Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Saturday, September 04, 2010

Balik kampung.. Ohh... balik kampung..

Assalamualaikum semua.. dan salam sejahtera..

Wah, seronoknya bila jalan-jalan di kedai-kedai. Lagu raya berkumandang sana sini ditambah pula dengan lagak promoter kedai yang tak putus-putus memberikan tawaran hebat bagi menarik perhatian kami yang lalu di hadapan kedai mereka. Tersenyum bila melihat ragam segelintir promoter yang mengoffer barangan mereka.. dah macam pasar malam pun ada..


Itulah realitinya dikala meniti bulan Syawal yang bakal tiba beberapa hari lagi. Pelbagai jenis biskut raya menghiasi setiap laluan yang kami temui.. ada yang biasa kita jumpa.. ada yang tak pernah tengok pun ada.. itulah hebatnya Malaysia yang terkenal dengan budayanya..

Suasana begini memang terdapat di merata-rata tempat cuma selera mata je yang menjadi kegilaan. Manakan tidak, semua yang kita jumpa sedap-sedap belaka. Kalau dah jumpa mana berkenan dihati jangan tunggu lama-lama.. Bagi aku pula, aku lebih suka hasil buatan tangan isteri tersayang. Maklumlah kalau dulu masa baru-baru kahwin bila kami ke Jalan Masjid India,Kuala Lumpur; kami beli kuih tunjuk jer.. sekarang bila dah ada anak-anak zaman dah berubah.. kini isteri tersayang sudah pandai buat kuih raya sendiri malah lebih sedap dari kedai (wah,kipas nampak..)


Kali ini bab beli baju raya pulak, haa.. kalau bab ini memang gelojoh.. asal lalu je semua lawa.. asal tertoleh je semua nak beli.. aku lebih suka amik pendekatan round dulu baru beli.. bukannya apa, elok kita survey harga & kualiti kainnya dulu.. takut-takut nyesal bila dah beli nanti..  bayangkanlah, malam tu shopping jer dah hampir RM300 duit aku kopak. Em, aku tersenyum aje la.. dalam fikiran aku, biarlah tahun ni family aku beraya dengan gembira. Duit boleh dicari, tapi kebahagiaan keluarga amat sukar dicari.. fikirkanlah dan renungkanlah kata-kata aku ni kawan-kawan..

Akhir sekali, bila dah ready semua persiapan kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Trip pulang ke kampung berjumpa orang tua kitorang. 


Pastikan kenderaan anda di servis sebelum memulakan perjalanan ke kampung. Kita tak nak kereta tu breakdown semasa memandu, ini akan membuatkan kita hilang kesabaran pula. Nanti muka temper je.. dah la tow truck charge mahal.. alasannya time raya semua bengkel tutup.. tu semuanya klepet(bohong). 

Bagi mereka yang menaiki kenderaan awam.. selamat pulang ke destinasi.. Ucapan dari aku sekeluarga, selamat menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga tercinta...






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...