Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, December 27, 2005

Maksiat Yang Disegerakan Balasannya

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berhadapan Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda :"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :-

1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri." (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Keterangan :
Hadith ini menerangkan bahawa :

1. penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya penzinaan.

2. kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat

4. kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah swt

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

Saturday, December 10, 2005

Apa Yang Mencantikkan Wajah???

Al-AHNAF BIN QAIS seorang ulama yang terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak anak murid dan sahabat handainya. Mereka yang datang itu adalah untuk tujuan berlajar dan menuntut dari beliau. Bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf.

Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan.. berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya. Lalu Ahnaf pun bertanya "Wahai anak muda!. Ada kamu menghiasi wajah mu dengan sesuatu?". Jawab pemuda "Memang benar.. saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah berbohong. Kalau ada orang yang sedang bercakap.. saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji.. saya akan tepati janji itu dan jika saya diberikan amanah.. saya tidak mengkhianatinya."

Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah Ahnaf "Benar akan kata kata mu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi diri mu dengan akhlak mulia."
Balasan baik hindari marah

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi." Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan." Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. "
Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring. Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

Sunday, December 04, 2005

Taubat Seorang Peminum Arak.

Pada suatu hari, Khalifah Umar ibnu Khattab berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di persimpangan jalan, beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Ini menimbulkan syak wasangka Umar terhadap pemuda itu.

Lantas Umar menyoal pemuda itu: "Apa yang engkau bawa itu?"

Dalam keadaan ketakutan pemuda itu terketar-ketar menjawab: "Madu, wahai Umar." Sebenarnya pemuda itu sedang membawa kendi arak.

Selepas berkata demikian, timbul perasaan insaf dihatinya untuk bertaubat dari meminum arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar berharap sambil berdoa supaya Khalifah Umar tidak memeriksa isi kendi itu.

Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda itu, lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa.

Doa pemuda itu dimakbulkan oleh Allah SWT apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya terdapat madu. Allah SWT telah menukarkan arak tersebut menjadi madu. Dengan demikian pemuda itu terselamat dari tindakan Khalifah Umar.

Semenjak dari peristiwa itu, pemuda itu telah bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.

MORAL

Allah SWT sentiasa memperkenankan doa orang yang bertaubat dengan ikhlas kepadaNya. Setiap pemimpin mestilah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat yang dipimpinnya. Setiap pemimpin akan disoal mengenai kepimpinannya. Kebajikan yang dibuat dengan ikhlas kepada Allah menghapuskan dosa kejahatan yang dibuat sebelumnya, InsyaAllah.

Sunday, November 27, 2005

Hikmat Aqiqah

Aqiqah ialah menyembelih binatang (kebiasaannya lembu/kambing) pada hari yang ke-7 selepas kelahiran seseorang bayi.Hukumnya sunat bagi orang yang wajib menanggung belanja nafkah anak itu.Kalau tidak dapat dilakukan pada hari yang ke-7, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh kerana banyak hikmatnya :-

1] Mendekatkan diri anak itu kepada Allah SWT sejak mula dia dilahirkan lagi.

2] Sebagai fidyah (tebusan) bagi menebus si anak itu dari segala bencana.

3] Melepaskan belenggu anak untuk memberi syafaat kepada kedua orang tuanya.

4] Melahirkan rasa kegembiraan dengan melaksanakan perintah Allah SWT.

5] Mengukuhkan lagi pertalian kasih sayang diantara anak-anak di dalam masyarakat dengan berkumpul makan bersama-sama daging Aqiqah tersebut.

6] Menunjukkan rasa kesyukuran kerana menerima kedatangan anak yang baru.

