Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, September 22, 2011

Raya Tak Jadi


Ada Planning ke hari ni..?  Haaa.. apa kata korang layan filem Raya Tak Jadi yang dah berada di pawagam.. Memana pun ada...  Belek2 la surat khabar kalau nak tau area mana yang dekat dengan anda...


Aku sebenarnya dalam 2 ni..  nak layan ke idak...  beberapa member aku dok bercerita sakan pasal filem ni..  dari perbualan mereka macam best..  Hmm, takpe aku pikir eloklah aku test power filem ni..  manalah tau benar seperti apa yang di perkatakan...






Wah..  memang syok kalau korang dapat menontonnya...  walaupun kelakar ada juga terselit unsur teladan dan semangat kekeluargaan..  cayalah Prof..  


Okay la meh aku berikan sedikit sinopsisnya agar korang takkan blurr nanti..


Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.


Shuib mempunyai seorang adik yang pekak namanya Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangka telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.


Keadaan menjadi kecoh, jika nak tau pengakhirannya..  Jenguklah ke pawagam atau pun langganlah Astro First..  Garenti berair mata punyalah..






2 comments:

bicara mak dara said...

yaaa memang planing nak tengok filem ni tp mungkin ahad nanti..

kalau free2 tontonlah filem Libas pula ya.. ia akan mula ditayangkan di pawaga pada 29hb september ni...

MIDONZ said...

sy dah tengok dah Filem Libas... Memang lain sket.. sebuah filem aksi + sukan... Harap2 Libas dapat capai target...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...