Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, June 21, 2011

Hari Bapa

Ayah
Kerut kulit mu lembut menyentuh kalbu
Rambut putihmu memancarkan sinar kedamaian
Keras suaramu memberi ku kekuatan
Lemah tubuhmu membangkitkan semangat untuk mengabdi

Kemarahanmu adalah jiwaku
Petuahmu adalah jalan lurusku
Kau adalah ilham dalam hidupku
Kau adalah pembimbing spiritualku
Jika mungkin ku terlahir kembali
Ku ingin kau jadi ayahku lagi.




Ayah.. bapak.. abah.. papa.. daddy.. 


Apa saje panggilan yang kita gelarkan kepadanya, beliau tetap seorang ketua keluarga yang amat kita sanjung sampai bila2. Sungguhpun bukan beliau yang melahirkan kita tetapi tanpa beliau kita tak mungkin wujud dimuka bumi ini. 


Tiada erti penat atau putus asa dalam dirinya untuk membesarkan anak2nya dalam mencari nafkah buat keluarga yang dikasihi..


Tidak sesekali terlintas di benaknya untuk melihat keluarganya hidup melarat..


Tidak minta dibalas dengan harta berkoyan2 demi membesarkan keluarganya..


Cukup sekadar tidak melupakan jasa mereka apabila tua nanti..


Walau sesibuk mana kita bekerja, aku lebih suka mengenangkan atau melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak setiap waktu berbanding yang tak ingat langsung padanya. Aku ingin berpesan kepada para pembaca sekalian, berkhidmatlah.. berbaktilah padanya sebelum mereka tiada lagi.


Tika itu, tiada guna lagi yang dapat kita berikan melainkan sedekahkan Al-Fatihah buat seorang AYAH..  
Fungsi seorang ayah sama seperti seorang ibu cuma berbeza sisi tanggungjawabnya. Berperanan mencari nafkah dalam membesarkan anak2nya. 
Ingatlah bahawa kita juga akan menjadi seorang ayah dan pada masa itu kita turut melalui apa yang ayah kita lalui dahulu. 





 SELAMAT HARI BAPA


* Ucapan ribuan terima kasih buat pembaca yang sedang membaca blog aku  :-)

2 comments:

sophietarmizi said...

pandainya bermadah bicara......
tersentuh kalbu ini.....
selamat hari bapa daddy....

midonz said...

terima kasih sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...