Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, July 31, 2011

Kau datang lagi..


Assalamualaikum semua..  Nampaknya Ramadhan bertemu lagi kita kali ni..  Seperti tahun sudah, kami sekeluarga akan menyambutnya berempat tapi kali cukup berbeza kerana bertambah seorang ahli baru dalam keluargaku. Alhamdulillah syukur kami kehadrat Ilahi kerana diberikan rezeki yang tak terhingga malah diberikan peluang untuk terus bernyawa di muka bumi ini.

Pada esok hari bermulalah episod baru iaitu menunaikan Rukun Islam ke-2. Marilah kita semua menunaikan solat terawih di masjid atau surau yang berhampiran. Disamping mendapat fadhilat terawih, dapatlah juga merapatkan silaturahim diantara penduduk setempat. Peluang sebegini jarang sekali kita dapat, bagi aku yang sentiasa sibuk dengan jadual kerja. Sudah pasti aku takkan lepaskan peluang macam ni..

Di bulan Ramadhan ini marilah kita semua memperbanyakkan amalan kita, perkara yang lepas janganlah di ungkitkan lagi. Kita mulakan dengan buku baru semoga dosa-dosa silam akan diampunkan Allah SWT.  Sesungguhnya kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan besar maupun kecil. Dari itu aku menyeru kepada sahabat-sahabat agar menambahkan amalan dan cuba-cubalah kurangkan melakukan kemungkaran di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Saturday, July 30, 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak..

Hari ni tamatlah sudah langganan citer 'Tolong! awek Aku Pontianak' di saluran Astro First.  Plot yang menarik dan kelakor yang pastinya korang terhibur.

Boleh dikatakan kerap jugalah anak-anak aku dok menonton citer ni sampai hafallah dialog si Bob dan jalan citer tu. Terhibur rasanya tengok telatah mereka yang sedang membesar depan mata. Kepada sahabat-sahabat yang belum menontonnya, aku rekemen korang langgan citer ni..  best sangat2..

Friday, July 29, 2011

Selamat tinggal..

Semalam, 28hb Julai 2011 adalah hari terakhir cik Nandra Fairuz berkhidmat sebagai Audit Assistant di Big Cinemas Brem Mall. Bagi kami warga kerja disini mengharapkan semoga awak berjaya dengan langkah baru awak.. Sudah rezekinya, dikhabarkan sudah mendapat tawaran baru. Nama syarikat tu dirahsiakan dulu, ewah.. bunyi macam best je kan.. Apapun tahniah.. Kalau ada position yang best hello-hello kami kat sini hahaha...

Wednesday, July 27, 2011

Kesian..

Kelajuan boleh membunuh..
Kelajuan boleh menyusahkan orang lain..


Kejadian ini berlaku terlalu pantas, depan mata kami (aku & encik Wan) sewaktu pulang dari perkelahan Hutan Lipur Kanching. Lokasi Tol Cheras menuju Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Agak-agak koranglah, macamana perkara ni berlaku? Disebabkan apa?

Destinasiku..

Segmen kali ini, kita bercuti-cuti dalam Malaysia iaitu suatu tempat yang dapat membawa kita jauh daripada kesibukkan kerja yang tak akan habis walau seribu tahun. Itupun kalau sampai hayat usia beribu tahun :-)

Destinasi kami adalah Hutan Lipur Kanching, Selangor. Jarak perjalanan dari Kuala lumpur tidak jauh, cuma 22km dan bagi korang yang berminat nak berkunjung ke sana bolehlah datang bersama keluarga atau rakan-rakan. Tempatnya sungguh menyamankan, tak rugilah kalau bercuti ke sana. Kepada peminat fotografi ia suatu bonus kepada korang kerana permandangan di sana cantik.

Bergambar dulu sebelum memulakan pendakian, jurugambar kami encik Wan. Kesian dia takde dalam gambar ni. Takpe ada lagi gambar dia menyusul seketika nanti.


Pendakian kami mengambil masa 10 minit untuk sampai ke tempat yang di hajati.. Penat yang teramat kerana terpaksa memikul barang-barang. Azablah kejap hehehe...


