Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Friday, January 07, 2011

Wang saku

Hari persekolahan sudah masuk hari yg ke-5, bermacam 'Peel parents' aku & isteri dapat lihat. Ada yang tak boleh berenggang pun ada.. Parents yang sanggup tunggu anak luar kelas pun ada sampai ada 1 kes tu guru kelas terpaksa pujuk parents agar beredar supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar yang lain.. Mana taknya, dah macam barang pameran pulak.. kesian budak2 dalam kelas yang sedang diperhatikan oleh orang ramai di luar kelas.


Pada pendapat ibubapa, mereka sekadar ingin melihat cara guru mendidik dalam kelas tetapi budak2 tu perasaannya sebaliknya..  Apa tindakan guru untuk menanggani situasi ini?


Sudah pasti ia akan menggunakan pendekatan psikologi pula..

Takpe itu tugas beliau, tau la dia nak handle masalah tu..

Wang saku dulu & sekarang jauh berbeza. Aku survey di kantin sekolah keadaannya amat berbeza. Jika dulu aku tak membeli sangat sebab mak menyediakan bekal makanan dan minuman, cuma kalau diberikan hanya 80sen untuk wang saku(kalau tak belanja,biasanya aku masukkan dlm tabung). Itupun mak ikat duit tu dalam sapu tangan untuk memudahkan aku. Korang pernah buat macam ni tak..?


Tapi kini RM2 seorang aku bagi.. sepinggan mee @ nasi RM1.. Air minuman RM1.20 sejuk @ panas (cth : teh, sirap, nescafe). Mujurlah aku paksa mereka bawa bekal walaupun kekadang diorang membantah.. katanya nak makan kat kantin... Ahh,budak2 sekarang...

Macamana pula korang mendidik anak2 dalam pemberian wang saku..?

3 comments:

Ekha Miranda said...
This comment has been removed by the author.
Ekha Miranda said...

salam ukhwah..sy follow kamu..:D

midonz said...

wsalam cik ekha,
terima kasih....
Selamat membaca

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...