Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, October 25, 2010

Bird Nest

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca...
Ingin saya kongsikan sedikit maklumat terkini bagi mereka yang menggemari sup sarang burung ni. Diambil drpd akhbar Sinar hari ini...


SEREMBAN - Dua buah kilang memproses sarang burung walit dikenal pasti menggunakan bahan kimia berbahaya untuk menjadikan warna sarang burung itu kemerah-merahan, iaitu kategori yang terbaik, bertujuan menipu pembeli. 




Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong berkata, perbuatan itu menyebabkan China, selaku pengimport utama sarang burung itu, menghantar aduan kepada kementeriannya memandangkan penggunaan bahan kimia itu yang boleh menyebabkan kanser. 

Sebagai tindakan, beliau berkata kementeriannya sudah pun mengarahkan kedua-dua kilang terbabit menghentikan pengeluaran dan tindakan akan diambil oleh jabatan kesihatan. 

China mengimport sarang burung walit sebanyak RM1 bilion dari Malaysia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Sehari Perladangan Burung Walit anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dan Persatuan Pengusaha-pengusaha Burung Walit Negeri Sembilan di sini semalam. 


Produk yg sudah dipek utk dieksport

Sup bird nest




Chua berkata garis panduan untuk pengusaha burung walit akan diperkenalkan pada hujung tahun ini. 

“Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang menguatkuasakan garis panduan ini. Ini akan membolehkan pihak berkuasa mengadakan tindakan memantau industri ini supaya rumah burung itu tidak dibuat sesuka hati,” katanya. 

Beliau berkata kementerian itu merekodkan kira-kira 6,000 pengusaha burung walit tetapi beliau menganggarkan jumlah tidak rasmi mungkin mencecah dua kali ganda. - Bernama


Peringatan juga agar lebih berhati-hati dalam memilih produk ini. Saya memang tak minat jadi tiada masalah kalau tak minum sup ini.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...