Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..
Korang tentu suka story ini..
Sunday, November 27, 2005
Aqiqah ialah menyembelih binatang (kebiasaannya lembu/kambing) pada hari yang ke-7 selepas kelahiran seseorang bayi.Hukumnya sunat bagi orang yang wajib menanggung belanja nafkah anak itu.Kalau tidak dapat dilakukan pada hari yang ke-7, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh kerana banyak hikmatnya :-
1] Mendekatkan diri anak itu kepada Allah SWT sejak mula dia dilahirkan lagi.
2] Sebagai fidyah (tebusan) bagi menebus si anak itu dari segala bencana.
3] Melepaskan belenggu anak untuk memberi syafaat kepada kedua orang tuanya.
4] Melahirkan rasa kegembiraan dengan melaksanakan perintah Allah SWT.
5] Mengukuhkan lagi pertalian kasih sayang diantara anak-anak di dalam masyarakat dengan berkumpul makan bersama-sama daging Aqiqah tersebut.
6] Menunjukkan rasa kesyukuran kerana menerima kedatangan anak yang baru.
Friday, November 25, 2005
Tindakan umat Islam “membuat bising” terhadap isu ini bukanlah tiada kewajarannya di sisi syara’. Malahan ia merupakan sesuatu yang wajar dan dituntut oleh Islam. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, keharaman daging babi di sisi syara’ merupakan sesuatu yang qat’i (pasti). Nas yang menjadi dalil (hujah) kepada keharaman tersebut merupakan nas yang qat’i samada dari aspek sumber dan penunjukkan maknanya (dilalah). Allah SWT telah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik-baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kalian dan hendaklah kalian bersyukur kepadaNya, jika benar-benar kalian bersembah sujud kepadaNya. Allah mengharamkan kalian dari memakan bangkai, darah, daging babi, dan daging ternak yang tidak disembelih atas nama Allah. Namun barang siapa yang berada di dalam keadaan terpaksa (memakannya) bukan atas kemahuannya sendiri, dan tidak ia melampaui batas, maka ia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [TMQ Al-Baqarah:172-173]
“Katakanlah (hai Muhammad): Tidak kutemukan di dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya kecuali jika makanan itu berupa bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana yang demikian itu keji (najis).
[TMQ Al-An’am:145].
Perlulah kita sedari bahawa keharaman khinzir itu hanyalah didasarkan kepada fakta bahawa ia diharamkan oleh Allah SWT tanpa ada ‘illat (sebab) kepada keharamannya. Ada dikalangan orang Islam yang melihat bahawa khinzir haram kerana kotor dan sebagainya, namun, didalam ayat di atas, jelas pengharaman ke atas khinzir adalah kerana Allah memang telah mengharamkannya tanpa menyatakan ‘illatnya. Oleh itu, keharamannya haruslah kekal dalam keadaan tersebut tanpa perlu kita mencari sebabnya berdasarkan akal kita dengan mencari-cari dan menggunakan maslahat atau mudharat di sebalik keharaman khinzir sebagai sandaran kepada hukum.
Kita juga perlu sedar bahawa hukum berkaitan khinzir ini hanyalah merupakan salah satu dari hukum syara’ berkaitan dengan makanan. Terdapat juga hukum-hukum yang lain berkaitan dengan persoalan yang sama. Misalnya, keharaman minuman keras (khamar). Pengharamannya didasarkan kepada firman Allah SWT;
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi dengan anak panah itu adalah perbuatan najis termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah agar kamu mendapatkan keberuntungan. Sesungguhnya syaitan bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan shalat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” [TMQ al-Ma’idah: 90-91].