Friday, November 25, 2005

STATUS KHINZIR: KEWAJARAN SENSITIVITI UMAT ISLAM

Tindakan umat Islam “membuat bising” terhadap isu ini bukanlah tiada kewajarannya di sisi syara’. Malahan ia merupakan sesuatu yang wajar dan dituntut oleh Islam. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, keharaman daging babi di sisi syara’ merupakan sesuatu yang qat’i (pasti). Nas yang menjadi dalil (hujah) kepada keharaman tersebut merupakan nas yang qat’i samada dari aspek sumber dan penunjukkan maknanya (dilalah). Allah SWT telah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik-baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kalian dan hendaklah kalian bersyukur kepadaNya, jika benar-benar kalian bersembah sujud kepadaNya. Allah mengharamkan kalian dari memakan bangkai, darah, daging babi, dan daging ternak yang tidak disembelih atas nama Allah. Namun barang siapa yang berada di dalam keadaan terpaksa (memakannya) bukan atas kemahuannya sendiri, dan tidak ia melampaui batas, maka ia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [TMQ Al-Baqarah:172-173]

“Katakanlah (hai Muhammad): Tidak kutemukan di dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya kecuali jika makanan itu berupa bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana yang demikian itu keji (najis).
[TMQ Al-An’am:145].

Perlulah kita sedari bahawa keharaman khinzir itu hanyalah didasarkan kepada fakta bahawa ia diharamkan oleh Allah SWT tanpa ada ‘illat (sebab) kepada keharamannya. Ada dikalangan orang Islam yang melihat bahawa khinzir haram kerana kotor dan sebagainya, namun, didalam ayat di atas, jelas pengharaman ke atas khinzir adalah kerana Allah memang telah mengharamkannya tanpa menyatakan ‘illatnya. Oleh itu, keharamannya haruslah kekal dalam keadaan tersebut tanpa perlu kita mencari sebabnya berdasarkan akal kita dengan mencari-cari dan menggunakan maslahat atau mudharat di sebalik keharaman khinzir sebagai sandaran kepada hukum.

Kita juga perlu sedar bahawa hukum berkaitan khinzir ini hanyalah merupakan salah satu dari hukum syara’ berkaitan dengan makanan. Terdapat juga hukum-hukum yang lain berkaitan dengan persoalan yang sama. Misalnya, keharaman minuman keras (khamar). Pengharamannya didasarkan kepada firman Allah SWT;

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi dengan anak panah itu adalah perbuatan najis termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah agar kamu mendapatkan keberuntungan. Sesungguhnya syaitan bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan shalat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” [TMQ al-Ma’idah: 90-91].

Atas hakikat ini, tidaklah wajar bagi umat Islam bersikap begitu prihatin dan sensitif dalam menjaga hukum syara’ berkaitan dengan khinzir tapi bersikap acuh tidak acuh dengan hukum syara’ berkaitan khamar. Keharaman khamar seolah-olah tidak ‘seberat’ keharaman khinzir sehingga kita perhatikan bahawa penjualan dan penggunaan khamar begitu berleluasa hari ini. Sikap ‘double standard’ seperti ini amat dikesali. Ini juga seolah-olah menjadi petunjuk bahawa sikap tidak puas-hati terhadap isu khinzir ini tidak sepenuhnya didasarkan kepada hukum Allah semata-mata, sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, tapi sebaliknya ada kemungkinan ia hanya didasarkan kepada faktor-faktor yang bersifat emosi dan peribadi. Lebih berat dari itu, perkara-perkara haram lainnya yang wujud didalam masyarakat kita acapkali tidak dihiraukan, malah dianggap ‘enteng’ dan selari dengan kehidupan seorang muslim di negara ini.

WAHAI KAUM MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,

Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang syumul, yang bukan hanya mengatur hubungan diri kita dengan Allah SWT, menerusi hukum-hakam berkaitan ibadah dan akidah; dan bukan juga hanya mengatur hubungan kita dengan diri kita semata-mata, menerusi hukum-hakam berkaitan dengan pemakanan, pakaian dan akhlak - namun Islam juga mengatur hubungan kita sesama manusia yang mana peraturannya terangkum didalam hukum-hukum muamalah.

