Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, December 29, 2011

Sesak lagi

Kita selalu guna jalanraya untuk menjalankan kerja-kerja harian, tak kiralah pergi kerja maupun nak keseberang jalan pun anda tetap pengguna jalanraya. Tetapi sejauh manakah kita sebagai pengguna tahu mengenainya. Isu yang aku cuba bangkitkan di sini akan kita kongsikan bersama dalam slot selepas ini.. hehehe.. Nak baca lagi silalah KLIK baca selanjutnya.. 





Image from Google

Korang tentu biasa dengan keadaan seperti di atas kan..? Sedang korang memandu tetiba kereta bersusun tak bergerak-gerak lebih dari 10 minit. Kalau bergerak perlahan tu kira okay lah jugak, ini langsung tak bergerak. Tunggu punya tunggu, rupanya ada kemalangan di hadapan. Percaya tak, mesti mulut anda menyumpah-nyumpah tak henti-henti..  Memang typical orang Malaysia yang suka 'tolong tengok' bila berlaku suatu kemalangan. 

Inilah sebenarnya menyebabkan jalanraya jadi sesak gara-gara pemandu yang suka ambil kesempatan menonton babak ini. Kalau berhenti tolong keluarkan mangsa baguslah ini sekadar menjeling dan pandu perlahan. Aku memang pantang orang macam ni.. menyusahkan pemandu lain je.

Kepada pembaca jika terjumpa kejadian macam ni, tolonglah jangan sibuk nak tengok.. kalau nak tolong korang berhentikan kereta tepi jalan dan tolonglah mereka.. jangan sibuk nak tonton aje..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...