Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, October 05, 2010

Aduhai.. Saman la pulak..

Assalamualaikum & salam sejahtera buat pembaca sekalian... 


Pernahkah anda disaman oleh pihak penguatkuasa, pakcik polis atau pengetua sekolah..? hehehe.. best betul soalan ni, tiba-tiba terbayangkan tindakan yang bakal diterima akibat daripada perbuatan diri sendiri. Suka atau tidak bila saman telah dikeluarkan kita harus menerimanya walaupun jiwa meningkah. Hasrat hati nak 'jolok' aka rasuah, rasanya baik anda lupakan saje hasrat tu sebab kat atas sedang memerhatikan kelakuaan anda.. Sebagai manusia yang sempurna sifatnya, kita juga mempunyai kelemahan juga yang kekadang kita tau tapi buat-buat tak tau contohnya dalam 'undang-undang' yang telah ditetapkan oleh kerajaan.   
Kita sebenarnya sudah lama tau risiko kegagalan 'Renew roadtax' dan 'Lesen memandu' kalau anda ada tunggakkan saman. Walaupun dulu ramai diantara kita yang buat tak peduli pasal perkara ni sebab mereka masih boleh melaksanakan semua urusan JPJ tanpa perlu membayar saman tertunggak, keadaan mula berubah tahun ni..... 


Ramai yang terkejut ala tenuk malah tak kurang juga yang terduduk macam kalah judi apabila cadangan pindaan akta yang akan dibentangkan di Parlimen bulan ini. Antaranya ialah saman daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), contohnya kalau anda dapat 'tiket' @ 'surat cinta' kat viper kereta @ bakul motosikal salah parking ketika sedang singgah beli sesuatu di kedai-kedai tepi jalan @ berurusan di Pejabat Pos maupun Bank (ini paling kerap kantoi) walaupun 10 minit; benda yang asalnya nampak remeh itu boleh menyebabkan nama anda di Blacklist oleh JPJ. 
Budaya kutip dan kumpul surat-surat saman amat bahaya akibatnya, nilai saman itu kalau dikumpulkan ada yang menyamai gaji sebulan kita. Cuba kira kalau 1 resit saman berjumlah RM30, bagaimana kalau ada yang tak pernah bayar langsung dari dulu sampai kini.. banyak kan.... 


Realitinya, mereka tiada pilihan lain sebab lokasi tapak parking yang terhad dan jarak yang jauh menjadi faktor utama mereka bersikap sedemikian. Bukan nak cakap orang lainlah, saya juga pernah tergolong dalam situasi yang sama tetapi itu dulu... Kini saya rela cari tapak parking walaupun terpaksa 'menapak'(berjalan kaki) jauh sikit daripada dapat surat 'cinta'(saman).

Golongan ingkar bayar saman ini bakal berhadapan dengan banyak masalah di bawah cadangan pindaan akta tersebut. Antaranya, kalau anda berhasrat nak 'lego'(jual) kereta @ motosikal, prosedur tukar nama tidak boleh di lakukan selagi koleksi saman anda belum dijelaskan yakni settle semua. JPJ amat bijak dalam memperkenalkan prosedur ini untuk menggertak mereka yang ingkar supaya melunaskan saman mereka.


Untuk mengelakkan daripada masalah lain yang timbul, segeralah membayar koleksi saman anda. Kalau nak bayar semua memang tak larat, cuba bayar sikit-sikit dulu atau try buat rayuan. Kita sedia maklum hidup di kota memang tak terlepas daripada undang-undang negara, mulakan hari anda dengan pemanduan berhemah dan jangan parking di kawasan yang tak sepatutnya.. Ewah.. macam duta keselamatan pulak bunyinya... 
Jangan marah-marah ye tuan puan semua.......

2 comments:

sz | m.s.s said...

penah kena saman parking..kuikui...
masa tu heran gak nape lengang je take orang parking pun kat tpt tu..sedangkan selalu bukan main berderet2....dengan konpidennya daku parking, tak perasan plak ada "abang" tulis surat chentaaa & tinggalkan di wiper.. ;p

midonz said...

sz : ibarat "Jangan disangka air yang tenang tiada buaya". Pengajaran berguna buat saya dulu.. sekarang dah tak buat lagi dah... daripada bagi duit kat diorang baik bayar parking...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...