Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Saturday, December 31, 2011

2012


Esok bermulalah episod baru dalam hidup aku. Tahun yang bakal dicipta oleh aku sendiri untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Kepada yang berkeluarga, jadikan tahun 2012 sebagai tahun menstabilkan ekonomi dan pada remaja pula, jadikan ia sebagai tahun membina kerjaya dalam hidup.



TINGKATKAN USAHA ANDA.. BUAT YANG TERBAIK..

Friday, December 30, 2011

Watching together

Aktiviti di masa lapang selain buat homework sekolah, kami bertiga suka menonton movie.




Gelagat anak-anak bila time cuti sekolah 

Thursday, December 29, 2011

Crocs

Hmm... cantik tak..? Eh, kat mana korang tengok tu..? Aku suruh korang tengok sandal Crocs dia laa...



Cantik kan Crocs dia..?  Beli yang original tau.. kalau beli kat Uptown ke bazaar ke yang tu semuanya riplika je.. Maknanya tak original.. dah pakai baru tau kualitinya.. Erk..

Sesak lagi

Kita selalu guna jalanraya untuk menjalankan kerja-kerja harian, tak kiralah pergi kerja maupun nak keseberang jalan pun anda tetap pengguna jalanraya. Tetapi sejauh manakah kita sebagai pengguna tahu mengenainya. Isu yang aku cuba bangkitkan di sini akan kita kongsikan bersama dalam slot selepas ini.. hehehe.. Nak baca lagi silalah KLIK baca selanjutnya.. 





Monday, December 26, 2011

Sherlock Holmes: A Game Of Shadows


Jom kita menonton filem Sherlock Holmes ke-2 yang masih mengekalkan watak utamanya, Robert Downey Jr. dan Jude Law. Kali ini Holmes terpaksa meminta bantuan Dr.Watson untuk sama-sama menyelesaikan suatu kes yang agak rumit membabitkan seorang profesor yang menjalankan kerja jenayah paling licik.

Tunggu kami mati dulu

Agaknya itulah ungkapan paling mustajab yang aku boleh berikan bagi isu kali ini. Kerana slogan yang lembut-lembut atau berhemah ni biasanya lambat mereka 'take action' melainkan kita buat protes jalanan maupun bagi memorandum kepada kerajaan. Itu kes lainlah okay.


Saturday, December 24, 2011

Mission Impossible 4



Menonton filem Mission Impossible 4 menjadi satu kemestian buat aku kerana aku mengikutinya sejak M.I. pertama lagi. Sebuah filem aksi & ekstrem dilakonkan oleh Tom Cruise sebagai watak penting dalam cerita ini yang akan mengajak kita sama-sama pasukannya menjejaki pengganas yang akan melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika.


Hahaha.. menggelabah korang. Semasa menjejaki si Hendricks yang memiliki kod pelancar nuklear Rusia, pasukan Ethan ni kena menempuh macam-macam halangan demi menyelamatkan Amerika dari kena serang.. Misi kali ni gadjetnya dipertingkatkan dengan beberapa teknologi baru.


Sepanjang 2 jam 15 minit berada di dalam panggung, aku boleh katakan plotnya seimbang tak seperti M.I. sebelum ni yang buat aku tertunggu apa nak jadi lepas ni.. Pada mereka yang minat giler kat aktor ni rasanya korang tentu tak kisah apa orang lain cite kan.. Enjoy the movie :)

Friday, December 23, 2011

Bila resah


Bila runsing @ stress menggiler aku selalu cenggini...  sebenarnya aku tak mau tunjukkan keadaan ini pada orang lain.. biarlah aku sendiri yang menanggungnya..  Cara ni lebih sesuai untuk aku kerana mudah untuk aku terlelap dengan tenang.



Tuesday, December 20, 2011

What the.....

Orang terlampau bijak pandai pun susah juga..  bodoh terlampau lagilah susah..  Apa kita nak panggil mereka ni..? Ada undang-undang tapi tak mahu guna..  Bila tiada undang-undang dikatanya pihak berkuasa tak buat kerja.. 