Wah, itu dia wajah-wajah keletihan jelas terpancar. Lepas ni operasi menghidupkan api untuk memasak dan sewaktu dengannya pula. Tugasan telah diberikan, maka kena laksanakannya..


Itu dia, seronoklah korang ye makanan hampir siap.. Sempat lagi ko berposing sakat ye encik Wan.. nice bro..


Menunggu masa untuk di santap.. Nampak sedap..  Memang sedap pun, terima kasih kepada si penyedia makanan iaitu encik Wan. Resepi keluarga katanya. Aku peduli apa, janji perut kami kenyang sudahh..


Yang ni jurugambar kedua kami, encik Danel. Nice video bro.. Next trip ke mana pula.. Kiranya dia ni orang yang bertanggungjawab merancang segala aktiviti ini dan sesungguhnya kitorang happy sampai habis. Thanks encik Danel..


Permandangan di lokasi yang kami pilih. Best kan.. sebenarnya banyak lagi gambar tapi cukuplah gambar ni sebagai tatapan ye.. banyak sangat upload nanti dikatanya kita ni syok sendiri :-)

  Sebelum beransur pulang, kami sempat bergambar kenangan beramai-ramai. Group yang terlebih ni sebenarnya group yang datang kemudian. Tetiba terserempak pula, macam tau-tau je kitorang berpiknik kat sini ye..  Akhir kata, aku berpuas hati dengan tempat ni.. Marilah kita melancong dinegara sendiri, jimat duit woo..

Thursday, July 21, 2011

Senario

Hari ni hari pertama 'Senario Ops Pocot' ditayangkan di semua pawagam di Malaysia. Kali ni mengisahkan 3 orang sahabat ni masuk RELA. Macam-macamlah perkara yang kelakar berlaku masa ni..


Buat masa ni aku tak dapat nak ceritakan apa-apa komen sebabnya aku tak berkesempatan lagi nak pergi menonton. Aku dapat tau pun dari kawan-kawan yang dah pergi tengok, katanya kelakar.. ni tak boleh jadi ni.. aku kena tengok jugak..  masalahnya bila? huhuhuhuuu..

Sunday, July 17, 2011

Demam games online


Tentu sesape saje yang ada akaun facebook mesti terjebak dengan games online seperti Cityville ni.. Ini adalah sebahagian je.. ada banyak lagi games yang boleh korang dapat kat dalam facebook..  Bagi aku sebagai pengguna facebook memang tak dinafikan aku pun terjebak sama dalam kancah permainan dalam talian ni yang tak perlu muat turun ke dalam PC atau Laptop korang. Jimat ruang hard disk korang kan..

Walau macamana pun gunakan dengan cara yang betul yer... jangan disalahgunakan facebook ni untuk menggodam ke menyebarkan fitnah ke dan bermacam lagilah..

Ahh.. kita ketepikan dulu soal penyalahgunaan ruang facebook. Aku nak citer pasal games hari ni.. Aku memang sukakan games malah aku pun kaki PSP dan PlayStation. Sampai rosaklah PlayStation aku tu...
Bagi korang yang nak merasa kehebatan PSP, silalah beli malah korang takkan rugi kerana ia bukan saje best malah korang takkan bising kalau tunggu awek lama2 pun.. Iye la sambil2 tunggu awek,pekena PSP dulu kan.. Lalalalalala..

Saturday, July 16, 2011

Assalamualaikum


Assalamualaikum wahai puteriku, Ardini Surfina. Nyenyak sungguh dia.. Baru menginjak 18 hari tapi ulahnya bagaikan 1 tahun. Permata ke-2 kami..


Kemesraan dan kasih sayang dari kakak/abangnya jelas terpancar di wajah mereka. Seronoklah yer dapat adik..

Alhamdulillah, mudah2an bertambah rezeki kami sekeluarga selepas ini.

Nak Topup bang?

Hmm..org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg mesti terperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun, hantar brape ratus sms skalipun..

Tuesday, July 12, 2011

Tak sakit lagi dahh..

