Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, August 31, 2010

'MERDEKA'


Assalamualaikum semua pembaca..

Hari ini tanggal 31hb. Ogos 2010, maka secara rasminya kita sudah merdeka selama 53 tahun. Bertemakan "1Malaysia Menjana Transformasi", sambutan Hari Kemerdekaan kali ini memuatkan pengisian agenda yang berbeza dari tahun-tahun lepas apabila tiada acara perbarisan dan perarakan dilakukan seperti tahun yang sudah. Buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup di Stadium Putra di Bukit Jalil, bagi menghormati kemuliaan Ramadan.






Dalam kita meniti hari yang kian berkembang pesat, masih ada lagi insan yang terus hanyut dengan dunia mereka sendiri. Kisah remaja yang bebas pergaulannya, berpelukan, bercium dan minum arak di hadapan khalayak ramai tanpa rasa malu dilihat oleh bangsa lain(bukan islam). Apakah ini yang kita banggakan..? Islam hanya pada nama saja.. tetapi hakikatnya korang ni masih belum MERDEKA lagi.. jiwa/minda korang masih lagi dijajah oleh barat..


Semoga bangsaku akan sedar diri tak lama lagi.. jangan biarkan diri ini terus terjerumus dengan budaya yang kita sedari bukan asal kita. Usia kita bukannya selamanya muda.. dunia ini tidak selamanya kekal buat kita.. mungkin hari ini.. atau esok.. bila-bila masa saja Allah akan tarik semua nikmat yang kita ada..

Tahun hadapan merdeka lagi.. apakah begini caranya kita akan terus menyambutnya..?














Monday, August 30, 2010


Oh Syawal...


Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi, sebuah bulan mulia yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada seluruh umat Islam. Kini Syawal pula bakal tiba, hari ini genaplah 20 Ramadhan kita umat islam menunaikan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan tawaduq. Ketika ini sudah mula berkumandang lagu-lagu raya di corong radio yang menggamit hati dan perasaan bagi insan yang mencari rezeki di perantauan termasuklah aku sendiri. Teringat masa kecik2 dulu berbasikal satu kampung collect duit raya, ada tu kami beraya ke kampung sape ntah. Asalkan bulan tu dapat kumpul duit banyak2.. seronok tak terhingga bila dapat banyak duit.. Bohonglah kalau aku tak terkesan langsung bila dengar lagu-lagu raya berkumandang, cuma muka aku je tak mempamerkan apa-apa perasaan bila kawan-kawan dok bertanya, "tahun ni abg cuti beraya tak?". Dengan selambanya aku berkata, "erk, tak kot.. kena kerjalah.. time tu filem banyak masuk..". Hati ini je yang tahu betapa bengkaknya rasa bila boss aku dah warning awal2, aku kena standby raya nanti.


Hakikatnya, aku terima ajelah sebab dia boss aku. Nanti kena warning letter pulak kan.. Walau macamana pun, aku tetap isi borang cuti jugak. Nasiblah kalau pas ni cuti aku tak approve, aku MC laa.. hehehe.. Ahh, itu serba sedikit perihal aku & kerja aku.. aku nak citer sket perihal keseronokkan di bulan puasa & bulan syawal yang bakal tiba nanti..

30 hari berpuasa di bulan Ramadhan mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu: Mulut dikekang dari berkata kotor seperti mengumpat dan mencaci orang, perut dikekang dari memasukkan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata pula dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan. Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersembahyang sunat terawih, bersedekah, berzakat, berzikir dan bertafakur.

10 hari lagi kita akan berhari raya. Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita perlu muhasabah diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan.

Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya yang keberatan meninggalkan Ramadhan lantaran banyaknya ganjaran dan pahala disediakan pada bulan itu. Kepada golongan ini, Allah membuka satu lagi tawaran dengan menjanjikan pahala setahun iaitu dengan menjalani puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Sama-samalah kita rebut peluang ini sementara Syawal masih berada di depan kita.

Akhirnya sama-sama kita berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Amin..









Thursday, August 26, 2010


Agar lama saya tidak menjengah masuk entri blog ini.. rasanya bertahun lamanya di tinggalkan kerana masalah2 yang tak dapat saya nyatakan disini.. Alhamdulillah akhirnya semua masalah beransur hilang walaupun ada sekelumit tercalit di hati ini.. Apapun selamat kembali ke laman ini.. dikesempatan ini juga.. saya nak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat tak kiralah di mana anda berda... semoga hidup kita ini di rahmatiNya.. Wasalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...