Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, October 30, 2011

Camno nak selamatkan diri

Bila kebakaran berlaku, kita sering kali panik tak tentu pasal.. Walaupun kita pernah diberikan latihan asas kebakaran..  Berikut tindakan pantas @ paling simple nak selamatkan diri dalam kebakaran dalam rumah @ bangunan.


Yang ni paling basic la.. kalau dah keluar tu pi minta bantuan la pada sesapa yg ada... hehehe...
Kredit untuk 9GAG, info best.. saje aku share kepada korang...

Saturday, October 29, 2011

Watak Komik

Bilamana si kecil taksub dengan watak Vader dalam filem Star Wars..
Ini yang berlaku..


Hehehe.. Jangan sampai anak anda jadi begini.. Tengok boleh Tiru jangan...


Jodoh

Betul ke pepatah mengatakan Jodoh serta pertemuan diantara 2 insan telah ditentukan oleh Allah SWT..?  Hmm, bunyinya memang menarik perhatian aku tetapi jika tanpa sebarang usaha di lakukan dan hanya menunggu jodoh tu datang sendiri yang mencari kita..  Memang tak jumpa la jawapannya..



Tuesday, October 25, 2011

Maaf

Salam sayang kepada pembaca semua, agak lama aku tak mengupdate blog ni. Menjadi 1 misteri jika aku tak update dalam jangka waktu begitu lama. Pelbagai halangan menimpa pada aku sejak beberapa minggu yang sudah.

Eh, bukan masalah kronik pun cuma waktu kerja yang padat ditambah pula aku ibarat putus hubungan dengan dunia internet buat seketika. Menyendiri.. oh tidak.. aku bukan begitu.. Pastinya jadual aku memang padat..

InsyaAllah, aku akan cuba berikan sedikit waktu mengUpdate apa yang patut..  Terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua..

Sunday, October 09, 2011

Al - Hijab


Hi para pembaca sekalian..  Aku baru je layan filem Al - Hijab di pawagam..  Nampaknya filem ni menepati citarasa aku sebagai penggemar genre seram.


Kisahnya bermula apabila Raff (Pierre) mendapat tawaran watak utama dalam filem 'Jalan Mati' yang akan digandingkan bersama Fazura. Dimana pengarah (Aziz M.Osman) mahukan Raff menjiwai watak yang diberikan malah diberi tempoh untuk meneliti skrip yang telah di berikan. Agak malang kerana Raff masih tidak dapat nak jiwainya walaupun berkeping DVD dok tayang demi mencari feel tersebut. Kiranya mamat ni tak takut hantulah gitu..


Raff makin tension kerana masih tak dapat nak cari orang yang dapat bantunya membukakan hijabnya dan suatu hari beliau telah mendapat sms pelik dari orang yang tak dikenalinya agar datang ke suatu tempat.


Sejurus tiba di sana Raff ditemukan dengan seorang makcik bernama Mak Itam yang akan membantu membukakan hijabnya. Akan tetapi ada musibahnya jika tidak ditutup hijab itu.. Apakah yang berlaku nanti...?  Saksikannya di pawagam sekarang...


Kau yang cari pasal

Thanks to my FB frenz


Malang memang tak berbau
Kalau berbau dah tentu kita akan berwaspada selalu
Insiden berlaku apabila traffic light bertukar dari kuning ke merah
Mungkin dengan memecut deras pemuda ini akan berjaya melepasinya sebelum bertukar lampu merah
Sayang seribu kali sayang... kau tetap tak berjaya
Nah, inilah akibatnya..

Kepada penunggang di luar sana,agak2 dah nampak lampu kuning menyala
Janganlah dok perah throttle tu... Kuning bermaksud bersedia untuk berhenti..
Renung2kan...

Friday, October 07, 2011

Killer Elite


Wow.. Korang dah menonton ke belum filem Killer Elite yang dibarisi oleh pelakon yang best ni seperti Jason Statham, Clive Owen & De Niro ni.. Otai2 ni...  Kepada korang yang belum ada perancangan minggu ni, apa kata layan filem ni... Sesungguhnya korang akan teruja dengan aksi diorang ni..

