Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Wednesday, October 20, 2010

Mari bershopping bersama saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 


Pasti seronok kalau bershopping ke sana ke mari sambil melihat produk-produk yang terkini dipasaran khususnya bagi kaum hawa. Bagi kaum adam pula walaupun turut sama mengiringi si kekasih, mata pasti tidak akan terlepas pandang jika lalu dihadapan kedai barangan hi-tech yang mempamerkan barangan elektronik/telekomunikasi. 


Masa itu, kita rasakan  baru 2 minit je menatap barang-barang yang ada di kedai tu.. alih-alih si kekasih dah moncong jek sebab terpaksa menunggu lama... hehehehe.... 


Akhirnya kaum adam ni terpaksalah mengalah dek takut si kekasih ni meroyan nanti tak larat nak pujuklah pulakkan.... 


Tapi lain pulalah kisahnya dengan saya, takde kena mengena pun dengan senario diatas tu ek..  saje amik story gitu..  Semalam adalah detik terakhir perpisahan  diantara Nokia N95 denganku setelah hampir 3 tahun lebih hidup susah dan senang dengan saya. Nak dilepaskan terasa sayang sebab kelebihan yang di milikinya memang tiada tandingannya. 


Setelah puaslah berjalan-jalan hampir 1 jam lebih membuat survey diseluruh kedai handphone di Komplek The Store Sg. Buloh, Selangor; akhir terjumpalah kedai yang menawarkan harga yang berbaloi bagi budget saya.
Dari pelbagai jenama yang ada dipasaran, secara jujurnya NOKIA adalah pilihan saya sejak mula-mula menggunakan alat telekomunikasi ini kerana ia mesra pengguna berbanding jenama lain.


Bagi segelintir masyarakat yang sudah memilikinya, pasti mereka mempunya alasan tersendiri diatas pilihan mereka begitu juga saya. Puas jugalah dok bertanya itu ini hinggalah terjumpa 1 model yang betul-betul memikat hati saya... NOKIA E5 


Akhirnya termakbul untuk memiliki handphone baru... Yahooooo....!!!




p/s : Tak dapat nak upload gambar handphone baru saya sebab pihak blogger sedang menyelenggara laman sesawangnya...  untuk tahu lebih tentang NOKIA E5 sila layari laman NOKIA MALAYSIA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...