Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan kali ini sungguh istimewa

Alhamdulillah..  Akhirnya Syawal muncul lagi tak lama lagi..  Meniti waktu-waktu sebegini terlalu indah bagi si kecil terutama bagi mereka yang dalam peringkat belajar berpuasa..  Kegembiraan ini dapat dirasakan oleh anak-anak aku yang berumur 7 Tahun..  pasangan kembar ni amat sabar dalam meniti hari-hari mereka...  Syukur alhamdulillah, akhirnya mereka berjaya menjalankan kewajipannya pada Ilahi..  Kami sangat gembira..


Kata mereka lagi, tahun ini mereka nak hadiah..  sebabnya berjaya berpuasa tanpa berbuka sekerat hari.. semuanya puasa penuh (start Imsak hingga terbenam matahari yakni waktu maghrib)
Kami sebagai ibubapa tersenyum puas kerana berjaya me'nyaiko' minda mereka. Bukan nak bersikap kejam pada anak-anak tapi kami mahu anak-anak kami belajar dari kecil lagi hal-hal begini,InsyaAllah..  Bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya"


Semoga anak-anakku sekalian akan terus tabah dalam meniti Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini,InsyaAllah...  Tak sabar rasanya nak menyambut ketibaan Syawal, begitu juga anak-anak kami. Jangan risau sayang, ibu dan ayah akan bagi hadiah special buat kamu kerana berusaha untuk berpuasa pada tahun ini..  semoga tahun hadapan anak-anak buat lagi ye... 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...