Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Wednesday, January 26, 2011

Sarapan Pagi


Mulakan hari anda dengan sarapan pagi, selepas selesai menguruskan urusan anak2 untuk ke sekolah tinggallah aku keseorangan di pagi yang indah dan menyamankan. Sejuk pula, maklumlah pepagi buta hujan turun renyai2 walaupun tak selebat 2 hari yang lalu.

Kesempatan yang aku gunakan untuk meng'update' apa2 yang perlu sambil menikmati sarapan ringkas. Kerja takkan selesai selagi mata belum terkatup untuk selamanya. Jangan di lupa tanggungjawab kita, tunaikan ia sebelum terlewat. Masa takkan menunggu kita tetapi kita yang harus mengejarnya.

Dalam kita berkejaran untuk sampai ke tren komuter, bas awam atau teksi; amalkan sarapan pagi anda. Walaupun untuk menyediakannya mungkin agak membebankan dek takut terlepas pengangkutan, takkan tak jumpa kot gerai2 yang menjual juadah pagi di luar perkarangan rumah. Amalkan membeli kuih walau sedikit dan secawan/sebungkus air minuman seperti Nescafe atau Teh suam.

Jangan rosakkan 'mood' pagi anda dengan muka 'monyok' atau muka 'ketat', tak bagus tau.. selain mengganggu emosi ia juga akan mempengaruhi mood anda sewaktu di tempat kerja. Tak best la macam tu..
Kita nak mulakan kerja dengan semangat yang membara bukannya melepaskan bara.. hehehe..

Selamat menikmati sarapan pagi anda dan selamat bekerja..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...