Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Wednesday, September 29, 2010

Jom tengok Legend Of The Fist: The Return Of Chen Zhen

Assalamualaikum & salam 1Malaysia buat semua kawan-kawan yang sedang membaca blog saya... semoga keceria terpancar diwajah anda kala menikmati hidangan sarapan pagi walau dimana jua anda berada. Pagi ni saya kena sambung puasa sunat dibulan Syawal yang tertangguh beberapa hari yang lepas kerana masalah kesihatan yang menghalang niat saya untuk meneruskannya. Alhamdulillah sekarang dah sembuh 100% maka tiada alasan lagi untuk berhenti niat yang murni itu.. 


Kali ni saya nak kongsikan bersama anda semua tentang cerita 'Legend Of The Fist: The Return Of Chen Zhen'.




Sudah berada di pawagam seluruh negeri sejak 23hb September 2010 yang lalu, baru semalam saya dapat menontonnya. Itupun kerana rakan-rakan saya dok bercerita tentang kehebatan pelakon Donnie Yen yang boleh melakonkan aksi tak hengat.

Filem yang mengisahkan perjuangan China menentang penjajahan British dan Jepun era Perang Dunia 1020an di Shanghai. Watak Donnie sebagai Chen Zhen sebagai penyelamat daripada negara itu dijajah sangat mengujakan. Ditambah dengan beberapa pelakon yang hebat seperti Shu Qi, Anthony Wong, Yasuaki Kurata dan beberapa yang lain. Permulaan hinggalah keakhir cerita  penuh dengan lawan-lawan je, tak membosankan bagi penggemar filem aksi. Kurang bercakap pun menjadi elemen penting bagi mereka yang tak suka jalan cerita meleret-leret. Kiranya saya boleh pujilah perjalanan cerita ni.. Bagi anda yang nak tengok, meh tengok di pawagam yang berdekatan tetapi harus diingatkan bahawa cerita ni untuk 18 tahun keatas sahaja. Kalau sesiapa yang ada adik berusia bawah dari 18 tahun, harap maaf confirm tak lepas punya. Mereka akan check IC, tiada alasanlah tertinggal IC dalam kereta ker.. kat rumah ker.. yang pastinya alasan-alasan tersebut sudah basi bagi pekerja koyak tiket tu.. Cerita ni memang tak sesuai untuk mereka yang tak cukup umur kerana ada adegan yang  menjolok mata arr sket hehehehe... kalau nak tengok juga,anda kena tunggu DVD keluar baru boleh tengok.... Selamat menonton...



4 comments:

gnesop.com said...

tengok kepada iklan, cam best juga..
terutama bahagian aksi2.. :)
tunggu keluar DVD kot sbb x boleh bawa anak..huhuh

midonz said...

sdr gnesop : eloklah beli DVD jer.. sebabnya dah ramai sangat customer yang frustrated tak dapat nak bawak masuk anak2 mereka walaupun memilik tubuh badan yang besar mengalahkan umur asal mereka tetapi kalau check IC confirm kena refund tiket balik.. Lebih baik jangan beli tiket kalau nak bawak anak2 bawah 18 tahun.

HaRaShO HiDaYaH said...

saya suka sbb aksi dia best...tp lama2 tgk mcm citer tamil padayyappa pun ada..hehehe lawan sekali ramai2 tp hero jugak menang...heheheh

midonz said...

hidayah : tak dinafikan.. nak buat macamana,memang plot nye begitu.. yang pastinya ia amat mengujakan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...