Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, December 04, 2011

Exercise keeps you healthy

Ke mana menghilangnya semangat diri.. Entah ia masih wujud atau sudah berkubur..  seolah-olah esok sudah tiada buat si jasad..  Ahh.. Apa yang aku dok merepek ni.. Hahaha.. kita biarkan saje persoalan tu pergi tanpa jawapan hehehe.. Yang pastinya aku suka menyatakan di sini bahawa kita seharusnya jangan dok malas-malas makan tanpa henti dan menonton TV je..  Gerakkan seluruh anggota badan korang dengan melakukan senaman.



Melakukan aktiviti regangan ni tak semestinya di luar rumah, dalam rumah pun boleh juga. Contohnya bersenam di depan TV tapi pastikan ruang tamu/bilik korang tak sempit supaya mudah korang nak lompat sana sini dan sebagainya..




Sesetengah orang suka bersenam dengan cara begitu, bagi aku dan anak-anak lebih suka ke taman kerana


di sana terdapat tumbuhan hijau yang cantik dan mereka sangat sukakan permandangan macam tu.. Paling best kalau ada kolam ikan @ tasik. Salah satu cara merehatkan minda dan dapat mengeratkan hubungan anak beranak. Bukan itu je, banyak lagi cara korang boleh fikirkan selain daripada teknik yang aku gunakan ini.

Yang paling penting ialah kita dapat mengeluarkan peluh dan kita akan kekal sihat walaupun hanya 1 jam sehari kami melakukannya..  Selamat bersenam dan beriadah bersama keluarga tersayang...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...