Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, October 11, 2010

Apabila Sakaratul Maut menjemput

Assalamualaikum semua dan salam muhibbah...


Pernahkah kita terfikir bagaimanakah keadaan kita apabila berada dihujung nafas....? 
Macamanakah kehidupan kita 'disana' nanti....?
Cukupkah bekalan yang kubawa ini....?
Siapakah yang akan melangsaikan segala hutang piutang aku nanti....?
Bagaimanakah nasib ahli keluarga aku selepas pemergianku nanti....?






...... dan berbagai persoalan yang akan timbul bila kita merasakan masanya sudah cukup tiba untuk kita pergi walaupun kita enggan pergi. Suatu kenyataan yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa pun kecuali Yang Maha Esa.



Tatkala melihat tubuhnya terbaring kaku di dalam perkuburan, dilitupi papan lahad dan tanah-tanah yang menimbuninya. Hatiku menjadi sayu bercampur sedih tanpa sebarang reaksi yang terpancar diwajahku..  Kelakuan sebegini sengaja aku sembunyikan dari semua orang, takut-takut dikatakan teremosional pula sedangkan aku seorang lelaki.  Namun dalam kesedihan yang ku terima di atas pemergian seorang mak saudara kepada bini aku, aku pasrah bahwa aku juga akan turut pergi suatu hari nanti mengikut jejak langkah beliau cuma masanya belum tiba.


Keadaan ini menggambarkan bahawa hidup kita tidak kekal selamanya, setiap yang bernyawa di muka bumi ini pasti akan menemui kematian seperti yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T.  Maka sebagai hamba Allah yang telah dijadikan untuk mengabdikan diri kepadaNya, janganlah sesekali kita leka dan lalai dalam meniti hari-hari yang mendatang. Kemewahan dunia yang kita kecapi tak boleh dibawa bersama ketika mati....   


Jadi, apakah yang dapat kita bawa nanti jika kita mati....?  






Amalan yang telah kita tinggalkan di dunia itulah yang akan membantu kita di sana..  Sesungguhnya mengingati mati akan membuatkan kita tidak lalai dengan duniawi, aku nak mengajak anda semua...      marilah kita beramal dan jauhilah perkara maksiat kerana kita tidak tahu bagaimana cara kita mati suatu hari kelak...  
Jangan sampai kita mati dalam keadaan yang memalukan... 
Ingatlah mati kita tiada siapa yang tahu....

2 comments:

mak encik | SZ said...

huhuuuu..
terasa diri sangattt tidak bersedia meninggalkan apa yang di dunia ni...
tapi semua tu Allah punya kuasa...
bersedia ke tidak, terpikir nasib anak2 kecik yg ditinggalkan, hutang piutang/ aset2 ... amal-ibadat ...

MIDONZ said...

betul tu... sama2lah kita saling ingat mengingati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...