Kisahnya apabila Danny (Jason) terpaksa membunuh demi menyelamatkan mentor dia si Hunter (De Niro). Walaupun dah cuci tangan dalam Special Elite ni..  Nak di jadikan citer masa Jason nak selesaikan assignment dia tu pelbagai masalah yang timbul dalam tugasannya tu..

Apa lagi jom la tonton... Jangan lepaskan peluang ni beb.. Kalau mamat ni berlakon confirm best punya...

Sunday, October 02, 2011

KD Hang Tuah


Pada hari ini 2.10.1964, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Great Britain, Y.M. Tengku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Hamid telah melancarkan sebuah kapal perang baru untuk angkatan Tentera Laut di Raja Malaysia yang diberi nama K.D. Hang Tuah. Majlis pelancaran telah diadakan di Portmouth England dan telah dihadiri oleh 'Vice Admiral' F.H.E. Hopkins serta isteri. Turut hadir ialah isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Y.M. Tengku Maimunah. Kapal ini dahulunya dikenali dengan H.M.S. Lord Anns dan dibeli oleh Kerajaan Malaysia bagi tujuan memperbesarkan lagi angkatan Tentera Laut di Raja Malaysia. Langkah ini adalah untuk memperhebatkan lagi kawalan ke atas kawasan perairan Malaysia berikutan dengan ancaman lanun ke atas nelayan-nelayan kita. Di samping itu juga, usaha ini merupakan rancangan Kementerian Pertahanan yang sedang menambah beberapa buah kapal perang, kapal penyapu periuk api dan melatih rekrut-rekrut baru di dalam angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia sejak tahun 1961. Kapal ini dijangka akan bertolak pulang ke Malaysia pada pertengahan bulan November setelah menjalani percubaan pelayaran di Lautan England. Pelancaran K.D. Hang Tuah pada hari ini tahun 1964 akan menambahkan lagi kekuatan pasukan tentera laut kita dalam usaha mengawal keselamatan negara.


Saje nak kongsi cerita pasal Kapal Perang Malaysia ni.. Semoga kita sama-sama berkongsi ilmu.. Banyak info kita boleh dapat di sini

Aku bahan buangan

Image by Wan Ted
                                                             

Saat tulang temulang masih gagah
Aku memerah keringat demi keluarga
Aku tak hirau walau terik membakar
Asalkan keluargaku tidak merempat

Kini anak-anak berjaya dalam hidup
Tapi aku....
Dimana aku sekarang..?
Aku di sini

Ya.. aku masih di sini
Malamku beratapkan langit
Bertemankan bintang dan rembulan
Nyamuk adalah teman setiaku

Namun kenapa aku di sini...?
Biarlah rahsia..
Semoga anak-anakku tidak merempat
Itu sudah cukup bagiku..



Saturday, October 01, 2011

NASI LEMAK 2.0

Wow.. Jom kita menonton filem Nasi Lemak 2.0 Masa terbaca tajuk filem terfikir pulak apa yang 2.0 tu... mesti canggih kot nasi lemak dia...



Ewah..  bukan main korang ye... jangan terperdaya dengan mereka ni... diorang bukan pelakonnya...
Sebuah cerita yang sarat dengan message dan tak rugi pun kalau korang beli tiket ni...  Memang kelakor dan pasti ketawa tak hengat orang belakang punya nanti...  Lagu2 kat dalam ni pun bestttt...


Datang la tengok... thumb up...

The Sorcerer and the White Snake


Satu lagi filem jet li yang baru ditayangkan...  Sebuah kisah romantik percintaan antara manusia dan hantu..
Cukup dramatik sehinggakan aku yang tak berapa nak suka citer macam ni turut terjebak...
Bagi couple memang sesuailah untuk korang layan..  Sedih beb...

Malas aku nak citer panjang lebar sebab tak rugi pun kalau Jet Li yang memegang watak.. Overall..  Sedih beb... huhuhu.. layannnn...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...