Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, November 30, 2010

Buah hati kanda..

Pergg.. Agak lama betul aku tak mengemaskinikan blog aku ni..  Nak buat mcmana, busy tahap tak hengat... Semalam, hari ini dan esok dan sampai bebila la.. kerja takkan habis betul tak..? 

Kesian pula dengan bini aku, mabuknya tak surut2 sejak 2 menjak ni.. hehehehe.. Alhamdulillah, tak lama lagi aku jadi daddy huhuhuhu... 




Ayakk, bunyinya mcm 1st time aje kan.. tak lah kalau dikira-kira yang kat dalam perut tu bakal anak aku yang ke-3.. 
Jantina belum diketahui lagi.. biarlah rahsia.. Ewah,tajuk lagu Siti Nurhaliza engkauu... 

Bagi korang yang bakal jadi ayah, papa, abah atau apa saje gelaran yang korang suka, jagalah isteri korang dengan sebaik mungkin. Yea lah, bak kata orang tua2.. ibu mengandung ni mudah rasa tersinggung.. apa orang kata tu.. Touching.. hehehehe.. gitulah gamaknya..

Inilah realitinya kalau dah bergelar seorang bapa, cuba2lah kurangkan aktiviti melepak dengan kawan2..  bukannya tak boleh tapi waktu sebegini eloknya si suami meluangkan masa bersama isteri.... masa ni diorang suka dibelai dan dimanjakan.. 

Eh, dah tua2 pun nak bermanja juga ker...? Haa.. elakkan berkata begitu depan isteri, silap2 merajuk 3 hari 3 malam pun belum tentu reda..  Kalau korang nak tau, mereka ni nakkan perhatian dari suami mereka. Itulah tandanya kasih sayang, bukan setakat masa bercinta jer boleh bermanja-manja.. time mengandung pun diorang nak gak bermanja..

Bagi diri aku, memang sejak dari dulu lagi aku suka memanjakan bini aku dan anak-anak. Kena faham MANJA tu bukannya manja yang melampau tetapi biarlah kena dengan waktu dan caranya....   Masa ni, cuba buatkan hidangan yang special ke.. tentu si dia suka dan menghargainya walaupun tak sedap.. 

Cara ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi perhubungan korang sebagai sebuah keluarga.. 

Nasihat aku buat semua.. sayangilah keluarga anda selagi anda masih bernyawa.. 


3 comments:

sz | m.s.s said...

tahniah en midonz bakal menimang cahayamata ke-3...
bukan ibu mengandung sulong je nakkan perhatian, kalo boleh tiap kali pregnen tu dpt perhatian drpd suami terchenta..hehehe

sophietarmizi said...

thanx hubby....really appreciate all the things that u've done 4 me....:D

midonz said...

sz : setuju

sophie : sape tak sayang bini oiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...