Be kind to others

Sebuah video yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama pembaca semua..  kalaulah kita semua mempunyai sikap begitu, kadar jenayah pasti dapat dikurangkan..  bagaimana pula dengan anda..


Monday, December 19, 2011

Kembali lagi

Musim naik sekolah akan tiba tak lama lagi...  Kini banyak kedai-kedai sudah menawarkan harga murah dan diskaun hebat kepada pengguna khususnya ibubapa yang sibuk menyiapkan alatan persekolahan anak-anak mereka. Kepada ibubapa diluar sana buatlah pilihan yang bijak dalam berbelanja kerana keseronokkan berbelanja tiada batasannya akibat keghairahan tadi.


Friday, December 16, 2011

Tak cukupkah..?

Apa lagi yang kurang
Tak cukupkah apa yang engkau ada
Apa yang engkau benci sangat
Tak perlulah jadi orang lain
Hanya mahukan bangga pujian
Bertaubatlah sebelum terlewat





Wednesday, December 14, 2011

Stack the blocks

Permainan 'stack the blocks' memang menyeronokkan dan korang pasti terhibur jika tahu mengendalikannya. Seperti permainan 'sahibba' ia menguji kemahiran berfikir dalam menyusun ayat dengan menggunakan kepingan huruf yang korang ada. Berbeza dengan permainan 'stack the blocks' yang memerlukan kemahiran korang menyusun bongkah kayu hingga mencapai ketinggian maksima.








Tuesday, December 13, 2011

New baby

Akhirnya satu cinema baru telah dilancarkan bertempat di TGV Sunway Pyramid petang tadi yang mana para penonton takkan kecewa dengan hasil teknologi canggih IMAX. Sebelum ni aku pernah bertugas di Berjaya Times Square KL dan pernah mengendalikan mesin IMAX dalam format 70mm (filem).


Bigger than you have

Engkau ada ke apa yang aku ada..?  Hmm.. Eh, betul ke kau ada..
Bab ni paling aku suka sebabnya aku takde..  Kalau korang ada, korang tersangatlah hebat sebab memilikinya... 
Apakah ia wahai kalian...?????





Sila klik 'baca seterusnya', jika nak tau dengan lebih detail. TQ

Wednesday, December 07, 2011

What..?


Hehehe.. Selamat datang ke stesen keretapi Tanah Merah..  Huh..? biar betul..? Bila pulak Tanah Merah ada stesen keretapi...  Hahaha.. sebenarnya bukan Tanah Merah, Kelantan. Gambar ni aku amik masa berkunjung ke Singapura 2 hari lepas cuma tak sempat nak upload je...

Terkejut juga lokasi ni digelarkan Tanah Merah... Stesen MRT di Singapura....  Penumpangnya amat berhemah sebabnya aku kata begitu ialah mereka ni kalau naik escalator beratur dan akan berdiri di barisan kiri escalator dan dibiarkan kosong di bahagian kanan escalator. Tujuannya bagi memudahkan untuk sesapa yang urgent menggunakan laluan tersebut.. Wahh.. bagusnya..

Begitu jugalah bila menunggu Train sampai.. mereka ni akan beratur dan memberikan laluan kepada penumpang dari dalam train keluar baru diorang ni masuk.. Wow.. hebat... Harap2 orang Malaysia patut mencontohi sikap macam tu... Nice Singapore...

Sunday, December 04, 2011

Exercise keeps you healthy

Ke mana menghilangnya semangat diri.. Entah ia masih wujud atau sudah berkubur..  seolah-olah esok sudah tiada buat si jasad..  Ahh.. Apa yang aku dok merepek ni.. Hahaha.. kita biarkan saje persoalan tu pergi tanpa jawapan hehehe.. Yang pastinya aku suka menyatakan di sini bahawa kita seharusnya jangan dok malas-malas makan tanpa henti dan menonton TV je..  Gerakkan seluruh anggota badan korang dengan melakukan senaman.



Melakukan aktiviti regangan ni tak semestinya di luar rumah, dalam rumah pun boleh juga. Contohnya bersenam di depan TV tapi pastikan ruang tamu/bilik korang tak sempit supaya mudah korang nak lompat sana sini dan sebagainya..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...