Atas hakikat ini, tidaklah wajar bagi umat Islam bersikap begitu prihatin dan sensitif dalam menjaga hukum syara’ berkaitan dengan khinzir tapi bersikap acuh tidak acuh dengan hukum syara’ berkaitan khamar. Keharaman khamar seolah-olah tidak ‘seberat’ keharaman khinzir sehingga kita perhatikan bahawa penjualan dan penggunaan khamar begitu berleluasa hari ini. Sikap ‘double standard’ seperti ini amat dikesali. Ini juga seolah-olah menjadi petunjuk bahawa sikap tidak puas-hati terhadap isu khinzir ini tidak sepenuhnya didasarkan kepada hukum Allah semata-mata, sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, tapi sebaliknya ada kemungkinan ia hanya didasarkan kepada faktor-faktor yang bersifat emosi dan peribadi. Lebih berat dari itu, perkara-perkara haram lainnya yang wujud didalam masyarakat kita acapkali tidak dihiraukan, malah dianggap ‘enteng’ dan selari dengan kehidupan seorang muslim di negara ini.
WAHAI KAUM MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,
Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang syumul, yang bukan hanya mengatur hubungan diri kita dengan Allah SWT, menerusi hukum-hakam berkaitan ibadah dan akidah; dan bukan juga hanya mengatur hubungan kita dengan diri kita semata-mata, menerusi hukum-hakam berkaitan dengan pemakanan, pakaian dan akhlak - namun Islam juga mengatur hubungan kita sesama manusia yang mana peraturannya terangkum didalam hukum-hukum muamalah.
Tidak sepatutnya kita mengaku beriman dengan Allah dan RasulNya, jika kita hanya menitik-beratkan penjagaan hukum syara’ yang bersifat peribadi (ibadah, makanan, pakaian dan akhlak) semata-mata tanpa memberikan perhatian yang sama terhadap hukum syara’ berkaitan interaksi kita sesama manusia (pemerintahan, ekonomi, sosial, hukuman, dasar pendidikan dan dasar luar-negara) yang dikala ini tidak diatur dengan hukum Islam.
Berapa ramai dari kita yang berasa “jijik” dengan transaksi ribawi di dalam sistem perekonomian negara? Berapa ramai pula dari kita yang “geli-geleman” dengan sistem pendidikan negara yang mendidik rakyatnya untuk berhutang semenjak di peringkat universiti lagi dibawah skim PTPTN yang ribawi itu? Mengapakah hal-hal seperti ini boleh berlaku sedangkan Allah SWT telah berfirman:
“Dan demi Tuhanmu, tidaklah mereka itu beriman sehingga mereka menjadikan engkau sebagai hakim di dalam perkara yang mereka perselisihkan”
“Apa yang dibawakan oleh Rasul kepadamu maka terimalah ia dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah ia “ [TMQ Al Hasyr (59):7]
Dan berapa ramaikah dari kalangan kita yang merasa “loya” melihat gelagat para pemimpin kita berjabat tangan sambil ditepuk-tepuk belakang mereka oleh pemimpin asing yang tangannya berlumuran dengan darah umat Islam Iraq, Palestin dan Afghanistan? Berapa ramaikah…..??
Wallahua'lam
Wednesday, November 23, 2005
Kriteria Isteri Solehah
Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.Sentiasa mentaati perintah suami selagi perintah itu bukan maksiat.Tidak mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suami.Reda dengan setiap pemberian suami walaupun barang itu tidak mahal.Tidak menolak ajakan suami bila ia ingin bermesra dengannya.Tidak meninggalkan rumah melainkan dengan izin suami.Tidak berlaku curang bila ketiadaan suami.Amanah pada anak-anak dan juga harta suami bila ditinggalkan.
Sentiasa bersyukur sama ada menerima nikmat atau pun dugaan dari Allah.Tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.Menghormati keluarga suami dan juga kaum kerabatnya.Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami sebaliknya tidakberhias bila ketiadaan suami.Memakai bau-bauan untuk suami semasa di rumah.Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.
Menghantarkan suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar danmenyambutnya bila ia pulang dengan senyuman.Mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.Sentiasa menjaga nama dan maruah suami.Sentiasa menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan diri serta rumahtangganya.Melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dan suami dengan tabah dan sabar.
