Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Battleship

Kali ni aku nak citer filem Battleship yang sudah berada di pawagam sekarang. Nak lebih garang, elok layan IMAX full image & fully sharp soundsystem dia.. Pada sesiapa yang pernah layan IMAX, dia tau lah...


Kira beruntung jugaklah rakyat Malaysia dapat layan citer ni sebabnya kat U.S. belum tayang lagi. Malaysia diantara negara pertama yang dapat lesen tayang citer ni diikuti negara Singapura..


Menonton filem aksi perang ni memang teruja sangat sebab aku suka hehehe... Korang patut layan..  Permulaan yang agak slow  tapi babak menarik tercetus selepas 20 minit sampailah credit..
Kiranya peperangan antara tentera laut dan alien la cenggitu..  Aksi yang di tonjolkan cukup berkesan sampai aku layan 3 kali hehehe.. amik ngko...


Satu lagi aku nak bagitau.. korang kena tunggu sampai credit abis sebab penghujung credit ni ada citer lagi.. Laa, tak abis lagi rupanya... memang adat resam orang malaysia bila credit dah keluar time tu la ramai yang dok berebut2 bangun dan terus blah...

Aku memang suka lepak sampai keluar logo filem yang terakhir.. saje je..  lagi pun citer Hollywood ni suka letak citer di penghujung credit..

Saturday, April 14, 2012

MIRROR MIRROR

Menonton filem ini umpama kita tak mau berganjak dari kerusi. Kenapa aku kata begitu, kerana filem ini sangat  best walaupun kita dah tau ia cerita Snow White yang ditindas oleh mak tiri dia dan kita dah tau sinopsisnya sejak kita kecik lagi. Sebuah kisah dongeng fantasi la senang citer.


Pada masa filem ni keluar hasrat hati tak mau tengok pun sebab dah tau endingnya macamana. Ntah tiba2 tergerak pula rasa hati ni nak pi layan. Seperti yang dijangkakan aku memang dah tau ending dia hehehe  happy ending kahwin dengan putera raja hehehe...

Apapun bawaklah anak2 sama, ada komedi dan sedih (cehh.. kenapa aku ni...) Selamat menonton, best wooo....

Saturday, April 07, 2012

Titanic

Jom kita layan movie Titanic yang telah di bikin dalam versi 3D.

Sebuah filem epik percintaan agung la konon2nya, rasanya semua tau filem ni antara filem terlaris pada tahun 1997. Kepada sesiapa yang belum tengok lagi jom layan di pawagam sekarang.

Ini pula masih dalam pembikinan filem dan dengar cerita ia bakal pecah panggung mengatasi kutipan Titanic 1997.

Friday, March 23, 2012

Act of Valor

Review kali ni aku nak cite sikit tentang filem 'Act of Valor' yang kini dok tayang kat panggung. Bagi mereka2 yang suka genre perang, nah ini dia hidangan yang best untuk si penggemar filem perang.


Mengisahkan sebuah pasukan unit khas yang di kerah untuk menyelamatkan perisik CIA yang telah diculik oleh pengganas. Dalam pada itu, anda akan di bawa oleh juru gambar dengan pergerakan tektikal Navy SEAL dan pastinya ada dapat rasakan seolah-olah anda bersama pasukan terbabit. Sangat mengujakan sehinggakan aku menontonnya 2 kali, best punya pasal...


Tiada pelakon ternama dalam filem ini, semua pelakon biasa2 je tapi plot cerita ni sangat menarik dan hebat.



Citer banyak2 pun tak guna geng.. Cepat menontonnya di panggung yang terdekat.. Layann...

Tuesday, February 28, 2012

This Means War

Sebuah filem yang sangat menarik dan sesuai bagi pasangan yang sedang bercinta. Amat menyeronokkan dan tak rugi kalau korang menontonnya.

Dibarisi pelakon hebat Tom Hardy, Reese Witherspoon dan Chris Pine.

Tontonan anda...  saje promo..  :)



Tuesday, January 31, 2012

Journey 2: The Mysterious Island

Entri kali ni aku nak kongsikan bersama anda semua mengenai filem Journey 2: The Mysterious Island


Bagi penggemar filem bergenre pengembaraan, sudah pasti filem ini menepati citarasa korang. Amat sesuai jika bawa seisi keluarga menontonnya. Aku yakin korang pasti terhibur malah tak rugi kalau membeli tiket wayang ini. Jika korang sudah menonton...

Sunday, January 01, 2012

Suatu Malam Kubur Berasap

Sebuah filem komedi seram yang tak berapa nak seram ni telah mula ditayangkan di pawagam sejak 22 Disember 2011 yang lalu dan masih lagi ditayangkan dan janganlah korang rasa takut seram-seram sejuk bila tengok tajuk filem ini kerana ceritanya tak serma pun.. hehehe.. Awwoouuu... hehehe..


