Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

AWAS.. GERAK LANGKAHMU WOO..


Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun. 

Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN.

Ikuti Modus Operandi dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi:
1- Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.
2- Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.
3- Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan 
4- Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa.
5- Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan
6- Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain.

Nasihat:
1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.
2. Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.
3. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
4. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda.
5. Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu).

Sunday, March 16, 2014

INDAHNYA MAHKOTAMU

Jika 'Suami' masuk ke dalam Syurga Allah
Isteri boleh ikut sekali..

Tapi..

Jika 'Isteri' masuk ke dalam Syurga Allah
Belum tentu dapat ikut sekali..

Isteri
Tutuplah Auratmu

Peliharalah Mahkotamu
Jagalah Suamimu



Thursday, March 13, 2014

KERANA ENGKAU ISTERI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian, Alhamdulillah dengan limpah rahmat dariNya saya diberikan peluang untuk bernyawa lagi tatkala azan subuh berkumandang. Menyiapkan keperluan anak-anak yang bersekolah pagi adalah rutin harian saya sementelah ketiadaan isteri yang bertugas diluar kawasan. Dengan kudrat yang tak seberapa (terlibat dalam kemalangan,patah kaki) saya lakukan mana termampu je, hal memasak dan membasuh ia diuruskan oleh mak mertua saya yang dikasihi (terima kasih mak).

Bukan rungutan(complaint) yang ingin saya sampaikan disini tetapi sekadar berkongsi dan ingin memberi kesedaran kepada para suami  dan bakal menjadi suami di luar sana tentang tajuk entri saya kali ini. Tajuknya mungkin kecil tapi jika diamati dan dihayati ia sungguh terkesan dalam diri masing-masing, InsyaAllah.

Benarkah sesetengah suami memang tak suka buat kerja rumahtangga kerana pada mereka hal itu sepatutnya tugas isteri, suami penat mencari nafkah diluar kenapa perlu buat kerja rumah pula..

Memang ada tapi bukan semua, dalam hidup ini kita bukannya hidup sorang-sorang bahkan kita hidup dalam sebuah keluarga maka atas dasar rasa tanggungjawab yang harus di pikul sebagai ketua keluarga si suami perlu adil dalam soal kebajikan.






<< Hurmm..  apa kata anda..?
      Realiti atau ..







Mungkin para isteri di luar sana pernah terlintas dalam fikiran bilamana seorang isteri Termenyakitkan hati suami maka derhakalah isteri beliau akibat keterlanjurannya. Akan tetapi bagaimana jika sebaliknya..? Suami derhaka pulak jadinya..

Hurmm.. Dosa tetap ada cuma istilah suami derhaka kat isteri belum jumpa lah.. Suami akan ditanda oleh Malaikat sebagai menDerhaka kepada Allah SWT .


Mari para suami lakukan aktiviti sedikit masa dalam 5 minit je..
Duduk dalam kedudukan yang tenang & selesa sambil memejamkan mata anda dan tarik nafas perlahan-lahan..  Selepas 10 saat mari kita muhasabah(berfikir) sejenak...

Terdetikkah anda para suami, kerana isterimu rezekimu bertambah(berjaya dalam karier)..  kerana isterimu segala pakaian makan minummu dijaga..  kerana isterimu maka lahirlah zuriat penyambung generasimu..  kerana isterimu lembut hati dan pandangan matamu.. kerana isterimu ia mampu melihat setiap cacat cela yang tak mampu dilihat oleh dirimu sendiri dan dia masih menerima anda seadanya. Nilai pengorbanan & setia taatnya kepada anda memang sukar disangkal dan pastinya anda tak mampu buat apa yang dia buat sepanjang kariernya bergelar isteri. Setiap titik peluh yang menitis hanya untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis hanya untuk anak dan suaminya; ia suatu tanda dia isteri yang terbaik buat anda..  Jangan sesekali menjatuhkan maruahnya sewenangnya, mereka ingin seseorang yang mampu menjadi pelindung, orang itu adalah anda. Setianya hingga hujung nyawa...

Sekarang bukakan mata anda.. Jika ada diantara anda yang ingin menitiskan airmata, silakan dan jangan benarkan keegoan seorang lelaki bersarang dalam hati terlalu lama. Airmata anda sudah cukup untuk menzahirkan tanda penghargaan untuk isterimu.

Sebelum berpisah, Ucapan terima kasih ingin saya zahirkan kepada pembaca sekalian dan mudah-mudahan dapat memberikan sedikit infomasi berguna.
Tak lupa juga kepada isteri saya, Puan Sophie Tarmizi kerana melengkapkan hidup saya.







