Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Wednesday, April 11, 2012

"Akibat buatan orang"

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian...  Terima kasih kerana anda berkunjung lagi dalam blog midonz yang baru nak naik ni...
Entri hari ni aku nak sentuh fasal "Akibat buatan orang".  Bila terbaca tajuk ni, anda semua pasti dah boleh budget apa isu yang ingin aku perkatakan kepada anda semua hari ni kan...?



Oh,terima kasih kerana anda pantas klik  baca seterusnya...  Dalam kes wanita yang mengandung..  siapa yang patut dipersalahkan..?  adakah boyfriendnya kah...  atau dinodai bapa tirinya kah..?  atau...
Ahhh...  tak kisahlah apa pun...  yang sebenarnya bukan itu isunya... hehehehe...


Pernahkah anda melihat di mana-mana hospital swasta maupun kerajaan bila wanita-wanita yang ingin melahirkan anak mengalami masalah tak cukup katil...?  Jika ada pun hanya sedikit bilangannya yang dilaporkan. Bagaimana pula kalau aku katakan 3 orang wanita terpaksa berkongsi di atas 1 katil sahaja dalam satu-satu masa, gara-gara kebanjiran wanita bersalin di sana. Aku paparkan buat anda semua...


 Keadaan di Dr Jose Fabella Memorial Hospital, Manila.



Keadaan yang menyedihkan ini berlaku di negara Filipina yang mana penduduknya penganut Katolik Roman. Paus tidak membenarkan penganut Katolik memakai kondom, memakan pil perancang, melakukan pengguguran atau apa saja bentuk perancangan keluarga. Kesemua ini dianggap berdosa kerana "melanggar kehendak tuhan".




Purata kelahiran di hospital ini adalah 60 orang bayi dalam tempoh 24 jam dan mampu mencecah 100 orag bayi sehari.




Catatan di papan putih ini adalah rekod bagi harian.

Staff perubatan sedang menyambut kelahiran bayi. Kadangkala diwaktu puncak pernah 13 hingga 16 orang bayi di sambut dalam bilik bersalin dalam satu-satu masa.


Sepatutnya kita harus bersyukur kerana hospital di Malaysia mampu menampung jumlah ibu2 yang bersalin, tidak seperti yang kita lihat ini. Mari kita panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana negara kita tak jadi macam negara lain.


* Sumber berita daripada DailyMail 

3 comments:

|| NaFiRaa || said...

errkkk.. terkejut~ sampai cam tuh sekali.. kesiannye~

mak encik | SZ said...

fuiyooo... aaaaaa
(ngangaaa tak terkata apa ni ....)

MIDONZ said...

Kita sangat beruntung malah patut berasa bersyukur isteri2 yang bersalin di Malaysia tak seperti mereka. Suami mana yang sanggup melihat isteri mereka berkongsi katil dengan orang lain.Saya tak sanggup. Masalah juga sebab mereka tak amalkan perancangan keluarga secara teratur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...