Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, February 24, 2011

Hidup kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang di sayangi. Bertemu kita kali ini dalam keadaan tubuh kita sihat2 belaka, Alhamdulillah kerana Allah masih bersama kita. TanpaNya kita mungkin sudah tiada lagi hari ini jadi marilah kita mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa mudah-mudahan kita di berikan kesihatan yang baik dan keberkatan rezeki yang halal.

Dalam hidup kita dalam membina sebuah keluarga, ketua keluarga di anggap sebagai pemangkin buat ahli yang berada dibawah tanggunggannya. Maka sudah menjadi 1 tanggungjawab yang cukup besar untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan selesa. Atau dalam erti kata lain si suami harus memainkan peranan yang cukup penting dalam membentuk keluarga yang bahagia.

Apabila tertubuhnya 1 pasukan sudah pastinya mempunyai seorang pembantu yang boleh kita panggil sebagai si isteri. Berperanan yang sangat penting di mana si isteri akan turut sama-sama membantu si suami itu tadi dalam melayari asam garam kehidupan. Mereka ini akan bekerjasama walau apa pun halangan yang akan mereka tempuh. Di sinilah proses persefahaman terbentuk dan bagi membolehkannya ia bersatu dengan jayanya sikap toleransi di antara kedua-duanya ini harus di wujudkan agar bahtera yang di bina akan terus utuh maju ke hadapan.

Dalam hidup kita ini amat sukar untuk kita hidup bersendirian tanpa teman hidup ataupun sahabat. Hidup tanpa sebarang impian juga amat sukar kerana hidup bagaikan tiada hala tuju. Mungkin sahabat seusia aku masih ada yang belum bertemu jodohnya, bukan kerana mereka tiada rupa bahkan sumber kewangan juga menjadi punca utama mengapa mereka hidup dalam keseorangan. Mengapa ini berlaku..?  Mereka tidak memasang azam atau cita-cita untuk berubah dalam diri mereka. Itu yang aku boleh ulaskan kerana mengikut pemerhatian aku terhadap sahabat aku sendiri contohnya.

Aku teramat bersyukur kerana jodohku di pertemukan dengan seorang manusia yang cukup memahami diri aku walaupun aku tak sehebat beliau malah jauh sekali kalau nak di bezakan tahap akademi kami. Bak kata pepatah 'Ibarat langit dan bumi' tetapi perkara itu kami tolak tepi apa yang cuba kami capai adalah kehidupan yang sempurna dan membina sebuah institusi keluarga yang cemerlang. Di sinilah aku memasang cita-cita bahawa aku boleh berjaya dan membentuk keluarga yang aku impikan walaupun aku tak setanding beliau. Akhirnya aku berjaya juga dengan berkat sokongan padu oleh si isteri yang tak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat untuk aku berdiri teguh sehingga ke hari ini, terima kasih sayang kerana tidak membezakan status kita.... 


Kepada mereka yang baru mendirikan keluarga (selamat pengantin baru), jadikan toleransi sebagai pegangan dalam menjalani hidup bersama kerana menerusi pengalaman hidup kita akan mematangkan diri kita sendiri. Ingatlah sifat amarah mudah terbentuk dalam diri terutamanya si suami kerana mereka ini ada kuasa yang cukup besar dalam keluarga berbanding si isteri walaupun si isteri berkelulusan PhD. Isteri tetap berada di bawah kuasa si suami apabila dalam keluarga. Hormatilah kalian berdua dan untuk si suami jangan jadikan ia sebagai tiket untuk berfoya-foya kerana sifat perempuan itu selembut bayi yang beru lahir.

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa bersama aku, Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...