Tuesday, March 11, 2014

AURAT YANG DI PANDANG SEPI

Sejauh manakah kita faham dan tahu tentang aurat bagi seorang lelaki? Bukan sahaja kaum wanita malah kita sebagai kaum lelaki turut tidak terlepas dari adab-adab dan tatasusila dalam soal pemakaian. Terlalu banyak fesyen yang di ketengahkan oleh pereka-pereka fesyen di seluruh dunia dalam melariskan hasil rekaan mereka kepada khalayak ramai.
Islam sangat indah, kerana itu kita diwajibkan menjaga aurat seorang lelaki dari paras pusat hingga lutut. Budaya seperti di atas lebih menyerupai kaum Nasrani dan Yahudi.



Pernahkah anda terfikir kenapa Allah mewajibkan kaum wanita menutup aurat? Kerana ia akan menyebabkan kaum lelaki akan hilang pertimbangan malah tak mustahil boleh membawa ke arah kemaksiatan kerana aurat itu membangkitkan rasa ghairah buat kaum lelaki.




Walaupun bertudung ia tetap mendedahkan lain-lain kawasan yang tidak sepatutnya, maka sebab itu Islam mewajibkan kita menutup aurat bertujuan dapat mencegah timbulnya syahwat. Jangan tak tahu, lelaki juga mampu menaikkan syahwat si kaum wanita juga.



Semoga ilmu yang sedikit ini mampu mengubah pemikiran setiap orang tentang AURAT yang semakin di pandang sepi oleh umat Islam, bangsa lain mampu berpakaian senonoh kenapa kita tidak menunjukkan suatu contoh yang baik kepada mereka. Jika ada yang tersinggung saya mohon maaf tetapi inilah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

Tuesday, March 04, 2014

PANTANG LARANG DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Ikatan sesebuah keluarga bertunjangkan rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain menjadikan ia lebih teguh dan berkualiti. Bagi diri saya sendiri yang sudah berumahtangga selama 12 tahun bersama isteri tercinta, puan Sophie binti Tarmizi. Banyak rintangan dan dugaan yang kami hadapi bersama dalam membina kehidupan berumahtangga. Di sini saya ingin berkongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan atau kalau rasa ia tak bagus, itu hak anda sebagai pembaca dan saya sebagai blogger hanya menyampaikan sahaja.

1. Elakkan meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada yang lembut/rendah agar tidak mengguris perasaan pasangan kita.

2. Jangan puji orang lain/luar secara berlebih-lebihan, bukannya apa takut nanti dapur tak berasap pula.

3. Bila bersembang dengan pasangan janganlah berbohong giler2, diakan dah jadi pasangan hidup kita maka bersikap jujurlah padanya. Ingatlah kalau dah ditipu/dibohongi berkali-kali nescaya sampai bila-bila pun kata-kata kita takkan laku.

4. Usah lontarkan kritikan yang pedas terhadap pasangan kita. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya. Jika ada yang terkurang, sama-sama kita belajar untuk memperbaikinya. Pasti akan rasa lebih romantik bila belajar bersama-sama.

5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan yang munasabah. Dan si isteri pula, usah meninggalkan rumah tanpa mendapat restu suami walaupun hanya pergi pasar je.

6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa. Kita bukanlah sempurna maka tidak salah kalau kita menjadi pemaafkan.    

7. Last but not least, rahsia rumahtangga anda adalah rahsia yang paling penting/besar. Jangan dicanang kepada orang lain kerana jika tersilap percaturan pasti akan menghancurkan mahligai yang dibina.



Harapan saya agar pasangan di luar sana yang bakal mendirikan rumahtangga, selamat menempuh ke alam baru. Jika ada yang terkurang mohon maaf dari saya, Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini. Sekian.

Wednesday, September 12, 2012

Selekoh maut

Sebuah video yang sempat dirakamkan oleh CCTV.. Saksikan..



Wednesday, August 15, 2012

Aidilfitri 1433H

Tak sangka pula Syawal bakal tiba dalam sedikit masa lagi, rasa macam baru je kita berpuasa. Kini ada yang dah mula bersiap-siap membeli baju raya dan tak kurang hebatnya prepare angpow raya..  hehehe.. bab ni memang sangat digemari oleh anak-anak kecil.. Pada ibubapa, bersedialah dengan duit banyak-banyak kerana anak-anak kecil akan menyerbu rumah anda tak lama lagi hehehehe...


