Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, March 29, 2012

Toilet oh toilet : part 2

Sambungan dari siri Toilet oh toilet : part 1


Pernahkah anda tersalah masuk toilet..  Hmm, awas ya..  Jangan salah masuk pula nanti tak pasal2 kena tangkap polis.. hehehe..


Wednesday, March 28, 2012

Toilet oh toilet : part 1

Biasa masuk tandas awam maupun tandas rumah sendiri..?
Apa punya soalan lah ni..!!  Budak tadika pun boleh jawab..
Aku cuma nak kongsikan sedikit maklumat yang rasanya kita patut ambil tahu...



Hehehe...  What is it..?  Can you describe what was there..? hehehe...



Friday, March 23, 2012

Act of Valor

Review kali ni aku nak cite sikit tentang filem 'Act of Valor' yang kini dok tayang kat panggung. Bagi mereka2 yang suka genre perang, nah ini dia hidangan yang best untuk si penggemar filem perang.


Mengisahkan sebuah pasukan unit khas yang di kerah untuk menyelamatkan perisik CIA yang telah diculik oleh pengganas. Dalam pada itu, anda akan di bawa oleh juru gambar dengan pergerakan tektikal Navy SEAL dan pastinya ada dapat rasakan seolah-olah anda bersama pasukan terbabit. Sangat mengujakan sehinggakan aku menontonnya 2 kali, best punya pasal...


Tiada pelakon ternama dalam filem ini, semua pelakon biasa2 je tapi plot cerita ni sangat menarik dan hebat.



Citer banyak2 pun tak guna geng.. Cepat menontonnya di panggung yang terdekat.. Layann...

Wednesday, March 21, 2012

Nak Muay

Saje post photo ni.. comel kan..?  Aksi si kecil atas gelanggang..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3359256855691&set=p.3359256855691&type=1&theater 


Ni bapak budak pulak...


Tuesday, March 20, 2012

Kisah si isteri

Kisah si isteri


Hargailah mereka sebagai seorang isteri yang taat pada suaminya dan keluarga. Jangan biarkan mereka dijadikan hamba semata-mata. Buat itu dan ini mengikut telunjuk si suami tetapi apakah tugas si suami itu tiada kaitan langsung dalam hal2 rumahtangga...?  Seharusnya kita sebagai suami kena bantu mereka meringankan beban isteri juga, mereka juga bekerja sama seperti suami. Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab ke atas isteri dan anak2. Barulah hidup menjadi sebuah keluarga yang bahagia, InsyaAllah.


Sakitnya hati

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua pembaca yang dikasihi sekalian. Sejak bermenjak menjak ni idea untuk diterjemahkan ke dalam blog Tinta Midonz seakan mati camtu je.. mana taknya sejak aku balik Malaysia idea ni umpama tak mau keluar langsung.. Asyik fikirkan kerja je..  bila kat Singapura idea mencanak-canak la pulak tapi tak berpeluang langsung nak update blog...

Takpelah... nanti aku cuba save dalam Words pastu aku forwardkan kemudian.. Hmm, ok juga tu...

Monday, March 12, 2012

Berangkat pergi

Beg yang menjadi peneman setia di kala bertugas..  Ingat, botol air HARUS bawa tau..

Sempat lagi snap picture.. Takpe masih ada masa lagi hehehe...

Balai berlepas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Aku sampai dah... Mckenzie Road,Singapore 5.30am

Okay... dah sampai sini kena cari hotel kalau tak aku nak tido kat mana nanti... tak mau aku tido kat tepi jalan huhuhu...

Akhirnya ada jugak bilik kosong.. rehat badan dulu sebelum mulakan kerja.. ok geng aku tido dulu...

Sunday, March 11, 2012

Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Blog Tinta Midonz. Hanya nak menyampaikan sesuatu berita bahawasanya bermula esok 12-3-2012 sehinggalah 16-3-2012 aku akan berada di Kota Singapura atas urusan tugas.


Dan dalam tempoh itu jugalah aku akan sepi dari blog ini buat seketika. Kalau aku berkesempatan, aku akan update apa yang patut okay.. Baiklah semua itulah perkhabaran yang ingin aku sampaikan, semoga anda terus memberikan sokongan dan komen2 agar aku boleh memperbaiki apa yang patut..  Sekian terima kasih semua..


Thursday, March 08, 2012

Muay Thai

Saje aku nak share video ni kepada pembaca yang sedang blogwalking di Tinta Midonz. Ucapan terima kasih yang tak terhingga sebab bersusah payah menjengah aku disini, sungguh terharu..
Okay la sebelum aku merapu dengan lebih teruk, baik aku paparkan sebuah video yang aku kira terpegun dengan skill terpendam yang di miliki oleh sahabat aku si Khairil Anuar aka Krail.


Sukan ini aku kira sudah semakin mendapat tempat dihati remaja masa kini, buktinya area Kuala Lumpur/Selangor sudah banyak menawarkan seni mempertahankan diri (Muay Thai). Taip je kat dalam google pasti korang akan jumpa tempat belajar ni..


Paling penting jangan sesekali salahguna ilmu ini untuk membuli orang.. carilah lawan yang setaraf bukannya melempiaskan pada orang yang lemah, bacul namanya.

* Untuk sebarang tempahan aksesori Muay Thai bolehlah contact encik Krail di sini atau di talian 013-400 4657

SMS: Tak Ku Sangka, Tak Ku Duga




Ustaz: "Ustazah, kenapa enti tak boleh terima ana? Apa kurangnya ana?"

Ustazah: "Ustaz, saya cari yang soleh dalamannya, bukan soleh plastik luarannya. Saya tak perlukan seseorang yang berkopiah-berjubah atau yang berkata2 mengenai agama berapi2 di khalayak."

Ustaz: "Sampai ati enti cakap camtu kat ana. Terus-terang sahajalah apa sebabnya enti tegar menolak ana."

Ustazah: "Bukan sebab kurang atau lebih, soleh atau tidak. Tapi, hati ini tidak berkenan. Ditekan nanti tertekan, dipaksa nanti terpaksa."

Ustaz: "Baiklah. Tapi saya bukan ustaz plastik!"

Ustazah: "Maaf, sekarang pukul 7.35 malam. Ustaz sepatutnya tgh solat berjemaah atau siap sedia nak solat di masjid. Bila di masjid, tiada yang lebih penting dari seruan Ilahi. Lihat, inilah bukti keplastikan ustaz. Wslm."

Ustaz: "..............(arghhhhhhh sambil kayuh beskal laju2 ke parit)......."



Tuesday, March 06, 2012

Erti sebuah perhubungan

Apakah erti sebuah perhubungan dalam hidup kita..? Hubungan cinta tanpa restu keluarga selalunya berakhir dengan sebuah kehancuran..


Gunakan akal fikiran secara waras dalam menjalinkan sebarang hubungan yang melibatkan cinta. Cinta yang mendapat restu keluarga akan berakhir dengan kebahagiaan. Apa pula pendapat anda...?


Luahkan perasaan cinta anda kepada insan yang benar-benar memahami hati dan perasaan anda. InsyaAllah anda akan menemui kebahagiaan anda di sana..

Friday, March 02, 2012

pelik ke..?

Anda pernah makan otak-otak..?  Mai lah rasa... hehehe...


Amacam, mau race kaa..? 5 kilo.. amacam,ada bran..?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...