Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, January 01, 2012

KumOn Centre


Musim cuti persekolahan hampir ke penghujungnya, latihan dari sebuah pusat pembelajaran KUMON tetap diteruskan walaupun anak-anak berada di Jengka, Pahang. Agak letih jugaklah aku nanti nak menguruskan penghantaran homework mereka ke Jengka. Apa pun itu bukan penghalang untuk melihat perkembangan anak-anak aku. Biarlah aku berpenat lelah demi anak-anak.






Kepada ibubapa diluar sana, pendekatan ini aku ambil kerana waktu kerja yang tidak menentu menyebabkan kami (ibubapa) tidak berkesempatan untuk mengajar teknik Matematik yang sememangnya penting dalam kehidupan. Bukannya kami ni tak pandai matematik tetapi cara kami ni jauh berbeza dengan mereka disekolah, mungkin faktor perbezaan zaman agaknya.



Di KUMON, anak-anak akan diajar teknik mengenal angka hingga ke peringkat mencongak di bantu oleh tenaga pengajar yang cukup terlatih. Bahasa pengantar ada bahasa inggeris yang diselang-selikan bahasa melayu bagi anak-anak yang kurang fasih berbahasa inggeris. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ada perubahan ketara yang berlaku kepada anak-anak aku.  Kepada ibubapa di luar sana, cubalah berkunjung ke pusat KUMON berhampiran untuk mendapatkan nasihat percuma dari mereka dan anak-anak anda boleh mengikuti kelas secara percuma selama 2 sessi. Lihatlah hasilnya dalam tempoh 2 sessi dijalankan. Selamat mencuba.

2 comments:

afqh said...

kampung sedara di jengka ke?
jengka berapa
saya dulu study kat uitm jengka
sedara pun ada kat jengka

MIDONZ said...

Oh,kampung saya bukan di Jengka. Isteri saya mengajar di Kolej Matrikulasi Teknikal Jengka. Adik ipar saya study di UITM Jengka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...