Dalam kita dok kalut-kalut menyambut ketibaan Syawal, sudahkah anda membayar zakat fitrah..? Jangan lupa sila tunaikan kewajipan anda..

Sebelum tibanya Syawal, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca yang menjadi pengunjung Blog Tinta Midonz, terima kasih atas sokongan anda. Kepada yang akan pulang berhari raya di kampung, hati-hati semasa memandu kenderaan.. Patuhi hadlaju yang ditetapkan... Jumpa lagi

Saturday, July 28, 2012

Bang, tunggu jap..

Sangat suka sketsa komik ni..  selamat menyambut Ramadhan dan jangan ponteng2 yer sahabat...

credit to comicstriper.blogspot.com


Tuesday, July 03, 2012

Daddy


Sama - sama kita menghayatinya dan ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini bukannya lama pun. Mungkin kejap lagi kita akan pergi buat selamanya..

Monday, July 02, 2012

Bilakah kali terakhir anda mengucapkan syukur..?

Sebuah senario yang ingin aku kongsikan bersama pembaca yang dihormati....


Kadang - kala kita lupa padaNya tanpa kita menyedari setiap Anugerah dari Allah SWT tu ada sebabnya. Sebagai hambaNya, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan sesungguhnya semua itu ada pinjaman semata - mata. Dari itu janganlah kita sia - siakan Anugerah yang Allah kurniakan. Selamat beramal.. Ucaplah Alhamdulillah... 

Friday, June 29, 2012

Pelajar sekolah di Rogol

Dalam meniti arus kemodenan yang semakin pesat berkembang, manusia juga semakin lama semakin tersasar dari landasan hidup yang sebenar ditambah pula pegangan agama yang tidak kuat mempengaruhi segalanya. Kisah ni aku kongsikan bersama korang semua disini  & disini
sumber dari www.xlupa.com

Persoalannya, siapa yang patut dipersalahkan.. Apa penyelesaiannya..? Segalanya terletak pada diri sendiri kerana anda yang memilih jalan itu..  Anda pula bagaimana..?


Wednesday, June 20, 2012

Inilah nasibku

Permandangan ini nampak biasa2 je bagi sape2 yang bekerja atau window shopping di kotaraya. Ada yang memandang insan ini dengan pandangan yang sinis dan ada pula yang sempat mengata.


Namun bukan itu kehendak mereka untuk jadi begini. Ada kisah disebalik kehidupan mereka ini. Apapun mereka tak kacau kehidupan orang sekeliling, malah mencari rezeki dengan mengumpul barang terbuang demi sesuap nasi. Photo ni sempat aku rakamkan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang secara  kebetulan aku & isteri berkereta dalam kesesakkan jalanraya ketika itu. 

Sedarlah wahai belia yang menganggur dan membuang masa dengan aktiviti tak bermoral, malulah pada golongan ini walaupun hidupnya begini tapi dia reti cari rezeki. InsyaAllah, rezeki Allah ada kat mana2 sahaja cuma kita je yang memilih sangat.

Tuesday, May 08, 2012

Dulu dan sekarang



Monday, May 07, 2012

Rumah oh rumah

Alhamdulillah akhirnya selesai sudah operasi angkut barang2 ke rumah baru di Jengka Mahkota, Pahang. Rasa sengal2 badan masih tak hilang lagi.. jap lagi nak gi kerja pulak..
Walaupun tak seindah mana tapi lega jugaklah bini tak payah menumpang kuarter lagi hehehe...

Nak citer banyak pun dah tak lalu dah sebab mata ni dah penat dan badan pun sama hehehe.. tapi kerja tetap kena pergi juga huhuhu.. Takpelah,slow2 kemas mana yang patut nanti..

Thanks to my love, Pn Sophie Tarmizi. Saye sokmo deh..


Wednesday, April 11, 2012

"Akibat buatan orang"

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian...  Terima kasih kerana anda berkunjung lagi dalam blog midonz yang baru nak naik ni...
Entri hari ni aku nak sentuh fasal "Akibat buatan orang".  Bila terbaca tajuk ni, anda semua pasti dah boleh budget apa isu yang ingin aku perkatakan kepada anda semua hari ni kan...?

Tuesday, April 10, 2012

Niat si suami nak menolong

Assalamualaikum semua....

Tiba2 idea ni wujud masa lepas menonton 'Nasib Do Re Mi'..  Eh, apa hubung kaitnya dengan cerita tadi..?  Sebenarnya takde kait mengait pun saje aku pesong2kan supaya gempak. Tajuknya tampak kurang jelas..  takpe biar aku penuhkan tajuk entri aku ini.