Wednesday, November 16, 2005
Oleh Japim.com.my, JEJAK RASUL 11
ETHIOPIA negara tertua yang tidak pernah dijajah dalam sejarah di benua Afrika. Kemakmuran negara ini menggambarkan keadilan pemerintah silamnya.Ia pernah diperintah oleh raja yang bergelar Najasyi dan kerajaan ketika itu menjangkau hingga ke Sudan, sebahagian dari Mesir dan Somalia itulah Habsyah.Selain dikenali sebagai Habsyah di kalangan bangsa Arab, ia dikenali sebagai Abisinia sehingga kurun ke-20. Hari ini, Ethiopia merujuk kepada kedua-dua nama itu. Ethiopia muncul sebagai negara pertama hijrah umat Islam Makkah sebelum berpindah ke Madinah.Keadilan raja dan keharmonian penduduknya menarik perhatian Rasulullah SAW sehingga Baginda memerintah sahabatnya berhijrah ke sana buat sementara waktu.Hubungan Ethiopia dengan tanah Arab wujud sejak zaman Nabi Sulaiman dan negeri itu juga pernah berada di bawah pemerintahan Ratu Balkis, iaitu pemerintah kerajaan Saba’. Selepas kelahiran Nabi Muhammad hubungan kedua-dua negara ini semakin rapat melalui peristiwa hijrah.Penindasan yang dideritai oleh umat Islam di Makkah menyebabkan Rasulullah diwahyukan agar mereka berhijrah ke Habsyah.Habsyah dipilih kerana rajanya adil. Mereka bergelar Najasyi dalam bahasa Tigrinya, raja.
Selain itu, kisah Najasyi diketahui oleh Rasulullah menerusi rombongan perniagaan mereka yang menyeberang Laut Merah ke tanah Arab.
Rombongan Hijrah yang pertama ialah seramai 11 lelaki dan empat wanita, antaranya Uthman bin Affan, isterinya Ruqaiyyah binti Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf dan beberapa sahabat lain.Rombongan itu disambut baik Najasy yang menganggap mereka sebagai tetamu istimewa. Tetapi, selepas tiga bulan mereka kembali ke Makkah kerana faktor geografi di sini yang berbeza dan selepas Saidina Hamzah serta Umar al-Khattab memeluk islam.Jika Ethiopia menyimpan jasad Najasyi, negara jirannya, Eritrea berbangga dengan lokasi pertama sahabat Rasulullah menjejaki kaki mereka. Di sanalah bermulanya segala episod sejarah hijrah dan perjuangan mereka. Negara yang sinonim dengan pergolakan, rakyatnya pula sudah biasa mengharungi peperangan selama 30 tahun.Eritrea di Afrika Timur Laut baru mengecapi kenikmatan kemerdekaan dari Ethiopia, pada 1993. Negara ini mendapat nama daripada perkataan Yunani yang bermaksud Semenanjung. Sebahagian ahli sejarah Afrika mengatakan kalimah itu berasal daripada bahasa Arab ‘irt’ yang bermakna api yang bernyala kemerah-merahan. Orang Yunani menambahkan sebutan ‘ea’ di hadapan perkataan irt sebagai rujukan kepada bangsa mereka. Akhirnya negara ini dipanggil Eritrea.Sebagai negara pertama menjadi lokasi hijrah, Eritrea agak istimewa berbanding negara Afrika lain. Seperti diketahui bahawa Islam masuk ke Eritrea melalui hijrah sahabat. Seperti juga diketahui bahawa Nabi cuba menjalankan dakwah di Makkah, tetapi ditentang oleh Musyrikin Quraisy. Malah, hanya sedikit kalangan mereka yang beriman dengannya. Mereka yang memeluk Islam berhadapan dengan kesukaran dan seksaan.Selepas Nabi melihat segala bentuk seksaan yang dilakukan kaum Musyrikin ke atas mereka, lalu Baginda bersabda: “Bagaimana jika kamu berhijrah?”Lalu sahabat bertanya: “Ke mana ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Pergilah ke bumi Habsyah. Sesungguhnya rajanya tidak pernah menzalimi seseorang dan ia adalah bumi kebenaran.”Selepas itu, sahabat pun berhijrah ke Habsyah secara rahsia. Mereka berhijrah melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritrea. Habsyah dan Eritrea adalah negeri yang sama kerana dulu semuanya dikenali sebagai Habsyah.

