Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Friday, September 23, 2011

Nissan X-Gear

Petang tadi selepas shopping beli barang2 dapur kat Tesco Cheras aku sekeluarga terserempak pulak dengan 1 Auto Show Nissan area Ground Floor Tesco..  Memula tu aku tak lah heran sangat sebabnya aku tak terfikir langsung nak ushar atau nak beli kereta baru ke...  Maklumlah, kena jaga kewangan skrg ni tambahan pulak barang2 naik...

Alih2 terpandang si X-Gear ni..


Tak sempat bini aku nak singgah kiosk kerongsang, aku dah tarik dia pi layan X-Gear ni..  Nasib baik la tak tarik muka hehehehe... Thanks isteriku...
Pandangan pertama bila terlihat kenderaan ni ia saling tak tumpah seperti Grand Livina aku...  Reka bentuk depan, sisi dan belakang memang sejibik la...  Bezanya terdapat beberapa reka tambahan pada grill depan, skirtingnya dan palang ril atas bumbung..



Banyak spec boleh dapat dalam ni


Kalau ikutkan hati nak je aku test-drive tadi tapi nanti bini aku melenting pulak...  sayang bini beb...  Aku tahankan je nafsu aku terhadap X-Gear ni...

Kepada korang yang berminat, aku suggest korang rasa sendiri kereta ni...  memang puas hati punya... Bezanya dengan Grand Livina ialah ia bukanlah kenderaan MPV, jadi memang sesuai untuk korang yang sukakan sporty. Enjin sama macam Grand Livina, mantap...

Akhirnya aku tinggalkan showroom tu dengan hati yang sedih huhuhuhu....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...