Tidak sepatutnya kita mengaku beriman dengan Allah dan RasulNya, jika kita hanya menitik-beratkan penjagaan hukum syara’ yang bersifat peribadi (ibadah, makanan, pakaian dan akhlak) semata-mata tanpa memberikan perhatian yang sama terhadap hukum syara’ berkaitan interaksi kita sesama manusia (pemerintahan, ekonomi, sosial, hukuman, dasar pendidikan dan dasar luar-negara) yang dikala ini tidak diatur dengan hukum Islam.

Berapa ramai dari kita yang berasa “jijik” dengan transaksi ribawi di dalam sistem perekonomian negara? Berapa ramai pula dari kita yang “geli-geleman” dengan sistem pendidikan negara yang mendidik rakyatnya untuk berhutang semenjak di peringkat universiti lagi dibawah skim PTPTN yang ribawi itu? Mengapakah hal-hal seperti ini boleh berlaku sedangkan Allah SWT telah berfirman:

“Dan demi Tuhanmu, tidaklah mereka itu beriman sehingga mereka menjadikan engkau sebagai hakim di dalam perkara yang mereka perselisihkan”

“Apa yang dibawakan oleh Rasul kepadamu maka terimalah ia dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah ia “ [TMQ Al Hasyr (59):7]


Dan berapa ramaikah dari kalangan kita yang merasa “loya” melihat gelagat para pemimpin kita berjabat tangan sambil ditepuk-tepuk belakang mereka oleh pemimpin asing yang tangannya berlumuran dengan darah umat Islam Iraq, Palestin dan Afghanistan? Berapa ramaikah…..??


Wallahua'lam

Wednesday, November 23, 2005

Kriteria Isteri Solehah

Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.Sentiasa mentaati perintah suami selagi perintah itu bukan maksiat.Tidak mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suami.Reda dengan setiap pemberian suami walaupun barang itu tidak mahal.Tidak menolak ajakan suami bila ia ingin bermesra dengannya.Tidak meninggalkan rumah melainkan dengan izin suami.Tidak berlaku curang bila ketiadaan suami.Amanah pada anak-anak dan juga harta suami bila ditinggalkan.

Sentiasa bersyukur sama ada menerima nikmat atau pun dugaan dari Allah.Tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.Menghormati keluarga suami dan juga kaum kerabatnya.Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami sebaliknya tidakberhias bila ketiadaan suami.Memakai bau-bauan untuk suami semasa di rumah.Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.

Menghantarkan suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar danmenyambutnya bila ia pulang dengan senyuman.Mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.Sentiasa menjaga nama dan maruah suami.Sentiasa menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan diri serta rumahtangganya.Melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dan suami dengan tabah dan sabar.

Wednesday, November 16, 2005

HABSYAH NEGARA PERTAMA HIJRAH SEBELUM MADINAH
Oleh Japim.com.my, JEJAK RASUL 11

ETHIOPIA negara tertua yang tidak pernah dijajah dalam sejarah di benua Afrika. Kemakmuran negara ini menggambarkan keadilan pemerintah silamnya.Ia pernah diperintah oleh raja yang bergelar Najasyi dan kerajaan ketika itu menjangkau hingga ke Sudan, sebahagian dari Mesir dan Somalia itulah Habsyah.Selain dikenali sebagai Habsyah di kalangan bangsa Arab, ia dikenali sebagai Abisinia sehingga kurun ke-20. Hari ini, Ethiopia merujuk kepada kedua-dua nama itu. Ethiopia muncul sebagai negara pertama hijrah umat Islam Makkah sebelum berpindah ke Madinah.Keadilan raja dan keharmonian penduduknya menarik perhatian Rasulullah SAW sehingga Baginda memerintah sahabatnya berhijrah ke sana buat sementara waktu.Hubungan Ethiopia dengan tanah Arab wujud sejak zaman Nabi Sulaiman dan negeri itu juga pernah berada di bawah pemerintahan Ratu Balkis, iaitu pemerintah kerajaan Saba’. Selepas kelahiran Nabi Muhammad hubungan kedua-dua negara ini semakin rapat melalui peristiwa hijrah.Penindasan yang dideritai oleh umat Islam di Makkah menyebabkan Rasulullah diwahyukan agar mereka berhijrah ke Habsyah.Habsyah dipilih kerana rajanya adil. Mereka bergelar Najasyi dalam bahasa Tigrinya, raja.

