NILAI TUDUNG WANITA
Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..
Korang tentu suka story ini..
Sunday, November 06, 2005
Friday, November 04, 2005
Selamat Menyambut Aidilfitri

Kupanjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia serta rezeki yang tak pernah kurang kepada aku seisi keluarga. Tak sangka pulak kali ni aku menyambut Ramadhan dan Syawal bersama-sama anak2 & isteri. Seronok rasanya, tak dapat aku nak gambarkan... biasalah kalau dah bekeluarga sudah pasti ada perkara2 yang tak dapat kita lupakan umpamanya kena layan karenah anak2 time nak berbuka puasa hehehe...
Alhamdulillah sepanjang menjalani ibadah puasa tiada perkara2 buruk berlaku kepada aku serta suku sakat(family & kawan2). Kita sering terbaca dalam akhbar kisah orang mengalami kecelakaan di bulan posa dan terbaru time malam raya pun ada. Kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi dilanjutkan usia kita hingga ke hari ini. TanpaNya hidup kita pasti kucar kacir... sebab tu kita kena ingat pada Allah.
Di Syawal yang berbahagia ini aku suka sangat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang sedang membaca blog aku ini. Mungkin ada diantaranya yang memang kenal denganku, maaf zahir batin & halalkan segala makan / minum masa kita kat warung ker @ mana2 kedai makan yer... mungkin aku terlupa nak bayar ker...
Wednesday, November 02, 2005
Tazkirah 29hb. Ramadhan 1426H
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:`Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi . Ikan-ikan di lautan memohon istighfar ( keampunan ) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan mengisi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:`Masanya telah hampir tiba dimana hamba-hambaku yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar ( di dunia ) dan akan mendatangiKu . Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan ( orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w. pun bertanya :`Wahai Pesuruh Allah , adakah itu malam Lailatul Qadar? Dijawab oleh Rasulullah s.a.w. : `Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.`Dari Buku Fadhilat Ramadhan ( www.darulnuman.com )
Tuesday, November 01, 2005
Cyberworld 3D
Haa... aku baru je selesai kerja2 meng'edit' filem Cyberworld (animasi) dalam bentuk 3 Dimensi (3D) beberapa minggu yang lepas. Dan sekarang nih citer ni dah di tayangkan kat pawagam IMAX Theater Berjaya Times Square Kuala Lumpur bersebelahan dengan Penjara Pudu, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Bagi korang yang dah biasa lalu lalang... melepak... berdating... jalan2... ponteng sekolah... kat Berjaya Times Square nih, cuba2lah korang naik kat tingkat 10 bersebelahan 'Food Court'. Kat situlah pawagam IMAX Theater berada...
Untuk pengetahuan korang cuma ada 1 jer pawagam IMAX kat Malaysia nih. Kalau sesapa yang rajin gi oversea toksah citer la kalau korang tak kenal sebab ianya memang popular kat luar negara. Malah sapa yang gi Singapura ker.. Thailand ker.. Indonesia mesti jumpalah panggung nih. Bagi kita di Malaysia nih tak semua orang yang tahu tentang kewujudannya sebab ia bukanlah seperti pawagam TGV @ GSC yang bersepah kat negara kita nih.
Bagi korang yang belum merasai kelainan 3D nih, meh la datang menonton 3D di IMAX. Jika korang kata nanti takut tak cukup seat... hahahaha.... jumlah maksima 555 penonton one shoot, sistem bunyi 12,000 watts digital surround yang canggih dan saiz skrin gergasi setinggi 5 tingkat rumah flat. Ok geng, semoga korang happy nanti...
Subscribe to:
Posts (Atom)

