Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, October 28, 2010

ADELE: RISE OF THE MUMMY

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...


Malam tadi adalah hari pembukaan tayangan ADELE: RISE OF THE MUMMY.  Tayangan bermula pada jam 12.30pagi, masa ni semua persiapan dah dilakukan seawal 5.00 petang sebelumnya. Hatiku berdebar-debar juga sebab 1st screening ni macam berserah pada nasib jugaklah.. kalau perjalanannya lancar maka aku boleh tersenyum puas tapi jika sebaliknya maka secara automatiknya bersiap sedialah dengan maki hamun dek bos aku waaaa....


Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sehingga penghujung cerita.. Thanks to En Khairi bin Idris a.k.a. Dato' K (pembantu aku) yang telah bertungkus lumus menyiapkan proses ini.






Bila sampai je poster ni, hatiku menafsirkan bahawa cerita pengembaraan milik Luc Besson pastinya best.




Kisahnya bermula pada tahun 1912. Adèle Blanc-Sec (Louise Bourgoin) seorang wartawan yang berani, kiranya jenis yang suka adventure la... 


Si Adele jelita ni akan pergi ke mana pun untuk mencapai tujuan, bahkan belayar ke Mesir untuk menangani mumia dari segala bentuk dan saiz. Sementara itu, di Paris, seluruh rakyat panik! Sebiji telur Pterodactyl berusia 136 juta tahun di muzium sejarah alam secara misteri menetas dan telah membuat kekacauanlah kat bandar tersebut... 




Maka berlakulah perbagai perkara yang pastinya melucukan penonton, tak kurang juga suspen yang di terapkan dalam cerita ini.. 


Kalau nak cerita semua, nanti tak seronok la pulak kan.. Seharusnya korang pergi menonton sendiri di pawagam yer... 


Kepada mereka yang minat cerita pengembaraan, sudah tentu ia sesuai untuk korang.. Kita menonton pun untuk rehatkan otak kan.. So jangan beratkan ia dengan masalah kerja dan sebagainya.. Jom menonton, korang pasti teruja...



2 comments:

Hadi Rofiee said...

Tahniah diucapkan. Macam menarik ja. :-)

midonz said...

terima kasih kembali encik hadi.
cerita yang menarik dan sesuai kalau bawa isteri/anak tgk sama...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...