Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, December 28, 2010

Jom ke sekolah

Selepas solat subuh, terus aku kejutkan anak2 aku agar cepat mandi dan lekas bersiap dengan pakaian seragam sekolah..  Walaupun sudah biasa dengan aktiviti begini tetapi hari ini amat berbeza dari hari2 sebelumnya..
Manakan tidak, hari ini adalah orentasi bagi pelajar tahun 1 persekolahan maka segalanya berbeza.

Selesai bersarapan pagi di warung yang tak berapa jauh dari sekolah rendah, kami terus ke meja urusetia untuk pendaftaran masuk. Cikgu2 sibuk menguruskan pelajar2, teruja rasanya mcm time aku dulu2..

Mujurlah hari ni anak2 tak banyak karenahnya... Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. Semasa taklimat oleh Guru Besar sekolah, biasanya pelajar2 akan mula selesa dengan persekitaran dalam masa 1- 2 minggu..

Dalam beberapa minggu ni, aku akan cuba luangkan masa meninjau dari jauh.. agak2 dah selesa nanti tak payah tunggu lagi..   Selamat menuju ke alam persekolahan anakku...

Wednesday, December 22, 2010

Mari bertindak

Aku mendapat perkhabaran dari kenalan aku.. telah berlaku 1 insiden yang mendebarkan..
Ceritanya bermula begini.........

Erien sedang memandu keretanya menuju ke rumah boyfriendnya di Gombak. Oleh kerana tak mau ikut jalan jauh dek kerana jam sudah pukul 2.20 pagi, esok nak pi kerja takut tak bangun pula maka di pulasnya stereng masuk ke kawasan kilang2 (short cut) yang memakan masa 10 minit berbanding 30 minit kalau ikut jalan besar.

Dalam suasana pekat malam tanpa lampu jalan dicekalkan hati untuk menyusurinya walaupun hati berdebar2..

Tiba2 kereta aku dipintas oleh sebuah motosikal Yamaha 135LC, aku terpaksa memberhentikan kereta. Dalam samar2 aku terlihat kelibat jaket pantulan cahaya logo polis.

"Eh, aku buat salah apa plak ni..?"

Tingkap keretaku diketuk berulang kali, aku tetap diam tanpa bertindak apa2..  dalam pada itu aku ushar sekeliling.. "eh,kenapa sorang je polisnya?", getus sendirian.

Handbag diselongkar, dapat saje handphone terus aku call boyfriend aku.. Kedengaran talian sana diangkat "Hi,dah sampai ke?"

"Wan, tolong aku. Ada polis tahan aku ni.."

"Ko kat mana? Polis tu berapa orang?"

"Area kilang.. sorang je polisnya tapi aku tak nampak nombor badge dan pistol dia pun,apa aku nak buat ni?"

"Okay, ko jgn buka tingkap.. ko blah dari situ sekarang.. jumpa aku kat rumah"

Tanpa pedulikan polis tu aku terus memecut ke rumah Wan. Melalui cermin pandang belakang, polis tu follow rapat dari belakang. Bila saja sampai kawasan perumahan, polis tu menghilangkan diri.

Wan bercerita lanjut tentang insiden yg aku alami, bukan aku sorang je yang pernah kena malah sudah berlaku pada orang juga. Modul operandinya adalah memerangkap wanita yang berseorangan.

Kejadian ini telah diceritakan oleh kawan aku sendiri..  Jika berlaku pada diri korang, call 999 untuk dapatkan bantuan.

Tuesday, December 21, 2010

Yang mana satu..?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..


Apakah korang sihat atau sebaliknya hari ini? 


Walau apapun keadaannya, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya..


Ramai juga kawan2 sekolah lama aku yang masih single 'mingle' walaupun ada diantara kami yang sudah mempunyai anak melebihi 4 orang.. 


Hakikatnya kenapa jadi begitu..?  


Ada diantara mereka yang memberikan alasan bahawa :

  • duit simpanan tak cukup lagi.. 
  • tak puas enjoy @ hidup lagi..
  • masih tercari2 calon yang sesuai..
  • aku rupa takde, harta pula takat motor kapcai jer.. sape nakkan aku..?
Walau apa alasan yang korang beri, usia kita tak selamanya berkekalan. Hidup ini bukan abadi, akhirat itu pasti. Usah terlalu taksub dengan kehidupan duniawi wahai kawan..

Dalam membina kerjaya dalam hidup.. kita harus membina zuriat untuk generasi kita.. Sedangkan Rasulullah pun membina generasinya sendiri..

Renungkan dan berubahlah demi masa depan..


Saturday, December 18, 2010

Potong la mangkuk ni...

Truutt.... Truutt....  Handphone berdering...

Bukan aku nak bikin gimik tapi itulah suatu alat terpenting dalam hidup kita seharian.. Cuba kita lupakan handphone untuk seharian, apakah perasaan korang..?

Pasti ada yang tak sanggup hidup begitu...  bak kata budak sekolah, hidup tanpa handphone ibarat tak bernyawa..  Ewah, macam tu pulak...

Itu pendapat budak sekolah..

Bagaimana pula dengan orang dewasa, adakah korang tahu cara penggunaan yang betul..?  Meh sini nak habaq..
Penggunaannya juga haruslah bersesuaian dgn situasi dan tempat.

Adakala kita harus menghormati orang di sekeliling kita, contohnya tempat beribadat. Sudah terang2 kat dinding masjid terpamer arahan supaya mematikan handphone.. paling tidak pun silent mode kalau korang tu penting orangnya.

Bayangkanlah tengah Tok Imam sedang membacakan Surah ketika solat tiba2 adalah mamat ni handphone nya berdering kuat yang amat.. dah la tu.. lagu Techno pula...
Mau nya tak terkejut orang tua tu...

Bukan itu je, dalam panggung tengah syok2 layan movie... time tu pulak scene best pulak... masa tu la handphone berdering, yang bestnya memanglah dia lekas jawab call.. tapi sound dia tak reti nak slow.. bercakap macam kat kedai mamak... Please la... hormatilah kitorang semua... Silent please...

* AMARAN - Jangan sampai pertumpahan darah pula nanti. Pernah berlaku depan mata gara2 handphone punya hal...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...