2 -3 hari yang lalu, anak perempuan aku dok mengadu sakit gigi sambil menunjukkan giginya yang bergoyang. Puaslah dia meyakinkan aku bahawa giginya sangat sakit walaupun aku cukup yakin akan kenyataannya itu. Aku berjanji padanya untuk bawa dia ke klinik gigi pagi semalam dengan syarat bangun awal pagi. Bukannya apa, kalau datang awal boleh balik awal. Klinik gigi ni memang popular kerana doktornya perempuan.. hehehe..

Eh, bukan sebab tulah.. tersasul pulak.. kerana layanan yang mesra pelanggan dan selesa yang menyebabkan klinik gigi ni popular dikalangan penduduk setempat. Jika korang nak try klinik gigi ni, silalah datang ke klinik gigi Noris yang bertempat di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Ewah.. promote lagi tuu..

Okay, berbalik pada cerita anak perempuan aku tadi.. Maka seperti yang dijanjikan, anak aku memang bersemangat waja kerana sanggup bangun sebelum solat subuh.. terkedu aku dibuatnya.. "kak, kenapa awal sangat?", kata aku. "Oh.. lambat lagi ke? okay, nanti daddy kejutkan kakak yer.." 
Dengan senyuman aku membalas katanya..
Selesai 1 perkara, perkara yang lain pula timbul iaitu anak bongsu aku pulak bangun merengek-rengek.. apa lagi terpaksalah aku & isteri membuat spot check, rupanya baby melepaskan hajatnya la pulok..

Jam sudah pukul 9.30 pagi, si kakak sudah bersiap-siap nak ke klinik. Tak ketinggalan si abangnya juga nak join sama, bukan nak cabut gigi tapi sekadar nak follow. Sepanjang perjalanan ke klinik puaslah si kakak bertanyakan pelbagai soalan pasal gigi tapi aku tak perlu susah nak jawab sebab si abang tolong jawabkan soalan-soalan si kakak. Sepenuh perasaan si abang menceritakan pengalaman lalunya kepada si kakak sampai dia puas hati. Tersenyum aku dibuatnya..

Jam 10.15 pagi dalam bilik doktor, doktor gigi seperti biasa menjalankan tanggungjawabnya bersembang-sembang dengan si kakak tentang sekolah walhal jari jemarinya tak henti menjalankan kerjanya membelasah gigi si kakak.. hehehehe... kurang 10 minit dah settle.. Si kakak terkejut, "dah cabut ke?", si kakak bertanya.. Doktor gigi menganggukkan kepala beberapa kali sambil tersenyum...



Sampai di rumah, habis seisi rumah diceritakan pengalamannya di klinik gigi.. Aku tersenyum melihat telatahnya.. "dah besar dahh anak aku", kataku dalam hati.

Sunday, July 10, 2011

Hari yang serabut..

Apakah takde kerja lain ke nak buat selain buat kecoh..? Hari ini berlaku suatu kejadian yang sememangnya menyusahkan warga Malaysia khususnya yang bekerja di bandar Kuala Lumpur. Apa taknya, segala perancangan/urusan yang sepatutnya di lakukan pada hari ni tergendala gara-gara 'Perhimpunan Bersih' ni.



Memang tak seharusnya perkara ini terjadi tambahan pula dalam negara Malaysia yang kita tau aman dan masyarakatnya yang berbilang bangsa. Kecoh kawan-kawan aku yang nak berurusan di bandar KL gara-gara perhimpunan yang 'tak bersih' langsung.



Apa yang dikatakan BERSIH pun masih menjadi tanda tanya dalam kotak kepala aku. Apa yang aku nampak, rusuhan oleh beberapa pihak yang secara terangnya menampakkan pekung mereka sendiri. Ahh.. cerita banyak pun tak guna juga kerana pihak polis sudah memberi amaran tentang perkara ini sebelum perkara ni terjadi. Langkah-langkah keselamatan juga telah di ambil oleh pihak polis dalam memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tak sepatutnya.

Harapan aku agar 'BERSIH' tidak bersikap seperti pengganas. Jangan malukan bangsa kita sendiri kerana bangsa lain sedang memerhatikan kita. Mereka pasti sedang ketawa melihat bangsa kita bertelagah sesama sendiri.. Malulah woi.. Anda semua bukannya bodoh bahkan ada yang belajar sampai luar negara..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...