Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Friday, October 15, 2010

Semua kerana DUIT..!

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat semua...


Bila kita sebut pasal duit.. siapa yang tak kenal akan duit..  budak-budak tadika pun kenal duit termasuklah anak-anak saya yang kenal nilai duit dan kepentingannya..  Duit juga amat penting dalam kehidupan kita seharian, justeru kita memang memerlukannya walaupun pengemis atau orang yang merempat. 




Tanpa duit semua perkara tak akan dapat kita nikmati kerana ia sumber kehidupan buat makhluk yang bernama manusia.  Betulkah kenyataan ini..? Apakah yang sedang anda semua fikirkan jika anda tidak mampu untuk menghasilkan duit..  Adakah duit akan jauh ke riba secara tiba-tiba..?  Minda yang sihat mampu menjana idea yang bagus untuk menghasilkan duit...

Tetapi sedarkah kita ketika kita berlumba-lumba mengejar duit, ada yang terlalu bencikan duit.. huh, kenapa jadi begitu...?  Gilakah orang tu..?  Mana ada orang yang bencikan duit...!  Saya sendiri pun tak bencikan duit apatah lagi anda semua...   Janganlah kita mudah bertanggapan sedemikian terhadap mereka, sudah lumrah dunia bahwa setiap kehidupan ada kontranya...  
Ada madu pasti ada racunnya....  Fikirkanlah....




Kata orang bila dah berduit nampak kawan lama lalu sebelah pun tak nampak.. betulkah..?  Jangankan nak jemput minum sama-sama..   beri salam pun tidak.. Islam itu persaudaraan tapi sejauh mana penghayatan mereka wallahualam... 


Tak payah ambil contoh orang lainlah, ianya berlaku pada diri saya sendiri yang mana sewaktu zaman persekolahan dulu kawan ini memang baik orangnya dan kawan rapat juga. Selepas tamat persekolahan dan sudah mempunyai kerjaya yang bagus dan berkeluarga disuatu ketikanya kami bersua kembali setelah hampir 10 tahun meninggalkan alam persekolahan. Sudah menjadi kelaziman saya akan menegur siapa saja kenalan lama yang masih dalam ingatan tetapi kawan ni bersikap acuh tak acuh ketika terserempak dirumah flat mertua saya. Telahan saya mungkin waktunya tak kena agaknya... tapi waktu tu tengah hari hujung minggu, ish.. takkanlah cuaca panas pun beri effect pada mood beliau...  sessi pertama pertemuan kami tidak menimbulkan sebarang prasangka. Kebetulan kami berjumpa lagi beberapa bulan kemudian, kali ni saya berasa seperti bercakap dengan tembok batu pula...  " Wah, langsinya mamat ni.." kata-kata yang keluar dari mulut akibat panas hati bercampur terbakar dengan reaksi yang saya terima.  "Tinggal kat rumah flat..  pakai Proton Waja.. pun dah mcm ni perangai kau, kalau dok banglow mcmana lah kau nanti.." gumamku di dalam hati.


Kalaulah anda berada di situasi itu, apakah tindakan yang bakal anda buat.....?


Saya hanya pandang dia kejap kecik kejap besar jer..  Saya berchit chat dengan isteri tentang insiden tersebut, jalan terbaik lupakan aje kawan macam tu.. lagipun kita tak rugi apapun..  masih ramai lagi kawan yang setia kat luar sana...


Itulah 1 contoh yang dapat saya kongsikan di sini, ada lagi tapi yang lain tu biarlah..   Mungkin benar juga duit itu madu kalau kita berjaya menghasilkannya dengan bijak tetapi menjadi racun jika sebaliknya..   Ingatlah wahai sahabatku yang di sayangi, jadikan duit ini sebagai sesuatu yang baik buat keluarga kita kerana hasilnya juga baik tetapi jika kita jadi hamba duit takut-takut nanti jiwa terpesong dan memusnahkan diri sendiri serta keturunannya..  


Hayatilah lagu Duit oleh KEMBARA penyanyi M.Nasir....


Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

3 comments:

Hadi Rofiee said...

Salam sejahtera.

Duit oh duit. Engkau tidak salah, tetapi mereka yg mempunyainya & bersikap tidak baik itu yg salah.

mak encik | SZ said...

heeee...
"langsi" tu apa en midonz? spesis "eksyen ke berlagak kah?"

MIDONZ said...

HADI : betul3...

SZ: bermaksud berlagak / kurang ajar gitu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...