Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Wednesday, July 27, 2011

Destinasiku..

Segmen kali ini, kita bercuti-cuti dalam Malaysia iaitu suatu tempat yang dapat membawa kita jauh daripada kesibukkan kerja yang tak akan habis walau seribu tahun. Itupun kalau sampai hayat usia beribu tahun :-)

Destinasi kami adalah Hutan Lipur Kanching, Selangor. Jarak perjalanan dari Kuala lumpur tidak jauh, cuma 22km dan bagi korang yang berminat nak berkunjung ke sana bolehlah datang bersama keluarga atau rakan-rakan. Tempatnya sungguh menyamankan, tak rugilah kalau bercuti ke sana. Kepada peminat fotografi ia suatu bonus kepada korang kerana permandangan di sana cantik.

Bergambar dulu sebelum memulakan pendakian, jurugambar kami encik Wan. Kesian dia takde dalam gambar ni. Takpe ada lagi gambar dia menyusul seketika nanti.


Pendakian kami mengambil masa 10 minit untuk sampai ke tempat yang di hajati.. Penat yang teramat kerana terpaksa memikul barang-barang. Azablah kejap hehehe...


Wah, itu dia wajah-wajah keletihan jelas terpancar. Lepas ni operasi menghidupkan api untuk memasak dan sewaktu dengannya pula. Tugasan telah diberikan, maka kena laksanakannya..


Itu dia, seronoklah korang ye makanan hampir siap.. Sempat lagi ko berposing sakat ye encik Wan.. nice bro..


Menunggu masa untuk di santap.. Nampak sedap..  Memang sedap pun, terima kasih kepada si penyedia makanan iaitu encik Wan. Resepi keluarga katanya. Aku peduli apa, janji perut kami kenyang sudahh..


Yang ni jurugambar kedua kami, encik Danel. Nice video bro.. Next trip ke mana pula.. Kiranya dia ni orang yang bertanggungjawab merancang segala aktiviti ini dan sesungguhnya kitorang happy sampai habis. Thanks encik Danel..


Permandangan di lokasi yang kami pilih. Best kan.. sebenarnya banyak lagi gambar tapi cukuplah gambar ni sebagai tatapan ye.. banyak sangat upload nanti dikatanya kita ni syok sendiri :-)

  Sebelum beransur pulang, kami sempat bergambar kenangan beramai-ramai. Group yang terlebih ni sebenarnya group yang datang kemudian. Tetiba terserempak pula, macam tau-tau je kitorang berpiknik kat sini ye..  Akhir kata, aku berpuas hati dengan tempat ni.. Marilah kita melancong dinegara sendiri, jimat duit woo..

2 comments:

afqh said...

hutan lipur kanching ni dalam FRIM ke atau jalan yang sama nak ke FRIM

midonz said...

Ia terletak diantara KL/Selangor. Kalau dari KL,terus menghala ke Rawang ikut jalan lama. Memang akan jumpa pasar borong selayang kemudian kolam air panas selayang pastu templer park pastu baru jumpa Hutan Lipur Kanching.. kalau jalan depan sket jumpa Taman Komanwel.. try la, layan beb...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...