" Niat si suami nak menolong si janda, NIAT dihati sekadar membantu. Salah ker..? "

Memasang niat tu tak salah brader, asalkan tahu jaga batas2nya.. Sejujurnya adakah didalam hati ingin membantu atas dasar kasihan ATAU mempunyai niat yang lain.....?

Aku ada selidik beberapa kenalan wanita yang sudahpun bergelar isteri. Ada yang setuju dan ada juga yang tak senang dengan kaji selidik aku ni. Maaf ye pada yang terlibat, aku sekadar buat kajian je cuma nak kongsikan sesuatu di dalam 'Blog Tinta Midonz'.  Majoriti wanita diluar sana tak senang dengan niat si suami tu kerana jelas terpancar sesuatu yang tersirat dihati mereka. Isteri ni tuan2 bukannya sebulan dua kahwin dengan anda, malah makan tahun pun ada. Raut wajah suami mampu menzahirkan apa yang ada didalamnya. Kena tahu tu....

Bagi suami pula, kalau yang dah pasang niat nak buat bini baik anda kaji semula hajat anda. Cuba renungkan, siapakah orang yang menyokong anda ketika jatuh dan bangun anda dulu2...?   Siapakah orang yang bertanggungjawab menjaga rumahtangga sewaktu anda Outstation...?  dan kini bila anda sudah teguh ekonominya tiba2 ada si janda ni cuba menagih simpati mohon bantuan anda. Kenapa tak di cari orang lain atau anda cuba rekemen sahabat anda yang solo/single cuba membantu..  bukankah itu lebih murni tuan2..

Tak semua isteri yang sanggup dapat 'Payung Emas' tuan2...  Semoga tuan2 dan puan2 boleh menyuarakan pandangan anda dalam isu ini, sekian.


Monday, April 02, 2012

Sewing Curtains

Hmm... Operasi menjahit kini bermula......


Sedang menyiapkan kain langsir rumah baru kami di Jengka Mahkota, Jengka Pahang. Bab pilihan dekorasi sudah menjadi tugas bini aku, aku tak kisah macamana pun asalkan sejuk mata memandang sudah cukup bagi aku. Bab menjahit tugas aku..  Dulu, kini dan selamanya.. hehehehe  :-D   Jangan marah ek Pn Sophie (bini aku)


Setakat ni proses menjahit baru 50 % dan hasilnya tak boleh nak tunjuk lagi (seganlah belum complete). Tunggulah bila 100 % siap baru aku siarkan..  Bukan nak promote jahit langsir cuma saje aku titipkannya di sini buat santapan korang.  Okay la geng... Jumpa next entri... Wasalam...

Tuesday, March 20, 2012

Kisah si isteri

Kisah si isteri


Hargailah mereka sebagai seorang isteri yang taat pada suaminya dan keluarga. Jangan biarkan mereka dijadikan hamba semata-mata. Buat itu dan ini mengikut telunjuk si suami tetapi apakah tugas si suami itu tiada kaitan langsung dalam hal2 rumahtangga...?  Seharusnya kita sebagai suami kena bantu mereka meringankan beban isteri juga, mereka juga bekerja sama seperti suami. Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab ke atas isteri dan anak2. Barulah hidup menjadi sebuah keluarga yang bahagia, InsyaAllah.


Sakitnya hati

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua pembaca yang dikasihi sekalian. Sejak bermenjak menjak ni idea untuk diterjemahkan ke dalam blog Tinta Midonz seakan mati camtu je.. mana taknya sejak aku balik Malaysia idea ni umpama tak mau keluar langsung.. Asyik fikirkan kerja je..  bila kat Singapura idea mencanak-canak la pulak tapi tak berpeluang langsung nak update blog...

Takpelah... nanti aku cuba save dalam Words pastu aku forwardkan kemudian.. Hmm, ok juga tu...

Sunday, March 11, 2012

Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Blog Tinta Midonz. Hanya nak menyampaikan sesuatu berita bahawasanya bermula esok 12-3-2012 sehinggalah 16-3-2012 aku akan berada di Kota Singapura atas urusan tugas.


Dan dalam tempoh itu jugalah aku akan sepi dari blog ini buat seketika. Kalau aku berkesempatan, aku akan update apa yang patut okay.. Baiklah semua itulah perkhabaran yang ingin aku sampaikan, semoga anda terus memberikan sokongan dan komen2 agar aku boleh memperbaiki apa yang patut..  Sekian terima kasih semua..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...