Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..
Korang tentu suka story ini..
Thursday, March 13, 2014
KERANA ENGKAU ISTERI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian, Alhamdulillah dengan limpah rahmat dariNya saya diberikan peluang untuk bernyawa lagi tatkala azan subuh berkumandang. Menyiapkan keperluan anak-anak yang bersekolah pagi adalah rutin harian saya sementelah ketiadaan isteri yang bertugas diluar kawasan. Dengan kudrat yang tak seberapa (terlibat dalam kemalangan,patah kaki) saya lakukan mana termampu je, hal memasak dan membasuh ia diuruskan oleh mak mertua saya yang dikasihi (terima kasih mak).
Bukan rungutan(complaint) yang ingin saya sampaikan disini tetapi sekadar berkongsi dan ingin memberi kesedaran kepada para suami dan bakal menjadi suami di luar sana tentang tajuk entri saya kali ini. Tajuknya mungkin kecil tapi jika diamati dan dihayati ia sungguh terkesan dalam diri masing-masing, InsyaAllah.
Benarkah sesetengah suami memang tak suka buat kerja rumahtangga kerana pada mereka hal itu sepatutnya tugas isteri, suami penat mencari nafkah diluar kenapa perlu buat kerja rumah pula..
Memang ada tapi bukan semua, dalam hidup ini kita bukannya hidup sorang-sorang bahkan kita hidup dalam sebuah keluarga maka atas dasar rasa tanggungjawab yang harus di pikul sebagai ketua keluarga si suami perlu adil dalam soal kebajikan.
<< Hurmm.. apa kata anda..?
Realiti atau ..
Mungkin para isteri di luar sana pernah terlintas dalam fikiran bilamana seorang isteri Termenyakitkan hati suami maka derhakalah isteri beliau akibat keterlanjurannya. Akan tetapi bagaimana jika sebaliknya..? Suami derhaka pulak jadinya..
Hurmm.. Dosa tetap ada cuma istilah suami derhaka kat isteri belum jumpa lah.. Suami akan ditanda oleh Malaikat sebagai menDerhaka kepada Allah SWT .
Mari para suami lakukan aktiviti sedikit masa dalam 5 minit je..
Duduk dalam kedudukan yang tenang & selesa sambil memejamkan mata anda dan tarik nafas perlahan-lahan.. Selepas 10 saat mari kita muhasabah(berfikir) sejenak...
Terdetikkah anda para suami, kerana isterimu rezekimu bertambah(berjaya dalam karier).. kerana isterimu segala pakaian makan minummu dijaga.. kerana isterimu maka lahirlah zuriat penyambung generasimu.. kerana isterimu lembut hati dan pandangan matamu.. kerana isterimu ia mampu melihat setiap cacat cela yang tak mampu dilihat oleh dirimu sendiri dan dia masih menerima anda seadanya. Nilai pengorbanan & setia taatnya kepada anda memang sukar disangkal dan pastinya anda tak mampu buat apa yang dia buat sepanjang kariernya bergelar isteri. Setiap titik peluh yang menitis hanya untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis hanya untuk anak dan suaminya; ia suatu tanda dia isteri yang terbaik buat anda.. Jangan sesekali menjatuhkan maruahnya sewenangnya, mereka ingin seseorang yang mampu menjadi pelindung, orang itu adalah anda. Setianya hingga hujung nyawa...
Sekarang bukakan mata anda.. Jika ada diantara anda yang ingin menitiskan airmata, silakan dan jangan benarkan keegoan seorang lelaki bersarang dalam hati terlalu lama. Airmata anda sudah cukup untuk menzahirkan tanda penghargaan untuk isterimu.
Sebelum berpisah, Ucapan terima kasih ingin saya zahirkan kepada pembaca sekalian dan mudah-mudahan dapat memberikan sedikit infomasi berguna.
Tak lupa juga kepada isteri saya, Puan Sophie Tarmizi kerana melengkapkan hidup saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Dewi
Post a Comment