Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, October 07, 2010

WAVE OF RAJNI..

Semenjak filem sains fiksyen terbaru 'ENTHIRAN' lakonan oleh Rajinikanth dan bekas ratu cantik dunia, Aishwarya Rai mula ditayangkan pada 31hb September 2010; petugas di pawagam memang tak cukup tangan nak handle diorang semua ni (customer).. haa,mesti anda semua nak tau kenapa kan...? 

Nak tau lagi.. kena tunggu jap.. kasi tengok ini gambar dulu....



haa.. dah macam citer omputeh kan...  Jangan risau, cerita ini telah disertakan subtitle dalam bahasa melayu dan inggeris juga. Ramai juga orang melayu kita dok layan cerita ni.. Apa yang penting ada subtitle,mudah nak paham apa dia cakap.. takdelah nanti terlopong jer sebab tak paham apa diorang cakap hehehehe.....



Lihatlah penampilan super star Rajinikanth yang masih mantap walaupun dah berusia tambah pulak heroinnya Aishwarya Rai, best.. best... 
Menurut sumber berita yang berada di akhbar/majalah, S.Shankar (Mr Director) telah membelanjakan RM108 Juta  untuk menghasilkan filem ini yang dianggap filem paling mahal dalam sejarah yang pernah dikeluarkan di India. Wahh.. mahal giler..  

Filem ini mula ditayangkan diserata dunia termasuklah Malaysia yang rata-ratanya meminati pelakon ini termasuklah saya sendiri...   Dikhabarkan tayangan pertama yakni tayangan pembukaan telah dibuka seawal jam 5 pagi (di India) dengan ramai peminat yang sanggup berbaris panjang sejak malam sebelum kaunter tiket dibuka bagi membeli/mendapatkan tiket. Para peminat turut berpesta meraikan tayangan filem tersebut dengan membakar mercun dan menabur bunga di layar pawagam serta ada yang mencuci poster Rajinikanth dengan susu segar.
Tak kurang hebatnya di tempat kerja saya juga, shuttle belum buka lagi.. customer dah berbaris panjang dihadapan kaunter tiket kami.. 

Kalau anda semua nak tahu, kami jual harga tiket pembukaan berharga RM60 seorang. Itupun mereka sanggup bayar untuk dapatkannya.. saya dan krew tepuk dahi..  mereka sanggup bayar  walaupun harganya tinggi.. wow,hebatt... bayangkanlah,kami tayangkan filem ini untuk 6 buah panggung(boleh memuatkan 1150 penonton) dalam 1 masa.. bermakna seat yang paling hadapan (mengadap screen) pun penuh hingga tiket kami sold out dibuatnya...


DVD Haram

Sambutan yang luar biasa terhadap Enthiran memaksa pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat serbuan di beberapa lokasi penjualan DVD haram di sekitar Brickfield baru-baru ini. Maka tidak hairanlah kalau anda akan terjumpa DVD haram ni berada dipasaran sekarang.. 


2 comments:

sz | m.s.s said...

hihiihi...terasa lama sangat dahhh tak layan citer tamil ke hindustan ni...

midonz said...

try la layan.. sekali sekala kena layan citer2 macam ni.. asyik citer mat saleh + melayu jer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...