Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, October 19, 2010

Handphone

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila sebut pasal handphone @ telefon bimbit, semua orang pasti memilikinya tak kira peringkat umur malah ada yang memiliki handphone yang canggih demi memenuhi tuntutan peredaran waktu. Meskipun ia hanyalah sebuah alat telekomunikasi untuk kita berhubung diantara semua orang..






Di sebalik keghairahan kita sebagai pengguna, janganlah kita menyalahgunakan kemudahan yang ada untuk melakukan perbuatan yang boleh mengundang kemarahan orang lain. Seperti di luar negara contohnya, mereka yang berkemahiran tinggi mampu melakukan rompakan atau sebarang kekecohan dengan hanya menggunakan aplikasi telefon bimbit sahaja. Hebatkan...

Itu di negara luar tapi bagaimana pula senarionya di Malaysia khususnya... Jika dilihat dari segi tahap keselamatannya, kita bertuah kerana tidak terdapat perkara macam tu di sini.. Syukurlah kerana rakyat Malaysia masih berhemah...


Tetapi masih ada segelintir masyarakat yang tak ambil peduli tentang keselamatan ketika menggunakan alat ini, cuba lihat gambar diatas...  tindakan yang cukup beranikan...  Sudah tertampal poster jangan menggunakan telefon bimbit ketika isi petrol, masih ada yang buta huruf agaknya...

Pada semua kawan-kawan yang lain, gunakan kemudahan ini dengan baik. Jangan menggunakannya ketika memandu kerana anda akan membuatkan kami pemandu di belakang merasa marah, sebaiknya gunakan loud speaker @ handsfree set. Bagi mereka yang ada anak, pantau telefon mereka... jangan disalahgunakan untuk perkara-perkara yang boleh meruntuhkan akidah. Bab ni anda fikir-fikirkanlah sendiri, takkan itupun nak kena cerita detail....


Akhir kata, saya pun tengah survey telefon apa nak pakai ni... hehehe... maklumlah sudah 3 tahun lebih saya menggunakan N95




 isteri pun dah bagi green light.. apa lagi merendek kedai handphone la cari yang baru... isteri baru, opss... jangan cari pasal huhuhuhu......

2 comments:

mak encik | SZ said...

hehhee...
yg penting cari henpon yg blh bertenettt (opss ada akses internet), ada wifi ... klu suka/byk travel carilah yg ada GPS skali...

MIDONZ said...

akhirnya dapat gak beli handphone baru yahooooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...