Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Friday, December 03, 2010

Waspada pada yg sering pulang lewat..

Alhamdulillah akhirnya aku tiba di rumah dalam keadaan selamat pada jam 4.40 pagi.. Terasa lenguh sendi-sendi kerana memandu dengan jarak perjalanan dari tempat kerja dengan rumah yang agak jauh, kira-kira 80km sehari..

Memandangkan aku kerja shif, maka tidak hairanlah kalau aku sering pulang lewat hingga bawa ke pagi..




Sebenarnya aku bukannya nak bercerita pasal aku balik lewat tapi tentang keselamatan ketika pulang lewat. Bagi korang yang sering pulang lewat atau bekerja hingga lewat pagi sudah semestinya korang akan menuju ke kereta yang berada dikawasan parkir kereta..

Dengan suasana yang agak kelam atau samar-samar dan kekadang tu lampu siling  pun ada yang terbakar akan menambahkan risiko tahap keselamatan korang.. Silap gak aku lupa nak snap gambar kawasan parkir tempat kerja aku tadi.. mata dah mengantuk tak terfikir pulak nak amik gambar..

Takpelah, biarlah aku lanjutkan sikit lagi sebelum aku gi tidur..  Kalau boleh korang standby la lampu suluh kecil yang korang boleh beli kat pasar malam harganya RM10.00 je.. dan bagi kaum wanita eloklah bawa teman.. tak pun ajak brader security follow sampai kereta korang.. demi keselamatan.


Sekarang ni bermacam-macam insiden telah berlaku dikawasan parkir kereta terutamanya di kawasan yg sunyi..
Jadi eloklah korang berwaspada sebelum ianya berlaku keatas diri anda..

Ohh,peritnya mata aku.. okay la, cukuplah statement aku utk semua.. sehingga bertemu lagi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...