Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, December 28, 2010

Jom ke sekolah

Selepas solat subuh, terus aku kejutkan anak2 aku agar cepat mandi dan lekas bersiap dengan pakaian seragam sekolah..  Walaupun sudah biasa dengan aktiviti begini tetapi hari ini amat berbeza dari hari2 sebelumnya..
Manakan tidak, hari ini adalah orentasi bagi pelajar tahun 1 persekolahan maka segalanya berbeza.

Selesai bersarapan pagi di warung yang tak berapa jauh dari sekolah rendah, kami terus ke meja urusetia untuk pendaftaran masuk. Cikgu2 sibuk menguruskan pelajar2, teruja rasanya mcm time aku dulu2..

Mujurlah hari ni anak2 tak banyak karenahnya... Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. Semasa taklimat oleh Guru Besar sekolah, biasanya pelajar2 akan mula selesa dengan persekitaran dalam masa 1- 2 minggu..

Dalam beberapa minggu ni, aku akan cuba luangkan masa meninjau dari jauh.. agak2 dah selesa nanti tak payah tunggu lagi..   Selamat menuju ke alam persekolahan anakku...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...