Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Saturday, January 28, 2012

Cloth Diaper

Apa yang korang tau pasal lampin pakai bang atau lebih dikenali sebagai diapers a.k.a Pampers..? Eh, orang dah berumahtanggalah yang tau pasal pampers ni.. Orang bujang nak amik tau buat apa..!  Tak kisahlah korang ni masih bujang atau sudah berumahtangga, ilmu ni tak rugi kalau kita belajar sama-sama. Okay, kat sini aku nak kongsikan bersama pembaca semua tentang lampin yang mampu menjimatkan kos perbelanjaan anda.




Berapakah kos perbelanjaan anda jika membeli sebag pampers dalam sebulan..? Aku biasa beli lampi pakai buang jenama Dryper saiz L(72 keping) berharga RM 43.++ sebanyak 3 bag dalam sebulan. Jika 8 tahun lalu aku membeli 6 bag sebulan sebab anak aku kembar.

Bagi mereka yang berpendapatan sederhana ia amat membebankan tetapi apakan daya, anda terpaksa membelinya kerana ia mampu menjimatkan masa dan tenaga anda. Rasanya tentu ibubapa di luar sana setuju dengan pendapat aku. Klik laman Pn Sophie yang menggunakan produk ini..


Dengan lampin ini, anda dapat menjimatkan kos belanja membeli lampin pakai buang kerana lampin yang mudah dibasuh  ini sama fungsinya dengan lampin yang ada di pasaran cuma yang ini boleh dicuci berulang kali. Sangat sesuai bagi mereka yang nak berjimat cermat.

Info : Lunatots


5 comments:

mak encik | SZ said...

ye saya setuju! CD memang menjimatttttkannnnn... :) ...
time angin kus kus rajin saya pakainkan anak CD gak, tp angin kuskus kurang rajin disposable diapers jugakkk...hihihi

midonz said...

bagi saya, wang ringgit sangat berharga maka kami suami isteri terpaksa bekorban rajinkan diri guna CD ni.Bila nak travelling pakai pampers la.. kat rumah atau jalan2 dekat2 sini je baru pakai..

sophietarmizi said...

yup....terpaksa la nak jimatkan duit kerana harga barang semakin melampau...gaji naik seciput, harga barang naik melampau2...huhuhu

EmpayarUtama said...

Alaaaa lambat na info ni sampai kat aku. Anak-anak dah tak pakai pampers dah - 4 orang semua sampai umur 3 tahun pakai tiap sorang. Perghhh rasanya sebijik kereta kot

midonz said...

Sophietarmizi : yup,setuju dengan awak..


EmpayarUtama : aiseyman, ye ke dah terlambat hehehe... takpe, tambah anak lagi :)
Saya ni baru je dapat baby.. saje share dengan kawan2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...