Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, September 19, 2011

Johnny English Reborn

Review kali ini aku nak bercerita pasal 'Johnny English Reborn' yang mana korang boleh menontonnya dalam versi 2D ataupun filem biasa..  Perbezaannya adalah kalau 2D ni gambarnya lebih jelas dan takde calar2 kalau korang tengok di screen putih tu berbanding filem biasa yang kekadang korang akan perasan ada calar2 masa menontonnya hehehe... biasalah, dah nama pun filem jadi mudahlah filem tu rosak walaupun tak teruk mana pun...




Watak Rowan Atkinson kali ni sebagai pegawai perisik dalam menjejaki pembunuh yang merancang membunuh pemimpin dunia. Dalam Johnny menyelesaikan konflik itu, beliau turut di lengkapi peralatan canggih macam James Bond. Sape2 yang tengok James Bond jangan marah ye, dalam filem ni Johnny memang sebijik macam Bond bezanya ada unsur komedi dalam filem ni. Itu yang membezakan antara 2 filem tersebut.



Jangan tension sangat kalau nak tengok filem ni sebabnya ia memang sesuai untuk hilangkan tension hehehe... Rasanya korang pasti suka punya..  kalau siri Mr.Bean memang wataknya bodoh2 alang, untuk filem ni pun tak jauh bezanya cuma dia ada kebijaksanaan lebih sket dari siri Mr.Bean.

Jadi bagi korang yang takde plan ke mana2 elok sangatlah korang menontonnya..  Bawaklah seisi keluarga tengok citer ni.. mesti berbaloi2...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...