Monday, December 26, 2011

Sherlock Holmes: A Game Of Shadows


Jom kita menonton filem Sherlock Holmes ke-2 yang masih mengekalkan watak utamanya, Robert Downey Jr. dan Jude Law. Kali ini Holmes terpaksa meminta bantuan Dr.Watson untuk sama-sama menyelesaikan suatu kes yang agak rumit membabitkan seorang profesor yang menjalankan kerja jenayah paling licik.

Saturday, December 24, 2011

Mission Impossible 4



Menonton filem Mission Impossible 4 menjadi satu kemestian buat aku kerana aku mengikutinya sejak M.I. pertama lagi. Sebuah filem aksi & ekstrem dilakonkan oleh Tom Cruise sebagai watak penting dalam cerita ini yang akan mengajak kita sama-sama pasukannya menjejaki pengganas yang akan melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika.


Hahaha.. menggelabah korang. Semasa menjejaki si Hendricks yang memiliki kod pelancar nuklear Rusia, pasukan Ethan ni kena menempuh macam-macam halangan demi menyelamatkan Amerika dari kena serang.. Misi kali ni gadjetnya dipertingkatkan dengan beberapa teknologi baru.


Sepanjang 2 jam 15 minit berada di dalam panggung, aku boleh katakan plotnya seimbang tak seperti M.I. sebelum ni yang buat aku tertunggu apa nak jadi lepas ni.. Pada mereka yang minat giler kat aktor ni rasanya korang tentu tak kisah apa orang lain cite kan.. Enjoy the movie :)

Tuesday, December 13, 2011

New baby

Akhirnya satu cinema baru telah dilancarkan bertempat di TGV Sunway Pyramid petang tadi yang mana para penonton takkan kecewa dengan hasil teknologi canggih IMAX. Sebelum ni aku pernah bertugas di Berjaya Times Square KL dan pernah mengendalikan mesin IMAX dalam format 70mm (filem).


Wednesday, November 23, 2011

Jom layan COLOMBIANA

Hmm... Mata aku masih tak dapat dilelapkan setelah puas mencari posisi yang tak berapa nak menjadi..  Mana tidaknya selepas isya' terus padam sampai 12am.. Pastu mulalah tak boleh pejam..  Kononlah nak dijadikan citer aku terus makan waktu Supper(tgh malam).. perut dah kenyang terus layan movie Colombiana yang memang menepati selera aku iaitu filem jenayah / aksi memanjang hehehe...  


Filem ini diterajui Zoe Saldana sebagai Cataleya yang memegang watak utama dalam filem ini. Lakonan yang sungguh mantap yang aku yakin boleh jadi pelapis Angelina Jolie sedikit masa lagi..  Mengisahkan sewaktu Cataleya zaman kanak-kanak, keluarganya telah dibunuh oleh geng kongsi gelap yang mana dia terpaksa melarikan diri meminta bantuan daripada pakciknya Emilio yang melatihnya menjadi seorang pembunuh elit. 




Sepanjang babak, tak keterlaluan kalau aku katakan plotnya menaik je..  Jadi apa tunggu lagi.. Layan la..  






Aku sertakan trailer dari filem ini.. hahaha.. saje nak racun korang semua hehehe.. saksikanlah... 




Filem ni dah ditayangkan maka korang download sendirilah kat internet okay.. Mudah sesangat-sangat..  Korang klik Colombiana ini dan korang download la sendiri okay...

Saturday, November 19, 2011

Toyol punya hal..!

Bermulalah kisah si toyol ni yang menjadi tajuk utama dalam keluarga aku...  Hoh, kenapa pulok dah...  Apa tidaknya, boleh dikatakan nama toyol ni menjadi sebutan anak-anak aku... Tak takut rupanya deme ni...  Maka kerana tak tahan dek menuntutkan si toyol ni, aku pon melangganlah citer 'ALAMAK TOYOL' kat AstroFirst... Cehhh... ! begitulah kisahnyaa....



Sunday, October 09, 2011

Al - Hijab


Hi para pembaca sekalian..  Aku baru je layan filem Al - Hijab di pawagam..  Nampaknya filem ni menepati citarasa aku sebagai penggemar genre seram.


Kisahnya bermula apabila Raff (Pierre) mendapat tawaran watak utama dalam filem 'Jalan Mati' yang akan digandingkan bersama Fazura. Dimana pengarah (Aziz M.Osman) mahukan Raff menjiwai watak yang diberikan malah diberi tempoh untuk meneliti skrip yang telah di berikan. Agak malang kerana Raff masih tidak dapat nak jiwainya walaupun berkeping DVD dok tayang demi mencari feel tersebut. Kiranya mamat ni tak takut hantulah gitu..


