Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, September 20, 2010

Demam raya kembali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Alhamdulillah setelah sekian lama tak update sebab beraya punya angkara dan takde masa nak ber'internet' maklumlah internet guna Streamyx kat rumah je.. kat kampung takde internet huhuhu... Sedihlah jugak sebab kalau guna Broadband sudah tentu boleh melayarinya di mana-mana jua kita berada dan yang pentingnya kita dapat update segala agenda yang ingin kita rancangkan.. Itupun jika liputannya bagus.. Mesti nak tau kenapakan..?  Broadband ni ada baiknya dan ada tak bestnya jugak.. Tak best kalau kita dok bayar mahal-mahal tapi line hampeh.. terutamanya jika berada di kawasan pedalaman (jauh dari pekan @ bandaraya)

Sebab itulah aku tak berapa gemar guna Broadband, tak kiralah rangkaian apa pun.. sama jer hasilnya.. masa promo dulu promoter gila-gila kata semua tempat dah stabil signalnya.. bila dah guna, korang rasailah hasilnya.. aku sekadar berkongsi pengalaman dari keluh resah rakan-rakan aku yang lain.. Aku memang setia dengan TM Streamyx aku ni.. walaupun yang tak bestnya ia tak boleh dibawa ke mana-mana, hanya kat rumah jer tapi hasilnya.. MasyaAllah.. Awesome.. hehehe... Eh,itu apehal aku dok meleret-leret pasal internet ni..

Bab Raya...

Malam raya yakni hari penghabisan puasa maka berlakulah suatu aktiviti yang boleh kita katakan jarang-jarang berlaku.. Huh,apa hal pulak tuu.. hehehe..

Malam persediaan menyambut 1 Syawal laa.. apalah, korang ingat aku nak cakap apa..?

Masa ni ramai yang dok sibuk dengan mengacau dodol, membakar lemang, memasak ketupat, rendang dan bermacam-macam lagi aktiviti yang sudah tentunya terjadi sekali dalam setahun.. percaya tak..?

Sudah menjadi tradisi, menyambut kedatangan bulan Syawal tidak akan meriah tanpa persiapan hiasan di dalam rumah seperti menggantung kain langsir, memasang lampu kelip-kelip, menyusun atur kerusi/perabot, mencuci pinggan mangkuk yang tersimpan dalam stor dan banyak lagilah kalau nak sebut kat dalam ni banyak tuu.. hehehe.. seronokkan bila kita beramai-ramai bergotong-royong membersihkan halaman mana yang patut..

Haa, yang paling best bagi kanak-kanak yang kat luar sana.. sibuk dengan bermain kejar-kejar, main bunga api@mercun; adapun budak-budak nakal yang dok menyakat makcik-makcik kat belakang rumah.. kesian makcik tu asyik kena ngusik jer.. korang rasa kenapa..? biasalah, makcik-makcik ni kebanyakkannya melatah kalau dicuit secara mengejut.. mungkin di bandaraya jarang kita jumpa orang sebegini.. Inilah suasana yang jarang kita jumpa..

Tiba masa yang ditunggu-tunggu.. Selesai menunaikan solat raya aidilfitri, jangan lupa bersalam-salaman mohon kemaafan dari ahli keluarga kita. Bagi aku, perayaan tahun disambut secara sederhana takde juadah kuih raya penuh 1 meja.. cukuplah sekadar kuih yang sudah pasti sold out kalau sedara mara datang.. seronok bila melihat hasil buatan tangan licin dikerjakan diorang.. tahun ni aku paksa bini aku buat sendiri kuih raya. Hahahaha.... jahat tak aku..? eh.. itulah sayang namanya.. korang apa tau.. huahahaha... Berbanding tahun yang sudah, kami beli kuih tunjuk jer.. Tahun ni kita tukar pulak barulah best.. Yang paling seronok bagi aku adalah dapat melihat anak-anak aku menikmati perasaan beraya.. teringat masa aku kecik-kecik dulu.. seronok dapat duit raya yang banyak.. dulu tak sama macam zaman sekarang.. kalau dulu bila dapat duit 50sen pun dah seronok tak terhingga tapi budak zaman sekarang bila dapat 1 ringgit, "ala, 1 ringgit jer.. kedekutnya!"  Dalam hati aku berkata, "ish, budak ni.. komplen pulak.. tak reti berterima kasih langsung".  Itulah bezanya budak dulu dan sekarang, dulu kita diajar menghargai dan jangan meminta-minta tapi kini.... mudah-mudahan anak-anak aku dapat belajar erti kesusahan hidup sepertimana ibubapa mereka belajar dahulu..

Sepanjang menyambut raya ni, aku berasa terharu dan sedih sangat sebab abah aku tak dapat nak beraya kesana kesini macam dulu lagi kerana beliau diserang strok. Kami redha dengan apa yang berlaku cuma terkilan kerana dia dah tak seceria dulu.. kalau dulu bila time raya jer mesti dia bawak aku adik beradik beraya rumah sedara mara dia tapi kini... Aku sekeluarga mendoakan semoga abah lekas sembuh.. Aku sayangkan abah.. be strong..

4 comments:

sophietarmizi said...

raya tetap meriah......terima kasih krn menjadi hubby yang penyayang n pemurah....

midonz said...

Terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa disamping walau apapun situasi..

sz | m.s.s said...

broadband tetap takleh lawan fixed line...tp demi kecintaan kpd internetttt ku subscribe jugak daily/weekly klu blk kg ;p

midonz said...

sz : walau macamanapun, ia terpulang kepada pengguna itu sendiri. Yang penting tujuan ia digunakan..
Terima kasih atas pendapat anda..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...