Selain itu, kisah Najasyi diketahui oleh Rasulullah menerusi rombongan perniagaan mereka yang menyeberang Laut Merah ke tanah Arab.
Rombongan Hijrah yang pertama ialah seramai 11 lelaki dan empat wanita, antaranya Uthman bin Affan, isterinya Ruqaiyyah binti Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf dan beberapa sahabat lain.Rombongan itu disambut baik Najasy yang menganggap mereka sebagai tetamu istimewa. Tetapi, selepas tiga bulan mereka kembali ke Makkah kerana faktor geografi di sini yang berbeza dan selepas Saidina Hamzah serta Umar al-Khattab memeluk islam.Jika Ethiopia menyimpan jasad Najasyi, negara jirannya, Eritrea berbangga dengan lokasi pertama sahabat Rasulullah menjejaki kaki mereka. Di sanalah bermulanya segala episod sejarah hijrah dan perjuangan mereka. Negara yang sinonim dengan pergolakan, rakyatnya pula sudah biasa mengharungi peperangan selama 30 tahun.Eritrea di Afrika Timur Laut baru mengecapi kenikmatan kemerdekaan dari Ethiopia, pada 1993. Negara ini mendapat nama daripada perkataan Yunani yang bermaksud Semenanjung. Sebahagian ahli sejarah Afrika mengatakan kalimah itu berasal daripada bahasa Arab ‘irt’ yang bermakna api yang bernyala kemerah-merahan. Orang Yunani menambahkan sebutan ‘ea’ di hadapan perkataan irt sebagai rujukan kepada bangsa mereka. Akhirnya negara ini dipanggil Eritrea.Sebagai negara pertama menjadi lokasi hijrah, Eritrea agak istimewa berbanding negara Afrika lain. Seperti diketahui bahawa Islam masuk ke Eritrea melalui hijrah sahabat. Seperti juga diketahui bahawa Nabi cuba menjalankan dakwah di Makkah, tetapi ditentang oleh Musyrikin Quraisy. Malah, hanya sedikit kalangan mereka yang beriman dengannya. Mereka yang memeluk Islam berhadapan dengan kesukaran dan seksaan.Selepas Nabi melihat segala bentuk seksaan yang dilakukan kaum Musyrikin ke atas mereka, lalu Baginda bersabda: “Bagaimana jika kamu berhijrah?”Lalu sahabat bertanya: “Ke mana ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Pergilah ke bumi Habsyah. Sesungguhnya rajanya tidak pernah menzalimi seseorang dan ia adalah bumi kebenaran.”Selepas itu, sahabat pun berhijrah ke Habsyah secara rahsia. Mereka berhijrah melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritrea. Habsyah dan Eritrea adalah negeri yang sama kerana dulu semuanya dikenali sebagai Habsyah.

Saturday, November 12, 2005

PANDUAN BERHARI RAYA MENURUT SYARIAT ISLAM

Oleh : Ahmad Akhyari Bin Ismail
Sarjana Siasah Syar`iyyah
Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.
akhyari@hotmail.com

`Aidul Fitri berasal dari perkataan `aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali), fitrah membawa maksud kemurnian dan kesucian. Pada hari tersebut kaum muslimin kembali menikmati tahun kembalinya kebahagiaan dengan kemurnian dan kesucian, lantaran banyaknya anugerah Allah kepada hambaNya di hari itu.Pada Hari Raya `Aidil Fitri, ummat Islam disunatkan menunaikan solat sunat Aidil Fitri secara berjamaah. Menurut Imam Taqiyuddin Al-Hussaini, dalam kitabnya Kifayatul Akhyar, bahawa Rasulullah s.a.w. pertama kali melakukan solat hari raya adalah Solat Hari Raya Aidil Fitri di tahun ke 2 Hijrah dan pada tahun itu juga telah difardukan Zakat Fitrah kepada ummat Islam, demikian pandangan Imam Al-Mawardi.

