Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, September 26, 2011

Sweet Couple

Menyentuh pasal pasangan yang bersekedudukan atau bahasa mudahnya tinggal serumah tanpa ikatan suami isteri yang sah sudah banyak kali kita baca atau dengar mengenainya. Media cetak malah internet juga banyak memaparkan kes2 macam ni. Persoalannya, apa tindakan korang sebagai jiran. Bukan nak menyibuk pasal kain orang tapi bila dah nampak depan mata jika tak dicegah akan jadi subahat.


gambar hiasan ehsan drpd WanTed


Namun ada juga pasangan yang sudah bernikah di negara ini (Malaysia) tetapi sukar untuk mendapatkan surat perakuan nikah gara2 kelewatan sistem perundangan. Ini boleh menyukarkan pasangan terbabit untuk melakukan urusan yang memerlukan pengesahan pasangan. Kejadian ini berlaku di Miri, Sarawak. Berita selanjutnya di sini.


Lain pula halnya dengan kes ini


Pasangan muda yang sedang hangat bercinta seharusnya mempelajari hukum2 yang telah digariskan dalam agama Islam. Jangan nanti bila dah terlanjur baru nak terngadah..  tuntutlah ilmu dengan orang2 tua, mereka ni banyak pengalaman yang boleh kita jadikan panduan. Semoga anda akan menjadi pasangan yang bahagia dan membina rumahtangga yang harmoni.












Sunday, September 25, 2011

Lagi 1 makhluk..

Argggg....  Time macam ni ko saje bikin panassssss...  Ada haiwan terlepas ke kat sini...


Selepas membuat postmotem oleh aku sendiri..  Kejadian ni berpunca dari 1 makhluk yang mempunyai akal yang sungguh unik, malangnya ia terletak kat kepala buku lali..

Ada bungkusan kotak rokok dalam lubang tu..  Hisap rokok pandai, nak buang kotak rokok tetiba hilang ingatan ye...  Kan dah menyusahkan orang lain.. Maintenance la jadi mangsa, kena sedut sampah2 tu keluar..

MORAL : Katakan TIDAK kepada rokok dan jagalah tandas awam.

Isu Hantu Bonceng makin panas..

Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita yer...

Wah, nampaknya bantahan terhadap filem Hantu Bonceng menjadi tajuk utama... Aku pun tak tahu mana nak sokong..  Hmm..  mungkin korang boleh baca entri dari SINI.

Selepas korang baca..  korang nilailah sandiri, pendapat aku mungkin akan menyinggung sensitiviti masyarakat di luar sana tetapi aku sekadar memberikan pendapat ikhlas aku je...  Kalau korang tak setuju aku takde hak ke atas korang untuk memangkah sape2...  Seperti kata abg Ahmad Idham, setiap aspek dalam skrip sudah di perhalusi dan disahkan oleh pihak tertentu. Jadi, apa kata anda pula..?

Friday, September 23, 2011

Nissan X-Gear

Petang tadi selepas shopping beli barang2 dapur kat Tesco Cheras aku sekeluarga terserempak pulak dengan 1 Auto Show Nissan area Ground Floor Tesco..  Memula tu aku tak lah heran sangat sebabnya aku tak terfikir langsung nak ushar atau nak beli kereta baru ke...  Maklumlah, kena jaga kewangan skrg ni tambahan pulak barang2 naik...

Alih2 terpandang si X-Gear ni..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...