Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, November 21, 2010

Semangat yang hilang...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua rakan2 yang dihormati. Agak lama aku tak meng'update' blog ini. Bukannya sengaja tak nak update tetapi komitmen pada kerja memaksa aku utk mengetepikannya buat seketika.

Baru-baru ni auditor dari India dan orang2 HQ turun kat tempat kerja aku.. Nak dijadikan story, time tu aku pulak shif malam. Seperti biasa dah sampai waktu bertugas aku kena lapor diri pada boss aku la.. dengan wajah penat sebab car park dengan lif jauh berjela-jela, aku masuklah report on duty. Boss aku pulak sengih2 sambil buat muka ketat kat aku..

"Apa hal pulak boss aku ni, sembelit lagi ke.. atau tersilap makan?", getus hatiku.

"Assalamualaikum boss, penat ke?", aku memulakan bicara.

Tiada sebarang reaksi cuma ucapan salam je berbalas. Aku mengandaikan boss aku ni ada masalah besar.. tanpa cakap banyak aku berlalu pergi selepas melapor diri..

"Awak tunggu sekejap, ada sesuatu saya nak bincangkan dengan awak".

Adoiyaaii... apa pulak kali ni..

Boss aku dok menerangkan isu-isu berbangkit hinggalah tentang maklumbalas auditor, dari apa yang aku dengar nampaknya banyak yang diorang tak puas hati dengan hasil kerja krew aku. Menyirap + panas mendidih pun ada masa tu walaupun suhu bilik 20 darjah celcius. Mengapalah diorang tak jumpa aku direct kalau ada sebarang soalan..  krew aku tak bersedia lagi berdepan orang besar, nak b *tak perlulah aku terangkan secara terperinci masalah yg timbul kerana ianya sulit,harap maklum.


Aku memandang wajah-wajah krew yakni anak didikku, terasa berat untuk diluahkan tapi itulah yang harus aku sampaikan agar mereka dapat jadikannya sebagai 1 cabaran. Aku menerangkan 1 persatu isu berbangkit pada semua..  mataku memandang setiap wajah mereka, nak tengok apa reaksi mereka sewaktu penerangan diberikan..

Ada yang sunggul.. ada pula yang tak senang duduk..

Selesai perbincangan itu mereka terus sambung kerja masing-masing. Walaupun ada yang meningkah tapi aku tetap memberikan jawapan yang positif pada mereka sebagai motivasi diri. Sepanjang bekerja dengan mereka inilah kali pertama aku melihat mereka umpama semangat yang hilang..  ibarat tiada tulang untuk berdiri..

 Kepada semua krew, teruskan khidmat anda.. jangan jadikan masalah yang timbul melemahkan semangat anda.  Fikirkan positif..                                                                                                                                                                                          

2 comments:

sz | m.s.s said...

oooo tidakkkkk ...
kalo dah nama "auditor" tu ada saja la komen2 yg "best" nak diperbaiki..heee

midonz said...

apa boleh buat..
Aku terima aje la...
mana komen yg munasabah aku boleh terima tapi kalau sebaliknya itu yg menyirap tu.. nak kena order air sirap lemon ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...