HUKUM SOLAT `AIDIL FITRI

Hukum menunaikan solat Hari Raya Aidil Fitri itu adalah sunat, hal ini berdasarkan pertanyaan seorang Arab Badwi ( A'rabi ) kepada Rasulullah : "Apakah ada kewajipan selain solat lima waktu ? Jawab Rasulullah : Tidak ada, melainkan ia dituntut melakukannya (tathawwu`a).Solat Aidil Fitri hendaklah ditunaikan antara terbit matahari sehingga tergelincirnya matahari, menurut pendapat pertama. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa belum masuk waktu apabila metahari belum naik kadar segalah. Qaul yang shahih adalah pendapat yang pertama.Sembahyang Hari Raya, dilakukan dengan dua rakaat, kerana adanya dalil-dalil dan ijmak ulamak. Sembahyang Hari Raya Fitri atau Hari Raya Adha disertai pada rakaat pertama 7 kali takbir dan 6 kali tahmid. Pada rakaat kedua disertai pula 5 kali takbir dan 4 kali tahmid.Diriwayatkan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bertakbir pada salat Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha pada rakaat yang pertama tujuh kali sebelum membaca Al-Fatihah, dan pada rakaat yang kedua lima kali sebelum membaca Al-Fatihah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan beliau mengatakan bahawa martabat hadis ini hasan. Imam Bukhari mengatakan pada bab ini bahawa tidak ada hadis yang lebih sahih daripada hadis ini.Di antara tiap-tiap dua takbir hendaklah berhenti sejenak sekira-kira cukup untuk membaca suatu ayat yang sedang panjangnya dengan membaca tasbih, tahmid dan tahlil. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al- Baihaqi dari Ibnu Mas'ud, berbentuk perbuatan (Hadis Fi'li). Tasbih ertinya membaca "Subhanallah". Tahmid ertinya membaca "Alhamdulillah". Tahlil ertinya membaca "Laa ilaaha illallaah wallahu Akbar ". Di dalam bacaan ini terkumpul bermacam-macam zikir yang diperintahkan di dalam salat. Bacaan ini juga dinamakan Al-baqiyatus Shalihat sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Abbas dan sebahagian Ulama’.Seandainya seseorang imam terlupa bertakbir dan langsung membaca Al-Fatihah, maka hilanglah kesunnatannya. Pada salat Hari Raya hendaklah imam setelah membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, diikuti membaca pula Surah Qaaf selepasnya dan pada rakaat yang kedua membaca Surah Al-Qomar hingga akhirnya. Demikianlah menurut riwayat Imam Muslim.Bacaan Al-Fatihah dan surah hendaklah dikeraskan cara bacaannya, kerana hukumnya sunnah menurut ijmak ulama'. Demikian pula digalakkan mengeraskan bacaan takbir, tasbih dan tahmid.Setelah salat selesai disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah, berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu `Umar r.a : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar selalunya melaksanakan Salat Hari Raya sebelum khutbah "Jadi seandainya imam berkhutbah sebelum salat, maka khutbahnya itu tidak dianggap sah menurut qaul yang sahih yang dinaskan oleh Imam Syafi'i. Pengulangan khutbah itu diqiaskan dengan khutbah Jumaat. Dalam masalah ini tidak ada hadis yang tetap menurut kata Imam An-Nawawi di dalam kitab Al- Khulasah.Pada khutbah yang pertama disunatkan memulainya dengan takbir sembilan kali, manakala pada khutbah yang kedua disunatkan memulai dengan takbir tujuh kali.

TEMPAT MELAKSANAKAN SOLAT `AIDIL FITRI

Solat Hari Raya itu boleh dilakukan tempat lapang. Jika solat `Aidil fitri dilakukan di Makkah, maka di Masjidil Haram adalah lebih utama, tanpa ada khilaf. Syeikh As-Shaidalani menyamakan kedudukan taraf Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis dengan Masjidil Haram. Bagi tempat selain Makkah, adalah lebih baik dilakukan di tempat lapang, terutamanya ketika keadaan masjid yang penuh sesak, bahkan ketika itu (masjid penuh sesak) adalah manjadi makruh sembahyang di masjid, menurut sesetengah pendapat ulama' Syafi`iyyah. Jika ada keuzuran seperti hujan, maka di masjid adalah lebih utama. Akan tetapi jika masjid luas dan mampu menampung keseluruhan jemaah yang hadir, maka mendirikan di masjid adalah lebih utama menurut pendapat yang sohih.

