Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Friday, February 24, 2006

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Wednesday, February 01, 2006

RENUNGAN BUAT SUAMI ISTERI

Wahai SUAMI renungkanlahPernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsiaIsteri yang kamu nikahi tidaklah semulia KhadijahTidaklah setaqwa AisyahTidaklah setabah FatimahJusteru,Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersamaIsteri menjadi tanah, kamu langit penaungnyaIsteri ladang tanaman, kamu pemagarnyaIsteri kiasan ternakan, kamu gembalanyaIsteri adalah murid, kamu mursyidnyaIsteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanyaSaat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnyaSetika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanyaSeandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannyaPernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwaUntuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t keranaMemiliki isteri yang tak sehebat manaJusteru Kamu akan tersentak dari alpaKamu bukanlah Rasulullah s.a.wPun bukanlah Sayyidina Ali KaramallahhuwajhahCuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlahPernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsiaSuami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.Tidaklah setaqwa IbrahimTidak setabah AyyubTidak segagah MusaApalagi setampan YusufJusteru Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang solehPernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersamaSuami menjadi pelindung, kamu penghuninyaSuami nakhoda kapal, kamu pengemudinyaSuami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannyaSaat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananyaSekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnyaSeandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannyaPernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwaUntuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. keranaMemilik suami yang tak segagah mana..Justeru Kamu akan tersentak dari alpaKamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjagaBukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsaraCuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggiSeandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERIingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat KhadijahAndai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat SulaimanMengapa mengharapkan suami setampanYusuf Seandai kasih tak setulus ZulaikhaTidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Tuesday, January 10, 2006

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA


Allahhuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Lailahaillallah Allahuakbar... Allahuakbar Walillahilham....

Hari Raya AidilAdha tiba lagi. Disana sini orang sibuk memperkatakan tentang korban, yang banyak dilihat tentang mengorbankan binatang ternakan. akan tetapi, adakah kita memahami erti sebenar pengorbanan terutama pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu hidup daripada kita... sebagaimana kisah Habil dan Qabil yang mempersembahkan korban untuk menguji keikhlasan hati masing-masing. Kisah Nabi Ismail yang sanggup menyerahkan lehernya untuk disembelih oleh ayahandanya sendiri demi melaksanakan perintah Allah. Kisah junjungan besar Nabi Muhammad yang mengorbankan seluruh hidupnya demi untuk menyebarkan, memperjuangkan dan menegakkan agama Allah. Kisah-kisah inilah yang seharusnya dicontohi oleh pejuang-pejuang Islam masa kini iaitu ikhlas dan sanggup mempertaruhkan nyawa demi memperjuangkan dan menegakkan agama Allah. Buat pejuang Islam di Malaysia, adakah anda sanggup mempertaruhkan nyawa anda seperti mana yang dilakukan oleh As-Syahid Ibrahim Libya yang sanggup mati daripada menyerah diri kepada kezaliman demi agamanya? Tepuk dada, tanya iman.....

Tuesday, December 27, 2005

Maksiat Yang Disegerakan Balasannya

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berhadapan Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda :"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :-

1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri." (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Keterangan :
Hadith ini menerangkan bahawa :

1. penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya penzinaan.

2. kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat

4. kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah swt

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...