnya masih takde kerja... Adakah kerana mereka ni demanding?  ntah la, hanya empunya badan je yang tahu apa yang mereka inginkan..

Baru-baru ini Menteri Tenaga Kerja & Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar telah melarang calon pembantu rumah negara itu untuk bekerja di Malaysia. Ini kerana terlalu banyak kes penderaan terhadap pembantu rumah oleh majikannya. Rakyat Indonesia adalah tanggungjawab kerajaan Indonesia, namun jika ada rakyat kita melakukan keganasan terhadap mereka saya berpendapat tindakkan yang setimpal harus diambil oleh Mahkamah bagi mengatasi masalah ini.

Kebanjiran warga asing ke negara kita juga menjadi masalah besar kerana kalau kita lihat tak semua mereka ini mempunyai permit yang sah. Adapun mereka ini telah lama berkampung di negara kita, malah telah melahirkan zuriat lagi. Ini yang menjadi kebimbangan kepada kita semua rakyat Malaysia, saya bukannya tak suka dengan warga Indonesia ni tetapi segelintir warga ini banyak melakukan onar tak kira dimana saja. Ada yang merompak malah sanggup membunuh demi mendapatkan wang. Orang sebeginilah yang telah merosakkan bangsanya sendiri yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki halal tetapi mereka ini pula telah menconteng arang ke muka bangsa mereka sendiri.

Saya paling tak suka bila shopping di Bandaraya Kuala Lumpur, walau dimana kita berkunjung pasti warga Indonesia, Bangla, Filipina dan banyaklah ada disitu.. saya rasa seperti berada diluar negara pulak cuma takde salji je... Rimas dengan kebanjiran mereka sehinggakan mulut saya kadang-kadang jadi mulut mak nenek pula.. Tension bini saya bila mendengar mulut saya mengomel itu ini... Thanks to my wife yang tak putus-putus menjadi pendengar setia...  Paling best apabila tiba hari raya, masa tu Kotaraya, Puduraya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitarnya akan dibanjiri oleh mereka.. sampaikan makcik-makcik yang bershopping pun tak sanggup nak dok lama-lama kat kedai kain sana...

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan demi menanggani masalah kebanjiran warga asing yang semakin meruncing ini..  mana yang mempunyai permit sah takpelah, kalau yang datang secara seludup atau haram, macamana pula tu... tak kurang hebatnya bagi warga China yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan tetapi menjadi pelacur dirumah-rumah urut. Harapan saya semoga kerajaan memperkasakan para penguatkuasa terhadap mereka ini demi keselamatan dan keselesaan warga Malaysia.

Monday, September 27, 2010

North-south highway - 3rd lanes

Assalamualaikum & greetings to all readers. Just got this from my friend who builds highways. I feel like to share with the reader all the information.

I have another friend who works as pavement contractor and he shared the same thought!

 All you frequent users of the North-South Expressway Be more cautious when driving on the third lane. 



North-south highway 3rd lanes 

I am a frequent user of our North-South Expressway and I have this IMPORTANT experience to highlight and share:-
I am a building contractor based in Penang with over twenty years of experience and I have been driving my 5 series BMW (latest generation and a dammed solid road-holding car) each time I travelled to KL. Lately, the new extended 3 lanes highway had been opened up for use and since then, I have also been using it quite often.

HOWEVER, when I used it each time it is WET, I can really 'feel' that the new road surface is extremely SLIPPERY! To share with some of you, my car comes with a built-in traction control mechanism (skidding prevention mechanism) and you can feel it each time it is activated. Previously, I don't come across this kind of slippery feel except when I drive over a paddle of water at certain speed.

From my observation as a building contractor, the 'wearing course' of the new road surface could be TOO FINE OR TOO SMOOTH and TOTALLY UNSUITABLE for highway use! 

The wearing course (top premix layer) mix design for highways should be of minimum 20mm coarse aggregate mix that will give us the required bond between the surface and our tyres. Fine wearing course (14mm coarse aggregate size and below) is only suitable for normal road. (A proper test is needed to be carried out to determine the mix design of the wearing course).

Since the opening of the three lanes highway, I had seen cars skidding in front me or in the opposite direction and approximately 2 weeks ago, one of my friends who is also a frequent user of our NSE, came to share with me about his slippery feeling as well as the many skidded cars he had seen lately.

I am highlighting this to TV3 and The Star with the hope that a thorough investigation could be carried out immediately to find out how or what causes the bus to skid. A proper and independent test needed to be carried out urgently to determine the design mix of the wearing course. THIS CAN SAVE LIVES.
 

IF YOU ARE USING THE NEW LANES AND IF IT IS WET, MAKE SURE YOU DRIVE SLOWLY!!!! 


Friday, September 24, 2010

Musim RUMAH TERBUKA pulak..

Dimasa kita semua menyambut raya bersama tak lupa juga bagi mereka yang ada duit lebih sikit tu sudah pastinya membuat Majlis Rumah Terbuka yang bukan sahaja sekadar bermaaf-maafan, malah pertemuan yang diadakan setahun sekali itu juga dapat mengeratkan silaturrahim diantara semua kaum walau apapun bangsa kita..

Tak kurang hebatnya juga, ada yang sanggup berhabisan wang ringgit demi memenuhi tuntutan niat mereka. Yer lah, bukannya selalukan..  Biasanya lokasi yang diadakan di kediaman sendiri adalah paling popular berbanding di restoran atau hotel terkemuka.