PERLAKSANAAN TAKBIR

Disunatkan bertakbir dan bertahmid, bermula waktu terbenam matahari (maghrib) pada kedua-dua malam Hari Raya `Aidil fitri dan `Aidil Adha. Adalah menjadi suatu `ibadah yang sunat, untuk dilaungkan di masjid, rumah atau di pasar-pasar, supaya dalam keadaan bersesak itu orang ramai akan turut serta bertakbir dan bertahmid bersama. Bahkan digalakkan setiap masa samada ketika waktu malam mahupun waktu siang. Semua golongan samada yang bermukim mahupun yang musafir digalakkan bertakbir dan bertahmid kerana ia adalah syi`ar yang utama bagi umat Islam.Hal ini telah difirmankan oleh Allah s.w.t. : " Dan hendaklah kamu sekelian mengagungkan Allah atas apa yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada kamu sekalian." (Al-Baqarah : 185)Imam Al-Bukhari meriwayatkan hadis Ummu `Athiyah, beliau berkata : " Kami sekalian diperintahkan keluar pada solat dua hari raya sehingga wanita yang haid pun keluar, kemudian menempatkan diri di belakang kaum muslimin, mereka turut bertakbir mengiringi takbir kaum muslimin ".Sementara dalil takbir bagi Hari Raya `Aidil Adha, hanya diqiaskan dengan Hari Raya `Aidil Fitri. Berakhirnya takbir untuk Hari Raya `Aidil Fitri adalah apabila imam telah takbiratul ihram Solat Sunat Hari Raya, menurut qaul yang shahih.Apakah takbir itu disunatkan sesudah solat-solat fardu pada Hari Raya `Aidil Fitri? Dalam hal ini terdapat khilaf di kalangan ulama' Syafi`iyyah. Di dalam kitab Ar-Raudhah, Imam An-Nawawi menukilkan bahawa, menurut pendapat yang ashah amalan bertakbir sesudah solat-solat fardu pada Hari Raya `Aidil Fitri tidak disunatkan, disebabkan tidak ada riwayat yang menyatakannya. Di dalam kitab Al-Azkar, Imam An-Nawawi mensahihkan bahawa sesudah solat-solat fardu pada Hari Raya `Aidil Fitri disunatkan bertakbir, sama seperti amalan di Hari Raya `Aidil Adha.Takbir dan tahmid pada ketika waktu tersebut adalah lebih utama daripada zikir-zikir yang lain, kerana takbir itu merupakan syi`ar Hari Raya.Justeru itu, setiap ummat Islam hendaklah memastikan dan memelihara kesucian hari perayaan yang utama ini. Hari yang dipenuhi dengan kemurnian dan kesucian ini adalah merupakan anugerah kemenangan dari Allah s.w.t. kepada hambanya yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w. : Bagi orang yang berpuasa itu akan dikurniakan dua kegembiraan, kegembiraan ketika `Aidil Fitri dan kegembiraan ketika bertemu Allah s.w.t.

Friday, November 11, 2005

Fadzilat Surah Al- Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...Bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy diatas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikatyang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul HuwallahuAhadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, November 09, 2005

Selera Anaconda

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.
Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.
Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).
Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.
Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.

Monday, November 07, 2005






Ini adalah beberapa koleksi tulisan khat yang ingin aku kongsikan bersama pembaca-pembaca budiman. Ianya sesuai untuk dijadikan wallpaper pada desktop korang.