Raff makin tension kerana masih tak dapat nak cari orang yang dapat bantunya membukakan hijabnya dan suatu hari beliau telah mendapat sms pelik dari orang yang tak dikenalinya agar datang ke suatu tempat.


Sejurus tiba di sana Raff ditemukan dengan seorang makcik bernama Mak Itam yang akan membantu membukakan hijabnya. Akan tetapi ada musibahnya jika tidak ditutup hijab itu.. Apakah yang berlaku nanti...?  Saksikannya di pawagam sekarang...


Friday, October 07, 2011

Killer Elite


Wow.. Korang dah menonton ke belum filem Killer Elite yang dibarisi oleh pelakon yang best ni seperti Jason Statham, Clive Owen & De Niro ni.. Otai2 ni...  Kepada korang yang belum ada perancangan minggu ni, apa kata layan filem ni... Sesungguhnya korang akan teruja dengan aksi diorang ni..

Kisahnya apabila Danny (Jason) terpaksa membunuh demi menyelamatkan mentor dia si Hunter (De Niro). Walaupun dah cuci tangan dalam Special Elite ni..  Nak di jadikan citer masa Jason nak selesaikan assignment dia tu pelbagai masalah yang timbul dalam tugasannya tu..

Apa lagi jom la tonton... Jangan lepaskan peluang ni beb.. Kalau mamat ni berlakon confirm best punya...

Saturday, October 01, 2011

NASI LEMAK 2.0

Wow.. Jom kita menonton filem Nasi Lemak 2.0 Masa terbaca tajuk filem terfikir pulak apa yang 2.0 tu... mesti canggih kot nasi lemak dia...



Ewah..  bukan main korang ye... jangan terperdaya dengan mereka ni... diorang bukan pelakonnya...
Sebuah cerita yang sarat dengan message dan tak rugi pun kalau korang beli tiket ni...  Memang kelakor dan pasti ketawa tak hengat orang belakang punya nanti...  Lagu2 kat dalam ni pun bestttt...


Datang la tengok... thumb up...

The Sorcerer and the White Snake


Satu lagi filem jet li yang baru ditayangkan...  Sebuah kisah romantik percintaan antara manusia dan hantu..
Cukup dramatik sehinggakan aku yang tak berapa nak suka citer macam ni turut terjebak...
Bagi couple memang sesuailah untuk korang layan..  Sedih beb...

Malas aku nak citer panjang lebar sebab tak rugi pun kalau Jet Li yang memegang watak.. Overall..  Sedih beb... huhuhu.. layannnn...

Sunday, September 25, 2011

Isu Hantu Bonceng makin panas..

Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita yer...

Wah, nampaknya bantahan terhadap filem Hantu Bonceng menjadi tajuk utama... Aku pun tak tahu mana nak sokong..  Hmm..  mungkin korang boleh baca entri dari SINI.

Selepas korang baca..  korang nilailah sandiri, pendapat aku mungkin akan menyinggung sensitiviti masyarakat di luar sana tetapi aku sekadar memberikan pendapat ikhlas aku je...  Kalau korang tak setuju aku takde hak ke atas korang untuk memangkah sape2...  Seperti kata abg Ahmad Idham, setiap aspek dalam skrip sudah di perhalusi dan disahkan oleh pihak tertentu. Jadi, apa kata anda pula..?

Thursday, September 22, 2011

Raya Tak Jadi


Ada Planning ke hari ni..?  Haaa.. apa kata korang layan filem Raya Tak Jadi yang dah berada di pawagam.. Memana pun ada...  Belek2 la surat khabar kalau nak tau area mana yang dekat dengan anda...


Aku sebenarnya dalam 2 ni..  nak layan ke idak...  beberapa member aku dok bercerita sakan pasal filem ni..  dari perbualan mereka macam best..  Hmm, takpe aku pikir eloklah aku test power filem ni..  manalah tau benar seperti apa yang di perkatakan...

Tuesday, September 20, 2011

Those who obsess with download

This summary is not available. Please click here to view the post.

Monday, September 19, 2011

Conan The Barbarian


Yes..  Kita bertemu lagi, review kali ni aku nak story pasal filem Conan The Barbarian yang korang dapat tontoni dalam versi 3D maupun biasa..  Haa..  sekarang ni tengah hangat di pawagam seluruh Malaysia dan Luar Negara..  Nak best lagi layan 3D la yer...  Keterujaan untuk menonton filem ni memang tak dapat di tahan2 lagi dah, apatah lagi bila member aku dah bagi green light dia bagi aku rehat lelama sket sebab time dia dulu aku yang dok cover keje dia hehehehe...  Ada betulnya juga pepatah melayu 'Ada ubi ada batas, Ada hari bolehku balas'


Perkara yang sama berlaku kepadaku hari ni...  Terima kasih sahabatku, Wan Ted


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...