Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, March 06, 2011

Masa Untuk Berubah

Masa berdetik setiap saat tanpa sebarang sekatan, walaupun bateri di cabut keluar itu tidak memberikan apa-apa kesan tindakbalas terhadap perubahan waktu yang sudah di tetapkan oleh Yang Maha Esa. Begitu juga dengan kehidupan ini, masa tidak akan menunggu kita tetapi kita yang harus mengejarnya demi mengubah masa depan untuk kehidupan lebih selesa.

 Beberapa orang kenalan pernah bertanyakan tentang perancangan membina masa depan aku. Dengan selambanya aku menjawab, "berusaha ke arah matlamatmu dan selebihnya ku serahkan takdir kepada Allah".

Nada ringkas dan bersahaja ku lontarkan dengan penuh yakin. Pandangan mereka saling berbalas. Pada fikiranku mereka ni tentu tak faham kot apa yang aku cakap tadi. Ahh, biarkan mereka fikirkannya sendiri.

Itu sedikit perbualan yang sengaja aku timbulkan dalam blog ni, saje aku titipkan.

Rutin kerja yang sibuk dengan filem dan perjalanan wayang gambar banyak membuka mata dan persepsi diri aku dalam kehidupan seharian. Masaku banyak habis di tempat kerja berbanding keluarga aku sendiri. Bahkan adakalanya aku jarang bertemu muka dengan isteri dan anak-anak di rumah.

Jika bertemu pun kala bulan sudah terpacak di atas dan embun pagi mulai turun. Oh.. aku amat rindukan kehidupanku yang lampau. Kalau dulu aku banyak meluangkan masa dengan keluarga tetapi kini semuanya berubah tatkala aku ditawarkan pekerjaan yang cukup berbaloi dengan hasil keringatku selama ini bahkan gajinya juga cukup berbeza dari dulu. Ya, aku amat bersyukur dengan rezeki yang kuterima. Syukur sangat-sangat tetapi pengorbanan terhadap keluarga telah menjarakkan kami.

Baru-baru ni ada terdengar dalam bual bicara Dato' Dr Fadzilah Kamsah tentang kehidupan dan stress. Ada menyebut tentang perkara yang aku sedang hadapi ini. Katanya ada 2 perkara, samada aku harus tukar kerja atau terima kenyataan.

Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku berubah haluan demi keluarga. Semoga Allah mempermudahkannya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...