Sunday, November 06, 2005

NILAI TUDUNG WANITA

Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Friday, November 04, 2005

Selamat Menyambut Aidilfitri


Kupanjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia serta rezeki yang tak pernah kurang kepada aku seisi keluarga. Tak sangka pulak kali ni aku menyambut Ramadhan dan Syawal bersama-sama anak2 & isteri. Seronok rasanya, tak dapat aku nak gambarkan... biasalah kalau dah bekeluarga sudah pasti ada perkara2 yang tak dapat kita lupakan umpamanya kena layan karenah anak2 time nak berbuka puasa hehehe...

Alhamdulillah sepanjang menjalani ibadah puasa tiada perkara2 buruk berlaku kepada aku serta suku sakat(family & kawan2). Kita sering terbaca dalam akhbar kisah orang mengalami kecelakaan di bulan posa dan terbaru time malam raya pun ada. Kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi dilanjutkan usia kita hingga ke hari ini. TanpaNya hidup kita pasti kucar kacir... sebab tu kita kena ingat pada Allah.

Di Syawal yang berbahagia ini aku suka sangat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang sedang membaca blog aku ini. Mungkin ada diantaranya yang memang kenal denganku, maaf zahir batin & halalkan segala makan / minum masa kita kat warung ker @ mana2 kedai makan yer... mungkin aku terlupa nak bayar ker...

Wednesday, November 02, 2005

Tazkirah 29hb. Ramadhan 1426H

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:`Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi . Ikan-ikan di lautan memohon istighfar ( keampunan ) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan mengisi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:`Masanya telah hampir tiba dimana hamba-hambaku yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar ( di dunia ) dan akan mendatangiKu . Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan ( orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w. pun bertanya :`Wahai Pesuruh Allah , adakah itu malam Lailatul Qadar? Dijawab oleh Rasulullah s.a.w. : `Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.`Dari Buku Fadhilat Ramadhan ( www.darulnuman.com )

Tuesday, November 01, 2005

Cyberworld 3D

Haa... aku baru je selesai kerja2 meng'edit' filem Cyberworld (animasi) dalam bentuk 3 Dimensi (3D) beberapa minggu yang lepas. Dan sekarang nih citer ni dah di tayangkan kat pawagam IMAX Theater Berjaya Times Square Kuala Lumpur bersebelahan dengan Penjara Pudu, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Bagi korang yang dah biasa lalu lalang... melepak... berdating... jalan2... ponteng sekolah... kat Berjaya Times Square nih, cuba2lah korang naik kat tingkat 10 bersebelahan 'Food Court'. Kat situlah pawagam IMAX Theater berada...

Untuk pengetahuan korang cuma ada 1 jer pawagam IMAX kat Malaysia nih. Kalau sesapa yang rajin gi oversea toksah citer la kalau korang tak kenal sebab ianya memang popular kat luar negara. Malah sapa yang gi Singapura ker.. Thailand ker.. Indonesia mesti jumpalah panggung nih. Bagi kita di Malaysia nih tak semua orang yang tahu tentang kewujudannya sebab ia bukanlah seperti pawagam TGV @ GSC yang bersepah kat negara kita nih.

Bagi korang yang belum merasai kelainan 3D nih, meh la datang menonton 3D di IMAX. Jika korang kata nanti takut tak cukup seat... hahahaha.... jumlah maksima 555 penonton one shoot, sistem bunyi 12,000 watts digital surround yang canggih dan saiz skrin gergasi setinggi 5 tingkat rumah flat. Ok geng, semoga korang happy nanti...

Monday, October 31, 2005

30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tau

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sunday, October 30, 2005

Woo... hehehe...


Hahahaha... Alhamdulillah.. akhirnya berjaya gak aku mencipta blog aku sendiri... walaupun aku dah lama rancang nak buat benda nih, baru sekarang ia tercipta...

Ah.. bagi korang yang dah lama cipta benda nih sebelum aku, congrate la kat korang... kalau korang ada idea yang boleh dikongsikan bersama aku... aku mengalu-alukannya. Ntahla apa aku nak buat pas ni.. aku ingat nak tido jap kot.. tetiba aku terasa mengantok tak bleh tahan... karang-karang la aku sambung balik... : )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...