Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Wednesday, February 09, 2011

Cinta

Orang kata cinta itu buta...
Orang kata cinta hadir pada pandangan pertama..
Orang kata cinta tak kenal jantina...
Orang kata kalau nak bercinta biarlah hingga ke jinjang pelamin...



Itu hanya sebilangan pendapat daripada mereka yang pernah melalui fasa bercinta, bagaimana pula korang?
Ewah, apesal topik aku kali ini berkisar tentang cinta pula kali ni..?
Mesti ada apa-apa yang mengganggu dalam kotak minda aku sekarang ni, masakan aku boleh menyuarakan perkara sebegini...


Ahh.. Tiada apa yang sebenarnya cuma sekadar berkongsi fakta dan pengalaman dengan para pembaca sahaja. Itu pun jika ada yang sanggup berkongsi bersama..

Dalam menjalinkan sesuatu hubungan, setiap pasangan inginkan yang terbaik untuk mereka. Apapun kejujuran di antara pasangan adalah sangat penting dan jangan hipokrit terhadap pasangan anda..

PERKARA YANG PERLU DAN TAK PERLU KETIKA KELUAR DATING..


Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.

Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? :mrgreen: Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.

Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya.
 :-)


Semoga dengan serba sedikit tips di atas akan membuatkan anda terfikir dulu sebelum keluar bersama.. Selamat membaca.. jika ada idea yang anda rasa perlu dikongsikan di sini saya amat mengalu-alukannya... Wasalam..  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...