Monday, September 20, 2010

Demam raya kembali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Alhamdulillah setelah sekian lama tak update sebab beraya punya angkara dan takde masa nak ber'internet' maklumlah internet guna Streamyx kat rumah je.. kat kampung takde internet huhuhu... Sedihlah jugak sebab kalau guna Broadband sudah tentu boleh melayarinya di mana-mana jua kita berada dan yang pentingnya kita dapat update segala agenda yang ingin kita rancangkan.. Itupun jika liputannya bagus.. Mesti nak tau kenapakan..?  Broadband ni ada baiknya dan ada tak bestnya jugak.. Tak best kalau kita dok bayar mahal-mahal tapi line hampeh.. terutamanya jika berada di kawasan pedalaman (jauh dari pekan @ bandaraya)

Tuesday, September 07, 2010

Pengumuman Raya..

Assalamualaikum 1Malaysia dan semua yang berada di luar Malaysia..

Tak lama lagi Syawal aka tiba.. beberapa hari sahaja lagi kemeriahan berlangsung di seluruh negara. Dikesempatan ini aku serta keluarga ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kiranya ada kesilapan yang telah aku lakukan. Maaf zahir batin.. dan dalam menyambut raya ni,aku mungkin tak dapat nak update sebab balik ke kampung.. jumpa lagi yer.. selamat hari raya...

Saturday, September 04, 2010

Balik kampung.. Ohh... balik kampung..

Assalamualaikum semua.. dan salam sejahtera..

Wah, seronoknya bila jalan-jalan di kedai-kedai. Lagu raya berkumandang sana sini ditambah pula dengan lagak promoter kedai yang tak putus-putus memberikan tawaran hebat bagi menarik perhatian kami yang lalu di hadapan kedai mereka. Tersenyum bila melihat ragam segelintir promoter yang mengoffer barangan mereka.. dah macam pasar malam pun ada..

Thursday, September 02, 2010

Pulau Pinang tambah 'duit raya'?

Mula-mula baca tajuk berita Harian Online hari ini terkejut juga iaitu bertajuk Pulau Pinang tambah 'duit raya'?
Tambah makin banyak ker? Jika makin banyak, lagi bertambah rezeki untuk raya tahun ini. Apabila dibaca, baru Sop faham rupanya ditambah dari RM400 sebelum ini ditambah lagi RM100 untuk menyamakan dengan pemberian duit raya oleh kerajaan.. ooo, baru faham :)




Ikuti berita penuh dari Berita Harian seperti berikut:

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang menaikkan Bantuan Khas Kewangan untuk kakitangan kerajaan negeri dan agensi di bawahnya kepada RM500 susulan keputusan Kerajaan Pusat memberi 'duit raya' sebanyak RM500 kepada kakitangan awam. 

Pengumuman kenaikan bantuan kewangan sebanyak RM100 itu dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pada majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam negeri di sini, semalam.
Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan anggota perkhidmatan awam negeri itu dan agensi di bawahnya termasuk pihak berkuasa tempatan akan menerima duit raya sebanyak RM400.

Guan Eng berkata, pemberian itu adalah satu penghargaan serta pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan yang diberikan oleh pegawai dan anggota pentadbiran negeri membabitkan kira-kira 20 jabatan negeri. 

Katanya, bantuan itu diharapkan dapat meringankan beban kakitangan kumpulan sokongan khususnya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. 

“Bantuan kewangan itu membabitkan peruntukan kewangan kira-kira RM7 juta kepada kerajaan negeri,” katanya. 

Di SEREMBAN, seramai 6,297 kakitangan awam negeri menerima duit raya RM500 bagi meringankan beban umat Islam menyambut Aidilfitri minggu depan. 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata duit raya khas itu diberikan kakitangan peringkat negeri seperti jabatan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk kakitangan kontrak. 

Katanya, kakitangan jabatan dan agensi Kerajaan Pusat yang menerima duit raya seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tidak terbabit dalam langkah kerajaan negeri. 

“Tidak timbul keadaan ada kakitangan awam menerima duit raya dua kali kerana RM3.148 juta yang diperuntukkan untuk pemberian duit raya ini hanya untuk kakitangan awam negeri dan agensi di bawahnya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, semalam.

Wednesday, September 01, 2010

Bazaar oh Bazaar

Memang menjadi kebiasaan di bulan ramadhan tidak sah kalau tak menjengah masuk ke bazaar ramadhan. Tak kiralah di mana-mana pun yang pasti suasananya pasti hangat macam kepak ayam bakar..  Manakan tidak, tatkala memasuki gerai yang pertama hinggalah ke penghujung pasti kecur air liur dibuatnya. Pelbagai hidangan lauk pauk serta kuih-muih dijual di situ,begitu juga minuman yang telah diubahsuai hingga namanya pun kita tak pernah dengar.. Yang pasti itulah keseronokkan yang tergambar ketika membeli juadah berbuka puasa..



Janganlah kita terlalu rambang mata ketika memilih juadah, kerana nafsu membeli sering kali membuatkan makanan tersebut membazir begitu sahaja kalau tidak dihabiskan. Ramadhan  bukan sahaja mendidik kita menahan dari lapar dan dahaga semata-mata malah turut mengajar kita agar mengawal dari segala nafsu termasuk membeli. Dalam pada kita mengamalkan ibadah puasa, janganlah kita lupa pada insan yang memerlukan.. Membayar zakat fitrah wajib bagi kita umat islam mengerjakannya, jangan sampai takbir berkumandang baru nak bayar zakat.. mmm,parahlah kalau macam tu..


Kalau korang sudah menunaikan semua kewajipan, syukur alhamdulillah di ucapkan.. Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beramal   :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...